28 August 2013

KAYUH MALAM @DATARAN MERDEKA


Hujan walaupong sekejap tadinya, tapi telah dapat membasahi jalan raya, malah ada yang airnya masih bertakung disana-sini kerana turapan jalan yang udah tidak serata. Lebih kurang jam 0930 malam kami berempat iaitu Mahfol, Chan Ho Nam dan Syauflaizad mula berkayuh menuju Dataran Merdeka.


Gerak Arah Segambut! Sambil menyusuri laluan Segambut arah ke Bukit Tunku, fikiran aku melayang mengenangkan sambutan bulan kemerdekaan ketika ini yang dilihat semakin lesu berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Dolu rakyat Malaysia sangat hormat dan bangga apabila menyambut hari kemerdekaan dengan rela hati mengibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah, di sekolah, pusat pengajian tinggi dan gedung-dedung perniagaan.


Kayuh!
Menyusuri banglo-banglo mewah di sekitar Bukit Tunku, dikelilingi tembuk batu, ada pengawal dihadapan pintu dan sesekali bunyi salakan anjing, kononnya nak bagi taulah kat tuan rumah yang species bernama anjing ne belum tido lagi. Terdirinya banglo dan kondo mewah kat sini tentulah hasil dari laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! 56 tahun yang lalu.



Pedal Terus Dikayuh!
Meninggalkan kawasan Bukit Tunku, lalu depan Bank Negara dan berhenti dibulatan kerana lampu merah. Lepas tu terus gerak arah Dataran Merdeka untuk take five. Setibanya kami di sini, kelihatan ramai pekerja sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan kerana nak sambut Merdeka Day!



Tema!
Ramai gak yang tak ambik pot pasal Merdeka Day malah tema hari kemerdekaan pong diaorang tak tau. Cobak-cobak tanya remaja dan belia kita faham tak maksud tema "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" atau kalau dialih bahasa lebih kurang beginilah bunyinya "My Sovereign Malaysia, My Native Land". Tanyalah! Sepatah haram pong bebudak tu tak tau, lagi-lagi kalau tanya bebudak Cina Blackout yang terbalikan bendera Malaysia di Taiwan dan di Singapura.

Beratus
tahun bumi kita dijajah bermula dengan kedatangan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Komunis Bintang Tiga (PKM). Malah kita hampir terlupa siapa pejuang-pejuang yang tidak didendang bagi mempertahankan bumi Melayu ketika itu.
 

Kita
mungkin terlopong melihat keindahan kojer seni bina yang ditinggalkan penjajah tetapi pada masa yang sama kita masih lagi dijajah walaupong kita udah merdeka. Rakyat Malaysia masih lagi bangga dengan budaya barat, malah menjadi ikutan termasuk cara berpakaian, makan minum dan perjuangan hak asasi manusia yang tidak selari dengan budaya Malaysia.


Merdeka!
Udah 56 tahun kita merdeka dah hasilnya, taraf hidup kita semakin baik jika nak dibandingkan pada awal kemerdekaan. Tahun 50'an adalah tahun-tahun yang paling getir ketika itu kerana semua hasil bumi seperti bijih timah, getah dan rempah ratus telah dikebas oleh penjajah.

Zaman Kemiskinan! Masa tu kalau ada basikal udah dikira senang. Rumah pakai pelita, dinding rumah tampal surat khabar, masak guna kayu, anak-anak ge sekolah kekadang tak pakai kasut termasuklah masa tu kanak-kanak yang bernama Samy Vellu. Era 60'an ada baik sikit kot. Ramai dah yang guna motosikal dan kalau guna motokar kira orang kayalah Bro.  Masa tu, jika masih lagi tunggang basikal, dikira termasuk dalam golongan miskin!

Tahun 70'an! Kita melihat jurang perbezaan antara miskin dan kaya ketika itu ialah sikaya memiliki TV warna dan si miskin pula masih lagi guna TV hitam putih. Walaupong begitu, 70% rakyat Malaysia udah memiliki talibesen, dapur gas dan peti sejuk. Masa tu kalau ada kaum yang masih guna basikal di kira dalam kelompok miskin tegar!

Beberapa hari lagi menjelang Merdeka Day, kita boleh lihat yang taraf hidup orang Malaysia makin bertambah-tambah baik. Hampir semua orang Malaysia memiliki kereta-motor, talibesen, handphone, astro dan talian wireless tetapi yang membezakan antara si miskin dan si kaya ialah si miskin masih lagi guna talibesen punggung besar. Masa ne kalau kita memiliki sebuah basikal pong udah boleh di kira orang kaya Pak!!!


Nota Kaki : Kita mungkin terlupa bahawa kemewahan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan kemerdekaan generasi terdahulu. Generasi muda hari ini, celik-celik aja udah Merdeka! Jumpa lagi dengan izin Allah!






1 comment:

  1. macam mana nak follow blog abang ni ? takde button follow pun

    ReplyDelete