13 August 2013

BERAYA UMMAH SAUDARA!


Masih Dalam
mood Raya!
Hari ne 5 Syawal 1434H, keadaan sekitar Kelompo kembali sesak kerana ramai warga kota mulai bekerja selepas bercuti bersama sanak saudara kat kampung. 


Pagi Isnin! Ketika aku pulang dari kampung melalui lebuhraya, keadaan trafik ketika itu nampak lancar tanpa kejadian yang tidak di ingini berlaku. Namun, pertambahan kenderaan secara tiba-tiba banyak di jalan raya tentunya boleh menukar sikap pemandu menjadi tidak terkawal. Tu pasal, walaupong Op Selamat dibuat tetapi kemalangan banyak gak berlaku.



Ziarah Ummah Saudara!
Kita lupakan kejap cerita Op Selamat yang belum tentu selamat. Apa kata kita sambung story pasal beraya kat ummah Mak Uda dan Kak Timah. Pagi Syawal, berkonvoi melalui jalan Gedangsa-Sungai Besar yang laluannya berombak dan kekadang berlobang di sana-sini. Lepas tu, lebih kurang dua kilometer (aku agaklah!) terpaksa pulak melalui jalan yang dipenuhi batu kerikil kerana jalan tersebut sedang dinaik taraf.


Perjalanan Diteruskan! Rumah pertama yang kami singgah ialah ummah Mak Uda. Inilah kali pertama kami ziarah keluarga sebelah isteri aku, kerana sebelum ne kami tidak pasti alamat penuh ummah Mak Uda. Rasa lega sikit bila udah sampai di ummah Mak Uda dan dapat pulak menikamati jaduah yang disediakan oleh tuan rumah.


Berkonvoi! Dari ummah Mak Uda, konvoi empat keluarga (keluarga Zinal-Sarina, kelurga Ana-Leman, keluarga Ayu-Amir anak beranak dan keluarga Mawa-Manjapri @Mj), nak singgah berhari raya pulak kat ummah kakak aku (Kak Timah) di Parit 10, Sungai Panjang.


Bertanya Kabar!
Ketika dalam perjalanan  menuju ummah Kak Timah, sempat gak aku sms adik Ali dan adik Misah bertanya kabar. Adik Misah ketika itu dalam perjalanan beraya ke ummah Kak Ana di Meru, Kelang dan adik Ali pulak berada di ummah Mak Mertua.


Rumah Kak Timah! Assalamualikum, Kami empat keluarga disambut oleh Kak Timah dengan lenangan air mata gumbira kerana udah lama gak family belah isteri aku tidak datang ziarah. Bila lama tak jumpa tentulah pelbagai chetera dalam cerita. Ada sikitlah chetera sedih dan selebihnya tentulah cerita gumbira di pagi Syawal.
 

Klik! Klik!
Diorang sedang menikmati jaduah dan aku pulak ambik kesempatan merakam gambar diorang sebagai tanda ingatan. Puas klik! klik! kat dalam ummah, aku rakam pulak subjek kaku di sekitar ummah Kak Timah menggunakan kamera Nikon Coolpix S3000. Time ne pulak, keluarga adik Ali tiba dengan warna kuning sedondon - bagai family Bendahara Seri Maharaja gamaknya!


Puas Sudah! Yang tua puas bercerita, yang muda sibuk melayan gajet dan bebudak kecik mula gelisah kerana lama berada di dalam rumah. Tiba-tiba si kecik berlari keluar rumah tanpa kasut dan si kakak pulak terpaksa temankan si kecik bermain. Begitulah suasana di pagi raya dengan pakaian warna-warni serba baru, hidangan ketupat, lemang dan rendang serta disulami hilai ketawa sanak saudara.

Masa Untuk Gerak! Sebelum balik, kami sempat merakam gambar dan lepas tu bersalaman dengan tuan ummah. Udah menjadi budaya raya agaknya bila bebudak (budak kecik jer!) di beri sampul berisi wang oleh tuan rumah. Pong begitu, group bebudak tadi tu udah di brief di pagi raya oleh penjaga masing-masing iaitu jangan sesekali minta duit raya dan jika di beri sampul raya, ucapkan terima kacik dan jangan buka dihadapan tuan ummah.
 

Balik Gedangsa!
Sebelum matahari tegak diatas kepala ada baiknya kami gerak balik menuju Gedangsa. Lepas group kami beraya di ummah Kak Timah, petang nanti pulak mungkin group  (adik beradik aku) keluarga Kak Ana-Lela, Hj Omar anak beranak dan family Misah-Mail nak datang beraya kat ummah Kak Timah!


Nota Kaki
: Terima kasih kerana sudi membaca chetera dalam cerita 'Ziarah Ummah Saudara'. Selepas ne akan menyusul entri Berendam Di Sungai Innki. - Salam  dari Mj Kakiconteng!









No comments:

Post a Comment