01 August 2013

CHeTz & BaNG! BaNG! BaNG!




As Salam! Sinaran matahari bulan Ogas mula memancarkan cahayanya. Pagi Khamis ini, kita masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah SWT untuk meneruskan ibadah pada malam-malam terakhir Ramadan. Pada bulan Ramadan kali ini, ada beberapa klip video menghina Islam  telah dimuat naik kat laman sosial facebook dan YouTube. Begitu gak dengan perkembangan kejadian jenayah kekerasan menggunakan senjata api yang aku lihat semakin hari semakin menjadi-jadi.

                     CHeTz!


CHeTz! Nama sabenar Minah ne ialah Maznah Mohd Yusof @Chetz, berusia 38 tahun dan tinggal di Bukit Beruntung, Rawang. Al-kisahnya si Chetz ini ialah dia mahu menunjukan kepandaiannya membuat rakaman dan suntingan video untuk tatapan umum di YouTube. Harapan si Chetz ini sama gak dengan harapan kebanyakan penerbit filem pendek (klip video) yang lain iaitu mahu vedionya mendapat sambutan dan di share oleh ramai orang kat laman facebook atau twitter.

Sayangnya! Si Chetz telah merakaman klip video yang memaparkan sambutan Hari Raya Aidulfitri bersama tiga ekor anjing dengan memasukkan latar belakang takbir raya, dan telah menimbulkan kemarahan kebanyakan umat Islam. Akbar hari ini melaporkan penyebaran klip vedio selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang lelaki membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.

Chetz Kantoi! Satelah ditahan oleh polis hari ini, si Chetz menafikan perbuatannya itu sebagai menghina Islam. Chetz berkata "Anjing ini tak haram, kalau basah kita samak". Jelas Chetz lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupong ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

Kisahnya! Begitulah cerita klip vedio si Chetz bersama anjing-anjingnya. Tujuan menyelamatkan anjing-anjing tu boleh di kira baik, tetapi kenapa mesti bawa anjing tu masuk dalam rumah. Namanya pong anjing! Selagi ada lidah pasti nak menjilat. Soalnya mampukah si Chetz menyamak setiap kali kene jilat! 

Dengan Niat!  Pasal apa pulak si Chetz yang dalam kad pengenalannya tercetak status Islam sebagai agamanya, telah dengan niat  menerbitkan filem pendek dengan tiga ekor anjing dengan muzik latar takbir raya. Lepas tu siap dengan keterangan "Raikan Aidulfitri bersama-sama tanpa mengira spesies (manusia atau anjing), warna kulit dan asal-usul anjing-anjing tersebut". Itu bukankah namanya dengan niat menghina Islam Sis!

Berani Buat! Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan jangan biarkan individu berkenaan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang. Kalau ikut kata Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan 4(1)(c) Akta Hasutan.

               
                 BaNG! BaNG! BaNG!


Laporan! Dua hari lepas akabar ada laporkan (bukan aku yang lapor Bro!) pasal kes bunuh pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi mati ditembak kat ibu negara. Satu lagi kes tembak berlaku dan melibatkan seorang lelaki N.Jeevandran seorang pemandu van, yang mempunyai empat rekod jenayah lampau telah mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utara, kat Parit Buntar-Perak. 

Kelmarin! G Santhan Samy cedera parah selepas ditembak dua penjenayah bermotosikal di Jalan Mengkuang berhampiran susur keluar Lebuh Raya Butterwort-Kulim. Kes lain membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (KDRM) Bahagian Cukai Dalam Negeri, Datuk Shahruddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika kenderaannya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Putrajaya. 

Semalam! Kita juga ada dengar berita iaitu polis merampas sepucuk pistol daripada dua lelaki yang ditahan ditepi jalan  Sungai Buloh-Subang kat Kota Damansara. Kedua-dua suspek menaiki motosikal cuba meloloskan diri sehingga berlaku pergelutan dan mereka berjaya ditahan. Sebelum ne pong pihak polis turut merampas senjata api membabitkan budak 15 tahun. Budak tu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan menyewa senjata api kepada orang-orang yang memerlukannya. (Hebatnya budak ne!).

Pembunuh Upahan! Kesian pulak aku tenguk PDRM, kejap kes bunuh kat sana lepas tu pulak kat sini. Kira Kelompo dan sekitarnya (yang sama waktu dengannya) udah macam kota New York pulak, ada pembunuh upahan Bro! Kalau tak ditangani jenayah berat lagi terancang ne, mungkin tahun 2020 kita dapat saksikan Kelompo macam New York. Bayangkanlah Bro, kejap bunyi siren polis, kejap lagi kat sinun bunyi pulak siren bulan sabit. Kekadang aku ada gak dengar bunyi bang! bang! bang! Rupanya bebudak depan surau main mercun. Hehehe!

 

Nota Kaki : Semuga pihak berkuasa terus berkuasa  menangani jenayah-jenayah siber termasuk gak jenayah-jenayah berat. Mereka yang melakukan jenayah perlu diasingkan dan diletakan disebuah pulau yang diberi nama 'Pulau Taubat'. Undang-undang khas juga perlu sebagai menggantikan Ordinan Darurat (EO) serta beberapa akta lain. - Makasih kerana sudi membaca. Tersilap kata bicara harap maafkan. Dari @Mj Kakiconteng!





No comments:

Post a Comment