Assalamualaikum Semua! Dua tiga hari ne kelihatannya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sibuk mencantas penjenayah dalam opersi Op Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara bagi melumpuhkan aktivit gangster, jenayah kekerasan dan pengedaran dadah.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zaid Hamidi iaitu rakyat Malaysia udah mempunyai asas kebimbangan terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sejak dua menjak ne kerana undang-undang pencegahan (EO) sudah dihapuskan.
Oleh sebab tu, PDRM telah menubuhkan dua skuad khas yang berpusat di Bukit Aman khusus memberi tumpuan kepada kumpulan sasar tanpa melalui saluran-saluran biokrasi kepolisian seperti kebiasaannya.
Materialistik! Dunia hari ini telah mengubah sikap manusia untuk mengejar kebendaan dan wang bagi mereka adalah segala-galanya. Mereka yang gagal dalam pelajaran ambik jalan mudah dengan melakukan kerja yang dilarang undang-udang dan agama. Mereka ini mulanya mungkin hanya sekadar untuk mencuba kerana pujukan rakan dan akhirnya seronok bila mereka gelap mata atau mata duiatan gitu! Akhirnya mereka terjerumus kedalam dunia yang gelap gulita.
Agama Islam dan agama-agama lainnya telah mengajar manusia supaya menjadi baik dan mencari pekerjaan yang halal, namun segelintir mereka tidak mematuhi ajaran agama mereka. Pekerjaan yang dilarang oleh agama itulah yang meraka mahu lakukan seperti bekerja sebagai GRo, pelacur, penjual Cd haram, pengedar dadah, meragut, penyeludup, merompak dan bekerja sebagai pembunuh upahan.
Apabila udah seronok melakukan kerja sebagai pegedar dadah contohnya, tentu mereka mahu memperluaskan lagi perniagaan tersebut dengan menubuhkan kumpulan kongsi gelap agar mereka dapat mengawal kawasan mereka dan memperolehi keuntungan berlipat ganda. Akhirnya ramailah remaja dan belia yang tak cukup pandai terjebak dalam kongsi gelap. Nak salahkan siapa Bro! Ini bukan salah ibu mengandung...
Kesian ibu yang mengandung kerana akhirnya anak kesayangannya terjebak dalam kongsi gelap dan pengedaran dadah. Lepas tu kantoi atau silap haribulan mati kene tembak dek rakan sendiri atau ditembak oleh pembunuh upahan. Rugilah hidup kalau akhirnya mati tanpa sempat bertaubat.
Taubat! Maksudnya balik ke pangkal jalan sebelum terlambat, tak kiralah apa agamanya Buddha, Hindu atau Islam. Kat Tanah Melayu ne, tiga agama nelah paling ramai melanggar hukum dunia walaupong terdapat banyak tope'kong, kuil dan masjid. Mungkin disebabkan penganutnya hanya menyembah Tuhannya seminggu sekali atau setahun sekali, menyebabkan mereka tidak dapat menerima bahawa buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan menerima balasan juga.
Nota Kaki : Diharap jabatan lain seperti Lembaga Penapis Filem (LPF) dapat menyekat kemasukan filem berunsur ganas dari negara India dan China. Begitu gak jabatan kerajaan lainnya, hendaklah membantu PDRM dalam usaha membenteras jenayah dan kongsi gelap. Janganlah pihak PDRM dan kerajaan amnya tunduk kepada NGO dan parti politik jika mereka kata PDRM telah buat kojer (op cantas khas) diluar batas-batas kemanusian. NGO dan Parti Politik hanyalah pandai bercakap saja dan bila udah terkene kat batang hidung diorang nanti baru diorang tau!. - Jumpa Lagi dengan izin Allah!
| | |
No comments:
Post a Comment