As Salam! Aku baru balik dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan UTC Sentul, Kelompo pasal urusan kad pengenalan baru. Ambik no giliran, tak perlu isi borang dan tunggu. Urusan kat kauter memang cepat Bro! Klik, taip no kad pengenalan, scan cap jari, bayar pengerasnya RM10.00 dan ambik gambar. Boleh collect kad pengenalan baru, dua (2) jam selepas berurusan di JPN.
Tak macam dolu Bro! Nak buat kad pengenalan kene ge Petaling Jaya (PJ), bawak dua keping gambar dan pengerasnya sekali. Beratur panjang, sepanjang yang boleh-pasal zaman tu takde istilah nombor giliran, klik, mouse, usb, desktop, digital printer dan scan cap jari. Bila selesai urusan di kaunter, kad pengenalan boleh di ambik hanya selepas sebulan hingga tiga bulan, bergantung pada kepantasan pekerja di JPN. |
No comments:
Post a Comment