16 August 2013

KHUTBAH JUMAAT & JAMUAN RAYA




Assalamualaikum!
Salam Jumaat dan Salam Aidulfitri. Tengahari tadi aku dengar Khutbah Jumaat mengenai 'Puasa Enam' pada bulan Syawal. Bulan ini dinamakan bulan Syawal, kerana merupakan bulan peningkatan amaliah Ramadan dengan diiringi puasa enam hari. 


                    PUASA ENAM
  
Rasulullah SAW mengambarkan bahawa orang yang melakukan puasa penuh di bulan Ramadan, lalu menambah lagi enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa satu tahun penuh. 

Rasulullah SAW tidak menjelaskan apakah puasa enam hari dalam bulan Syawal ini dilaksanakan secara berturut-turut atau secara berselang-selang. Kerana itu, puasa enam  hari yang dimaksudkan oleh hadith di bawah ini boleh dilakukan berturut-turut mahupun berselang-selang, yang penting cukup enam hari.


Hadith!  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian ia iringi enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa satu tahun" - (HR. Muslim)  

                 
                 JAMUAN HARI RAYA

"Mana Ada Masa!" Bagi aku, itu bukan jawapan yang tepat sekiranya kita menerima jemputan Jamuan Hari Raya atau lebih dikenali dengan 'Open House' walaupong sebetulnya tidaklah open sangat pasal, yang perlu datang hanyalah orang-orang yang dijemput sahaja.

Jadual Aku! Udah ada beberapa jemputan jamuan hari raya dan undangan majlis perkahwinan iaitu pada 17/8/13 hari Sabtu, paginye aku nak ge JPN (UTC Cawangan Sentul), lepas tu turun Kelompo dan tengahari pulak nak ge jamuan hari raya kat ummah adik aku Misah, di Kampung Nakhoda.


Hari Ahad (18/8/13), jemputan jamuan hari raya kat ummah abang aku Hj. Omar. Pada 24/8/13 pulak, jemputan ummah terbuka dari Black House, di Batu 6 Gombak, Selangor. Hari yang sama, ada gak jemputan majlis perkahwinan pasangan Mohd Noorarmiezan dengan Nina Mazuin yang akan diadakan kat Dewan kompleks Belia Bandaraya, Cheras Kelompo. Rumah adik Midah buat gak jamuan hari raya iaitu pada 25/8/13 (Ahad).


Jadual Hujung Minggu! Kira udah penuhlah dan kalau kenkawan ajak kayuh basikal, masih boleh diatur. Tak boleh kayuh waktu pagi atau petang, kita boleh kayuh pada waktu malam. Waktu, kita boleh atur Bro! Yang menentukan jadual kita tadi tu, jadi tak jadi hanya Allah yang menentukan. Walahu'aklam!   
 

Nota Kaki : Selak helaian akhbar hari ne, khabar duka dari Mesir iaitu kira-kira 2,200 penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan telah maut berikutan tindakan  pasukan keselamatan Mesir menggempur kem penyokong Musri di Kaherah. Yang lain tu berita pasal isu 'surau jadi tokong' di sabuah resort Sedili Besar, Kota Tinggi. Paling menarik bagi aku ialah rencana tulisan Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang bertajuk 'Singapura Maju Kerana Malaysia'.  

Akhir kata dari Mj! Ambillah iktibar dari kejadian yang berlaku di Mesir dan juga penghinaan  berterusan kepada ummat Islam ketika ini serta komen Lee Kuan Yew yang tak habis-habis sakit hati kerana selepas PRU-13, Melayu masih lagi kekal sebagai tuan di Tanah Melayu. - Jumpa lagi Bro, dengan izin Allah!

No comments:

Post a Comment