17 August 2013

JAMUAN RAYA UMMAH MISAH


As Salam! Semalam aku beraya di rumah adik Misah, di Kampung Nakhoda - Batu Cave, Selangor. Balik dari beraya aku hanya sempat upload foto dan ceritanya belum aku taip lagi. Malam ne kira aku free dan dapatlah aku menaip pasal entri "Jamuan Raya Ummah Misah".


Open Haus! Jamuan yang Misah buat tu hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja. Maksudnya, hanya yang dijemput melalui talipon atau pesanan ringkas sahaja. Lainlah kalau adik Misah kata 'Rumah Terbuka' atau istilah lain open haus, maka bolehlah orang ramai yang berada disekitar kejiranan tu datang menjamu selera. Wow! Kene modal besar tu kalau nak buat open haus! 

Teringat!
Ketika aku menaip ne teringat kata-kata Ustaz iaitu hari raya hanya sehari sahaja iaitu 1 Syawal dan pada hari itu, lakukanlah ziarah sebanyak mungkin untuk merapatkan hubungan sesama umat Islam supaya persaudaraan menjadi lebih erat.

First Raya!
Oleh kerana ziarah itu udah menjadi tradisi pada kita, tentulah sehari tak cukup Bro. Kekadang, first raya ummah kita menjadi tumpuan ziarah dari  adek-beradek, saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga. Kita kene habiskan masa seharian, melayan tetamu dan mungkin esuknya baru kita boleh gerak dan ziarah ummah orang lain.

Bukan Apa!
Kita ne kononnya tak cukup masa, sibuk bekerja dan hujung minggu pulak kene melayan anak-anak. Kekadang tu jiran sebelah ummah pong tak sempat nak bertanya khabar pasal sibuk! Hari berganti minggu, bulan ke bulan hinggalah Ramadan tiba, barulah dapat berjumpa jiran itu pong kalau ge surau atau masjid.

Kalau Boleh!
Roh Syawal yang kita lalui ne boleh menjadikan peribadi kita lebih baik dan lebih hebat. Mungkin sebelum Ramadan, kita adalah orang jenis yang pentingkan diri sendiri, sombong, tidak sabar, bengis, buruk sangka pada orang lain. Kita merasakan diri kita selama ini hebat dan orang lain tak betul. Sifat benci dan tak sekepala, menyebabkan kita berdendam dan bermusuhan. 

Rugilah! Kalau di pagi Syawal, kita masih lagi berdendam dan tidak bertegur sapa dengan jiran, rakan taulan dan saudara-mara. Sepatutnya melalui tarbiyyah di bulan Ramadan, kita
udah insaf dan sedar bahawa Syawal itu adalah bulan yang dirayakan untuk menemukan hati-hati yang sebelumnya luka dan sakit untuk bertaut kembali menjadi baik dan sihat.

Fuhhh! Panjang gak ceritanya tentang aku teringat ne. So! Apa kata kita berbalik semula kepada tajuk entri Jamuan Raya Ummah Misah, dimana aku telah dipertemukan dengan adek beradek, ipar-duai dan anak-anak buah. Sambil bersalam-salaman serta meminta maaf, kami dihidangkan dengan ketupat, nasi bryani, ayam masak merah, rendang daging dan paru goreng bercili.

Wasiat Imam Ghazali!
Sambil menaip sempat lagi tu jeling buku Imam Ghazali mengenai tajuk Menyambung Silaturrahim ms224, iaitu Silaturrahim adalah amalan mulia para nabi dan rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silaturrahim dianggap telah melakukan dosa besar.

Ada Lagi!
Imam Abu Laits as-Samarqandi menyatakan, bahawa memutuskan perhubungan silaturrahim itu termasuk dalam perlakuan yang mendatangkan dosa besar. Selain itu, rahmat terhalang daripada turun kepada orang yang berkenaan. Malangnya, kadang-kala melibatkan orang lain, jiran tetangga, para sahabat atau seterusnya seluruh penduduk kampung atau negeri.

Sambung Sikit!
Imam Abu Laits turut mengatakan bahawa wajib bagi setiap orang yang terlibat dengan perbuatan memutuskan  silaturrahim bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah, sekaligus mengubah sikap dan segera bertindak  mengikut ajaran dan tuntutan agama untuk mendapat keredaan Allah. 


Murah Rezeki! Orang yang segera menyambungkan semula silaturrahim yang telah terputus atau sengaja diputuskannya akan mendapat manfaat murah rezeki dan panjang umur sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadis dibawah ini.

"Sesungguhnya menghubungkan silaturrahim itu akan menimbulkan perasaan cinta (kasih sayang) di kalangan keluarga, menyuburkan rezeki (harta) dan memanjangkan umur." (Riwayat Tarmizi daripada Abu Hurairah).


Nota Kaki: Wasiat Imam Ghazali ne aku petik dari buku susunan Khairul Ghazali, terbitan Progressive Publishing House Sdn Bhd. Salepas ne menyusul pula entri 'Lunch Di Ummah Hj Omar'.










No comments:

Post a Comment