05 August 2013

RAYA DAH DEKAT!


Assalamualaikum! 
Salam sejahtera buat semua kenkawan yang sedang membaca entri 'Raya Dah Dekat!'. Tik! Tok! Tik! Tok! Masa berlalu dan hanya beberapa hari sahaja lagi kita terpaksa tinggalkan bulan Ramadan yang penuh berakah. Bulan yang Allah sediakan bayak pahala untuk direbut melalui ibadah.

Raya Dah Dekat! Selepas kejayaan kita berpuasa sebulan (29 hari) dibulan Ramadan, kita akan melangkah pula ke hari gumbira (ai'id) iaitu bulan Syawal yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Menurut pendapat ulama, pada hari Raya Aidulfitri, umat Islam yang berpuasa telah dapat membersihkan diri daripada dosa dan perkara lain. 

Di Pagi Raya! Nabi SAW menyuruh orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, musafir, tua atau muda, yang buta dan juga kanak-kanak, keluar menuju masjid atau tempat yang lapang untuk merayakan hari raya dan menyaksikan kebaikan. (Buhari dan Muslim, Ibnu Majah @41).

Mereka hendaklah mandi pagi, memakai pakaian yang indah dan baru, memakai perhiasan dan wangi-wangian. Pada pagi itu sebelum keluar rumah, iaitu sebelum solat disunatkan bersarapan kerana Nabi SAW makan tiga biji kurma sebelum keluar sembahyang Aidulfitri.

Zakat Fitrah! Di Pagi itu juga, sebelum solat-adalah masa terakhir bagi umat Islam yang hidup dan mampu, menunaikan bayaran zakat fitrah. Fakir miskin pula akan menerima habuan zakat fitrah dan sadaqah, disamping orang yang berada pula menjemput makan supaya suasana kegumbiraan dapat dirasai bersama. Untuk pengetahuan kenkawan semua, iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menetapkan bayaran fitrah bagi tahun ini ialah satu fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras bernilai RM7.00.

Solat Hari Raya! Kemuncak perayaan ialah mendirikan Solat Hari Raya, iaitu memulakan dengan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. Solat ini digalakkan dibuat secara berjamaah. Sekiranya seseorang itu tidak dapat datang  ka masjid, atau sedang berada sendirian di negara orang bukan Islam, adalah disunatkan sembahyang di rumah atau di mana-mana sahaja secara bersendirian.

Khutbah! Selepas solat ramai gak umat Islam tergesa-gesa keluar dari masjid. Sedangkan lepas tu ada khutbah hari raya. Dalam khutbah pertama itu sunat melafazkan sembilan takbir dan tujuk takbir pada khutbah kedua. Lepas solat, umat Islam digalakan untuk saling bertemu dan ziarah sambil mengucapkan tahniah seperti "Taqabbalallah minna wa minka." (Semuga Allah menerima amal kami dan anda) - Riwayat Baihaqi@52)

Ingat Sikit! Begitulah serba sedikit tentang hari gumbira dipagi raya. Tapi kita kene ingat gak Bro, bukan semua umat Islam dapat menyambutnya dengan penuh keriangan. Ada gak keluarga yang tinggal nun jauh dipendalaman, hidup dalam serba kekurangan. Tinggal di rumah yang dindingnya berlubang dan sebahagiannya pula hanya ditutupi dengan plastik. Tanpa keperluan asas seperti tiada bekalan air dan letrik.

Nota Kaki : Cam bisalah Bro! Nota kaki ne nak bagitau iaitu sebahagian entri ne aku selak buku Solat-Solat Sunat karangan Haji Mohamad Jajuli Abd Rahman terbitan Wholesale-Mart Business Sdn Bhd. p/s: Di kesempatan ini, aku sekelurga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca. - Mj Kakiconteng!




  

No comments:

Post a Comment