19 August 2013

LUNCH DI UMMAH HJ OMAR


Fuhhh! Meleleh air liur Bro! Nasi Putih, ikan keli masak bercili, ayam goreng, rendang kerang, ikan masin, labu masak lemak, ulam raja, pucuk ubi rebus, tenggek burung, petai rebus, sambal belacan dan tempoyak. Makan tenghari ramai-ramai kat ummah Hj Omar & Kak Enab, memang bestlah Bro, lagi-lagi ayam goreng baru keluar dari kuali!

Ayat al-Quran!
Bercakap pasal makan ne, teringin gak aku nak taip ayat al-Quran yang menamakan beberapa jenis binatang yang haram dimakan, namun ayat 3, surah al-Maidah merakamkan 10 jenis binatang yang haram dimakan: 'Telah diharamkan atas kamu bangkai binatang, darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, dipukul, jatuh dari atas, yang ditanduk, yang mati diserang oleh binatang buas (kecuali yang dapat kamu sembelih) dan yang disembelih untuk berhala.'

Hikmah Pengharaman! Binatang pertama diharamkan oleh Allah dalam ayat diatas tadi ialah bangkai binatang. Hikmah utama daripada pengharaman itu ialah kerana binatang yang disifatkan bangkai biasanya membawa bahaya kepada manusia. Binatang yang mati sendiri tentulah ada sebabnya seperti berpenyakit, berkuman atau akibat memakan makanan beracun.

Kinzir! Daging babi atau kinzir diharamkan untuk dimakan oleh  manusia kerana kotor dan berbahya. Ketika ayat pengharamannya diterima mungkin ramai orang Arab tidak tahu bahaya di dalam daging babi. Ahli perubatan moden telah mendedahkan bahawa biasanya didalam daging babi itu terdapat cacing pita yang masih sukar untuk mati walaupun sesudah dimasak.

Pengotor! Telah diketahui umum iaitu babi gemar makan makanan yang kotor dan basi termasuk najis binatang atau manusia. Malah tabiat gelojoh binatang itu dipercayai akan menular kepada manusia yang sering memakan daging babi. Tu pasal kita tidak digalakan makan-minum di kedai kopi Cina pasal ada jual daging babi dan bila makan diaorang guna cop stick. Memang nampak gelojohlah Bro!

Setakat
ini sahaja yang dapat aku taip. Cerita pasal Lunch Di Ummah Hj Omar sikit jer, yang lebihnya pasal haram kalau kita makan daging yang tak sembelih macam daging lembu atau kerbau yang dicuri lepas tu diorang lapah dan jual kat pasar.

Nota Kaki
: Sedikit info yang kita kongsi ne aku selak buku Halal & Haram susunan Mustaffa Suhaimi. Sekiranya ada salah dan silap haraf maafkan kerana yang baik itu datang dari Allah yang kurang sempurna itu datangnya dari aku sendiri. Wallahu'aklam!







No comments:

Post a Comment