JEPUN MENYERAH KALAH!
Pada tarikh keramat 12 September 1945, tentera Jepun di Tanah Melayu secara resminya menyerah diri. Maka berakhirlah era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Lenyaplah kesengsaraan dan penderitaan yang dilalui oleh rakyat tempatan sepanjang tiga tahun berada di bawah pemerintahan Jepun.
Laungan takbir bergema hebat. Berita pengunduran Jepun itu tersebar ketika umat Islam sedang merayakan Aidulfitri. Penduduk Tanah Melayu menyambut berita gembira itu dengan mengadakan kenduri kesyukuran.
ASKAR BINTANG TIGA!
Waktu Yang Sama! Suasana di dalam hutan bergema dengan sorak gempita anggota komunis bintang tiga. Mereka meraikan kegembiraan apabila mendapat tahu Jepun sudah menyerah kalah dan sudah pulang ke negara asal.
"Sekarang Jepun sudah pergi dari Tanah Melayu, jadi kita yang berkuasa. Kita akan balas dendam kepada tali barut Jepun," kata Jeneral Ming ketika pertemuan diadakan dengan para penggikutnya. Wajahnya berseri-seri.
Keesokan Harinya! Sebaik mentari pagi terbit, anggota komunis berpusu-pusu keluar dari hutan yang menjadi tempat tinggal mereka selama tiga tahun. Dengan berpakaian serba lusuh sambil menggalas selaras senapang, mereka masuk ke kampung dan pekan dengan sorak gemuruh. Mereka meraikan kekalahan Jepun sebagai kemenangan milik mereka dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab menghalau Jepun dari Tanah Melayu.
Sejak keluar dari hutan, pihak komunis itu kini dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM). Matlamat mereka sama iaitu mahu membina kerajaan sendiri dan menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu. Oleh itu, pencarian rekrut-rekrut baru bakal diperluaskan lagi.
Orang Cina turut bergumbira. Mereka meraikan kekalahan Jepun kerana yakin Parti Komunis Malaya akan berkuasa. Mereka tidak lagi diancam dan ditindas. Dengan pemerintahan PKM nanti, merekalah yang akan senang-lenang. Mereka tidak lagi hidup sebagai orang buruan.
Kini giliran komunis pulak bertindak setelah berkuasa. Mereka mula merangka undang-undang sendiri yang mesti dipatuhi seta-merta antaranya ialah dilarang keras berkumpul disurau atau masjid.
Di Pendekan Cerita! Atas perintah Jeneral Ming, Ah Seng memimpin pasukannya menuju ke Kampung Simpang Kiri. Tembakan terus dilepaskan tanpa amaran. Mendengar tembakan itu, penduduk kampung lari bertempiran menyelamatkan diri. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, tiba-tiba kedengaran suara nyaring yang menjerit kesakitan. Komunis (PKM) melepaskan tembakan kearah orang kampung hingga ada yang terbunuh. Beberapa orang lelaki yang mereka (PKM) temui ditangkap dan dipukul.
CITA-CITA!
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti komunis Malaya mengambil kesempatan untuk berkuasa di Tanah Melayu dengan menubuhkan beberapa pertubuhan seperti Men Yuen, MRL dan sebagainya. Mereka sudah melaksanakan perancangan untuk mengambil alih Tanah Melayu. Rentetan daripada itu, keganasan dan rusuhan antara kaum terutama di Johor sering kali berlaku.
Apabila British kembali ke Tanah Melayu maka kerajaan sementara di tubuhkan dan pihak komunis kembali masuk ke dalam hutan. Mereka kembali memberontak dan mula menyerang pasukan polis dan tentera British.
Dalam bulan Jun 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah mengistiharkan daruat kerana percubaan sekali lagi Parti Komunis Malaya hendak menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan. Cara yang dilakukan oleh komunis ialah dengan memaksa rakyat yang tinggal dikawasan luar bandar supaya membantu mereka dengan barang makanan serta wang.
Ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijeh telah menjadi sasaran. Pembakaran, merosakan harta benda dan serangan hendap dilakukan untuk mencapai cita-cita mereka. Rancangan penempatan semula kaum Cina (The New Village) secara besar-besaran serta kempen menyekat barang makanan supaya tidak sampai pada pihak komunis. Angkatan bersenjata telah berusaha mempertahankan serangan komunis dan akhirnya membawa kepada kekalahan pihak komunis.
BUDAK YANG BODOH
Aku taip semula cerita pasal Askar Bintang Tiga yang juga digelar komunis sebab si Namewee buat kecoh mengenai filem The New Village yang akan diharamkan tayangannya di Malaysia. Seperti yang dilaporakan iaitu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas si Wee Meng Chee @Namewee "Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita."
Tambah Datuk Nazri lagi "Jangan guna nilai negara China yang mereka makan apa sahaja di sini. Kalau belajar di Taiwan, jangan bawa budaya Taiwan datang ke sini untuk hidup di negara kita."
Dolu! Bodoh-bodoh si Namewee nie pong rakyat Malaysia tetap maafkan si Namewee bila dia buat provokasi. Siap boleh lagi jumpa menteri dan buat pinjaman untuk bikin filem. Menteri Melayu tersebut pulak sokong 100% dan budak Cina nie pong dapat pinjaman untuk bikin filem. Bodoh-bodoh si Namewee nie, filem arahannya box-office pasal ada dua tiga orang pelakun Melayu yang menyokongnya.
Walaupong si Namewee dikatakan bodoh kerana menghina agama Islam dan lagu Negaraku dalam rentak lagu rap, tetapi telah terkenal dan berjaya menjadi hero dan idola kaum Cina terutama remaja Cina. Sepandai-pandai anak muda Melayu, senang tak agaknya nak jumpa menteri kemudian sokong dapat pinjaman sebanyak setengah juta untuk bikin filem! - Wallahuaklam!
Nota Kaki : Entri Askar Bintang Tiga ini aku kutip dari novel Kiyai Salleh hasil tulisan Abdul Latip Talib yang di terbitkan oleh PSN Publication serta menyelak sikit dari buku sejarah lampau. Semuga kaum Cina faham akan sejarah silam dan jangan cobak-cobak hidupkan ideologi komunis. - Salam dan Selamat berbuka kepada kenkawan yang berpuasa! - Aku bukan anti Cina [Mj]
|
No comments:
Post a Comment