26 August 2013

SKUAD BUKIT AMAN & WAYTHAMOORTHY!


As Salam!
Dua tiga bulan lalu, kita bimbang kerana terlalu banyaknya kes bunuh dan pelbagai kejadian jenayah yang dipercayai melibatkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Kegiatan jenayah mereka telah sampai kepada tahap merah iaitu boleh mengancam keselamatan negara jika lambat bertindak.

Aku hairan gak bagaimana gangster tersebut boleh bertapak dan beranak pinak, sedangkan dolu udah ramai gangster disumbat kedalam jereji besi dibawah Ordinan Darurat (EO) dan yang lainnya pulak telah di buang daerah dibawah Akta Kediaman Terhad.


Sejarah! Kalau ikutkan sejarah kongsi gelap, ia bermula di Larut yang letaknya di sebelah barat laut negeri Perak. Pada tahun 1848, Long Jaafar iaitu wakil Sultan telah menemui bijih timah. Seramai dua puloh orang Cina dari puak Chin Seah (dari daerah Kwangtung, China) telah di import untuk membuka lombong bijeh timah di Kelian Pauh.

Sejak pembukaan lombong tersebut, ramailah pelombong-pelombong Cina datang dan pada masa yang sama mereka menubuhkan kongsi gelap terdiri kumpulan Hai San dari puak Khek dan kongsi gelap Ghee Hin dari puak Kongfu. Tujuan mereka menubuhkan kongsi gelap ialah bagi melindungi kaum mereka terutama kuasa mengawal pengaliran air, candu, arak dan rumah-rumah perjudian.

Gangster Melayu! Tak banyak yang aku tahu pasal gangster Melayu, pasal masa tu aku belum lahir lagi. Mungkin agaknya, sekitar tahun 60'an udah ada kongsi gelap dari kaum Melayu. Tujuan mereka menubuhkan kongsi gelap adalah bagi mengimbangi kumpulan gangster dari kaum Cina. Kebanyakan ahli gangster Melayu ketika itu memiliki susuk badan yang besar, menunggang motosikal dan boleh dilihat seperti dalam filem 'Dibelakang Takbir'.
 

Cuci Tangan! Selepas kejadian 13 Mei, kebanyakan gangster Melayu telah cuci tangan dan telah menjadi warga yang berwawasan iaitu mahu memajukan anak-bangsa terutama dari segi pendidikan anak-anak, kerana dengan pendidikan sahajalah orang Melayu boleh berjaya. Ketiadaan kongsi gelap Melayu pada masa itu telah memudahkan kegiatan gangster dari kaum Cina dan kaum India.

                  SKUAD BUKIT AMAN


Hari ini! Kumpulan kongsi gelap semakin garang dan tunjuk kuat, malah pihak penguatkuasa seperti PDRM, diorang pandang sebelah mata sahaja. Mereka bebas melakukan jenayah berat, kononnya kebal kerana adanya amalan memberi dan menerima rasuah disamping mereka ini dilindungi oleh pihak tertentu. 


Akhirnya! Ketua Polis Negara yang baru, Khalid Abu Bakar telah bangkit melancarkan Ops Cantas Khas diseluruh negara. Hasilnya, beratus individu diperiksa dan ditahan dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis bagi memendung kegiatan kongsi gelap dan dadah.

Skuad Bukit Aman! Yang menariknya tentang  skuad khas Bukit Aman ini ialah telah pong beroperasi dua bulan lepas, dianggotai pegawai dan anggota terlatih. Skuad ini mempunyai kuasa membenteras kumpulan sasaran tanpa melalui birokrasi ibu pejabat kontijen atau polis daerah.

                  WAYTHAMOORTHY!

Siapa Waythamoorthy! Sebenarnya aku tak kenal pong sehinggalah dia bersura pasal kes kejayaan pihak polis menembak mati lima penjenayah diPulau Pinang. Rupanya beliau adalah bekas pemimpin Hindraf yang diharamkan kerajaan dan telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas PRU-13 dolu.


