02 August 2013

GUNMEN, NAMAWEE & THE NEW VILLAGE!

 



                      GUNMEN!

GUNMEN atau lelaki berpistol ne bukan filem, atau klip vedio rekaan pengarah dari Malaysia. Ini adalah kisah benar yang berlaku sejak dua menjak ne, di mana terdapat banyak kes bunuh menggunakan senjata api.

Filem! Orang ramai  mula merasa bimbang dengan trend pembunuhan ala-ala filem KL Gengstar atau filem Vengeance yang ditayangkan malam tadi kul 1100 malam di NTV7 dengan jalan ceritanya lebih kepada balas dendam dengan menggunakan khidmat pembunuh upahan.  Yang peliknya filem berunsur ganas camne pong boleh lulus tayang  oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

Soalnya kenapa kes bunuh guna pembunuh upahan makin menjadi-jadi satelah selesai PRU-13. Dulo, sebelum PRU-13 ada gak kes bunuh tapi taklah banyak sangat macam sekarang ne. Pembunuh-pembunuh ne siapa sebenarnya Bro? Adakah mereka diupah membunuh bagi menggangu-gugat keamanan dan kedaulatan negara. Jika benar mereka diupah,  siapa kah dalang disebalik kejadian-kejadian tersebut.

                    NAMAWEE!

Bersuara lagi si Namawee ne! Kali ne suaranya sumbang dan lebih kepada kurang ajar. Dolu, budak Cina ne kurang ajar gak, tapi boleh lepas pulak dari tindakan undang-undang walaupong pernah menghina Islam, menghina Lagu Negaraku dan menghina bendera Malaysia.

Kutuk Kerajaan! Seperti yang dilaporkan, budak Cina ne mengutuk dan mencerca kerajaan lagi hanya hal kecik iaitu tindakan kerajaan menangguhkan tayangan filem The New Village (TNV) yang sepatutnya dilulus tayang pada 22 Ogas ini. 

Tanda Putra! Hanya kerana sebelum ne dia dianggap hero oleh kaum Cina kerana pernah menghina Lagu Negaraku, kali ini budak ne tambah biadab dengan mempertikaikan filem Tanda Putra (TP) yang kononnya filem ne ada isu rusuhan 13 Mei. Kenapa si Namawee khasnya dan kaum Cina amnya takut sangat dengan filem Tanda Putra. Filem macam nelah sepatutnya kita (rakyat berbilang kaum) tenguk, tonton untuk memahami akan messagenya.

Muhibbah! Mudah aja message filem TP ne! Yaitu jika kita ingin terus hidup dengan aman damai, kenelah hormat menghormati hak dan perasaan kaum lain, kira muhibbahlah gitu! Sekiranya kita selalu buat kecoh, banyak bunyi dan berangan-angan nak rebut kuasa maka akan terjadilah seperti sejarah 13 Mei. 


Katakan Tidak Bro! Tentulah kita tidak mahu kejadian seperti rusuhan kaum tersebut berulang Bro! Kalaulah berulang, tentu banyak nyawa yang melayang dan banyak gak harta benda musnah. Untuk memusnahkan sebuah negara memang mudah, tetapi untuk membangukan semula mungkin memakan masa pulohan tahun.

                  THE NEW VILLAGE!
 
The New Village! Aku tentulah belum tenguk filem ne (TNV) lagi sebab aku bukan kojer kat Lembaga Penapisan Filem (LPF). Walaupong filem ini diterbitkan untuk kaum Cina, tak salahnya kalau aku nan tonton. Aku ne macam segelintir orang Melayu gak yang suka nonton filem Cina, tak kira filem tu dari Taiwan, China atau Hong Kong. 

Rasis Jahat! Tak macam orang Cina Bro! Diorang takkan  nonton filem Melayu, bukan pasal filem Melayu tak bermutu tapi pasal sikap perkauman yang kuat. Duit bagi kaum Cina hanya boleh dibelanjakan untuk filem Cina sahaja. Tupasal ada penerbit menerbitkan filem Cina seperti filem The New Village untuk tontonan orang dia sahaja.

Tidak Sihat! Sepatunya penerbit filem Cina buatlah filem berunsurkan muhhibah bukan buat filem macam The New Village (TNV) yang dilaporkan ada mempunyai unsur-unsur tidak sihat. Filem TNV dikatakan seolah-olah meng'agungkan atau mengangkat maruah pengganas dari Parti Komunis Malaya (PKM).

Boleh pulak tu penerbit bersama iaitu Astro Shaw buat filem yang boleh menyentuh sensitiviti khasnya orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Diorang saja buat filem ne nak bagitau dunia terutama dunia orang Cina bahawa pengganas komunis masa itu adalah hero dan pejuang sebenar. Ekeleh! Pejuang apa ke bendanya kalau asyik membunuh orang Melayu seperti yang diceritakan oleh Abdul Latip Talib dalam buku Kiyai Salleh. 


Akhir Sekali!  Aku minta pihak berkuasa yang ada kuasalah, lebih tegas (jangan buat kojer sambil lewa) berhubung perkara penerbitan filem yang meng'angkat perjuangan komunis  ini diharamkan (tidak dibenarkan) untuk tayangan umum. Sekiranya pihak kerajaan lulus tayang filem TNV ne, mungkin pada masa akan datang kaum Cina naik tocang. Tidak mustahil diorang nanti bikin filem selit babak X, pelacuran, perjudian dan kongsi gelap sebagai amalan hidup rakyat Malaysia.

 

Nota Kaki : Jangan luluskan tayangan filem The New Village. Selepas ini diharap tiada lagi penerbit yang suka-suka bikin filem yang ada unsur komunis atau klip video yang menghina Islam. Keamanan dan kestabilan negara ini patut dikekalkan jika kita mahu melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum 2020. Kalau masih ada yang berani buat kecok dan buat provokasi, tangkap dan asingkan mereka di Pulau Taubat. - Selamat Berbuka dan Selamat Bersahur!   

No comments:

Post a Comment