14 August 2013

BERENDAM DI SUNGAI INKI


Sabtu Lepas! Selesai menunaikan solat Zohor, kami mula bersiap-siap untuk pergi ke tempat perkelahan Sungai Inki di Kalumpang, Selangor. Sibuklah bebudak kat dapur nak bawak sandwich sardin dan keropok-kerepek untuk di kunyah ketika berada disana nanti. 


Turut serta untuk berkelah kat Sungai Inki ialah ibu mertua aku, Leman, Ana, Nabila, Syikin, Idham, Mawa dan Nur Adyla. Ketika dalam perjalanan, singgah kejap di petrol pam, pasal beli air minuman serta makanan ringan.


Jam
menunjukkan kul 0245 petang ketika kereta kami membeluk masuk ke laluan menuju tempat perkelahan. Kedinginan udara mula terasa walaupong time camne kat luar, cuaca masih panas.  

Pertama kali aku sampai kat sini, kelihatan orang ramai sedang mandi-manda sambil bergurau senda. Mereka ambik kesempatan  cuti Hari Raya Aidulfiri, bawa family ke sini. Kebiasannya, orang ramai lebih gemar mengunjungi kawasan perkelahan seperti ini kerana mempunyai kemudahan asas seperti tandas, wakaf, surau dan tempat tukar baju untuk wanita.

Aktiviti berkelah bersama keluarga bukan hanya kerana desakan dari anak-anak atau sekadar mengisi masa lapang sahaja. Berkumpul bersama keluarga sambil menikmati suara alam, boleh gak mengeratkan silaturahim, meningkatkan pengetahuan tentang kepelbagaian spesies unggas yang mungkin boleh ditemui disini. 


Anak-anak yang meningkat remaja atau 'orang muda' memang gemarkan aktiviti-aktiviti seperti melawat negeri yang berbeza, berkemah, menjejaki air terjun atau sekadar berendam disungai.

Sabelum
mandi-manda, anak-anak muda perlulah dibrief terlebih dahulu tentang bahayanya penyakit kencing tikus yang boleh membawa maut. Anak-anak tidak dibenarkan meminum air sungai, jika terminum segeralah bilas dengan air bersih yang dibawa dari rumah. Tidak boleh buang sampah merata-rata dan tak boleh gak kencing berak kat dalam sungai.

Soal Jawab!
"Mak! Kat mana nak kencing?"
Tiba-tiba si Idham bertanya. "Pege-lah kencing kat tandas tu" Jawab si Ibu. "Dah pergi dah! Tapi paip tandasnya rosak dan baunya busuklah Bu". "Oh! gitu ya...kecing jerlah kat sungai" Balas ibunya.



Bila
kita berendam lama tentulah sejuk dan perut jadi lapar. Udah makan-minum, bebudak tu turun lagi berendam ke sungai. Begitulah seterusnya sehingga sandwich sadin habis dan waktu Asar pong udah dekat.



Apa lagi!
Kita berkemaslah dan keluar dari kawasan perkelahan menuju masjid paling hampir iaitu Masjid Al-Taqwa Kalumpang. Yang bestnya kat masjid ne ada disediakan beberapa bilik mandi untuk orang ramai. Kalau kita rasa air sungai tadi tercemar dengan kencing tikus, ada baiknya kenkawan bersihkan badan kat sini sebelum solat Asar! - As Salam! Harap kita ketemu lagi...








No comments:

Post a Comment