Khabarnya perlantikannya sebagai Timbalan Menteri pong pasal atas belas kesian dan telah menjadi isu kontroversi, sebab masa PRU-13, kaum India tidak ramai yang berpihak kepada BN. Beliau telah memainkan sentimen perkauman dalam soal membanteras jenayah dengan berlagak seperti pemimpin NGO atau mungkin jiwanya masih lagi ada hati dengan Hindraf!

Timbalan Menteri! Beliau udah dikira wakil kaum India Malaysia apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri. Sepatutnya dengan jawatan tersebut beliau boleh membantu anak-anak kaum India yang masih lagi keciciran dalam pelajaran. Keadaan sosio ekonomi kaum India itulah juga punca yang menyebabkan belia-belia mereka sanggup mati dengan menjadi ahli kongsi gelap.

Janganlah! Hanya kerana lima anggota kongsi gelap kaum India yang udah mati dibunuh oleh pihak berkuasa, membolehkan ahli politik mempertikaikan tindakan polis. Dimana sebenarnya Waythamoorty berada sekarang? Dipihak kerajaan yang mahu membanters jenayah kongsi gelap atau mahu melindungi mereka agar dilihat sebagai hero kaum India.

Tidak Popular! Kalau nak jadi hero terkenal atau mencari publisiti murahan ada baiknya Waythamoorthy kembali kepada orang-orangnya yang begelar Hindraf. Hadapilah kenyataan iaitu kaum India di Malaysia sedang menghadapi kemelut untuk sama berdiri dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Keciciran dalam pelajaran adalah punca belia-belia kaum India terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, buruh taman, pencuci kereta, penjual besi buruk, penghantar cepat, penjaga parking atau pengawal keselamatan. Untuk kerja yang lebih mudah (short-cut), belia-belia India terpaksa join kongsi gelap tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Cuba Tanya Waythamoorthy! Berapa ramai kaum India yang berjaya dalam bidang sukan  atau sekurang-kurangnya berjaya sebagai pelukis, penulis atau pengarah filem misalnya. Waythamoorthy yang kini duduk dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin tidak sewajarnya lupa diri tentang kaumnya yang sedang terkial-kial untuk memajukan diri bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Sekolah! Ada baiknya beliau mencadangkan kepada kerajaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJK) ditutup dan murid-muridnya dipindahkan kesekolah aliran Cina, Inggeris atau Melayu. Di sekolah aliran baru itu perlulah ada guru dari kaum India untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dan pendidikan Sivik. Budget yang disediakan oleh kerajaan untuk menguruskan Sekolah Rendah Tamil bolehlah digunakan untuk membeli bas sekolah, membayar gaji pemandu dan membayar kos bagi selengara bas tersebut.

Berjaya! Dalam tempoh 10 tahun akan datang pasti belia-belia India udah berjaya disamping dapat pulak mengguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Mandrin atau Bahasa Melayu. Mereka-mereka yang melepasi tingkatan lima aliran Inggeris, tentulah boleh bekerja di syarikat swasta atau kerajaan. Yang bersekolah aliran Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya boleh memohun kerja dijabatan kerajaan.

Pemimpin kaum India silih berganti tetapi dari dolu hingga sekarang tiada perubahan pada kaum India kerana sistem pendidikan yang dipilih oleh mereka. Pemimpin sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai idol kejayaan dalam kehidupan bukannya memilih gangster atau penjenayah sebagai icon.

Jika pemimpin-pemimpin kaum India terus menegakkan benang basah dan sangat menghormati penjenayah, lagi 100 tahun pong kaum India di Malaysia akan ketinggalan dalam semua bidang kecuali bidang gangsterisme!


Nota Kaki : Akhbar hari ini melaporkan iaitu Gabungan Dewan Perniagaan India Malaysia (MAICCI) menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri, P.Waythamoorthy mempertikaikan tindakan polis menembak mati penjenayah sebagai memalukan. Presidennya, Tan Sri KK Eswaran berkata, selaku Timbalan Menteri dan seorang peguam, beliau seharusnya tahu batasan dan tidak bersandarkan kepada emosi semata-mata. 



 
 

No comments:

Post a Comment