30 October 2014

KE GUNUNG SENYUM - TEMERLOH.



Pagi di-Lebuhraya.
Aku dan Basri dalam perjalanan menuju kebun Sani di Paya Pelantar, Karah-Pahang. Tujuan ke Karak  kerana Basri hendak meninjau dahulu kalau-kalau ada orang kampung yang hendak menjual tanah untuk didirikan rumah. Hanya si Sani sahaja orang yang boleh diharapkan membantu kerana si Sani udah lama menetap di Karak, Pahang. [Cuba korang sekodeng entri 'Bermalam Di Kebun Sani' pada 10/Sept/2014].

Kereta yang dipandu Basri membeluk masuk ke arah jalan menuju Paya Pelantar melalui Masjid al-Ehsan, ladang getah dan ladang kelapa sawait. Kami ajak Sani temankan kami bertemu seseorang [orang tengah] di kedai makan sekitar Temerloh. Sani masuk ke dalam kereta. Kereta meluncur laju meninggalkan Paya Pelantar. Alih-alih, tanpa disedari, kami udah tersalah arah apabila terpandang papan tanda yang menunjukkan arah ke Jerantut. - Terbabaslah pulak!


Patah balik. Adalah kira-kira enam kilometer udah terbabas. Tidak lama kemudian, sampai gak kami kat lokasi yang dijanjikan. Ketika kami menghampiri kedai makan, orang tengah tersebut belum tiba. Sementara menunggu, kami makan tengahari dengan memilih lauk ikan baung masak lemak tempoyak, ulam raja, sayur labu dan sedikit sambal belacan. - Ada gak ikan patin masak lemak, tapi dah jemulah!


Sedang kami menikmati makan tengahari, orang yang dijanjikan tiba. Sambil makan sambil berbual tentang tanah yang hendak dijual [untuk tapak rumah]. Katanya, buat masa ne tuan tanah masih belum dapat dihubungi lagi. Oleh kerana kami udah sampai sejauh ini, dengan senang hati beliau mengajak kami berehat di Hutan Lipur Gunung Senyum. - Kami bukan nak buat hill trekking tetapi sekadar nak melawat sahaja!


Kami udah sampai di kaki Gunung Senyum. Dari info yang tercetak di papan kenyataan iaitu kawasan ini telah dibangunkan pada 14 Julai 1989 dan diuruskan oleh Pejabat Hutan Daerah Temerloh [Jabatan Hutan Pahang]. Hutan Lipur ne terkenal dengan gua-gua seperti gua Kolam Tujuh, gua Angin, gua Terang Bulan, gua Gelam, gua Danau Impian dan gua Makam Tok Long. [Kawasan ini terletak di hutan simpan Jengka 25, Jengka, Pahang].

Kalau
korang nak buat hill trekking ke Gunung Senyum, jarak perjalanan lebih kurang 45 minit. Ketinggian Gunung Senyum dari paras laut ialah 1,594' manakala ke Gunung Jebak Puyuh pula jauhnya kira-kira 3.5 kilometer dengan ketinggian 1,180' dari paras laut. - Teringin gak nak buat hill trekking tapi belum bersedia Bai!



Petang Dah!  Kami gerak arah ke Paya Pelantar. Dalam perjalanan, kami singgah disebuah gerai menjual pisang. Di gerai ini hanya ada tiga jenis pisang iaitu pisang raja, pisang berangan dan pisang emas. Harganya tentulah lebih murah kalau dibandingan pisang yang dijual kat gerai sekitar Kolompo. - Yang bestnya, pisang ne diaorang tak bubuh carbide!
 

Sedikit info pasal buah pisang. Nama botaninya ialah Musa L. Berasal dari pisang liar spesies Musa Acuminata Colla dan Musa Balbisiana Colla. Pisang mengandungi kimia seratonin yang merangsang otot licin dalam usus dan norepinefrin yang digunakan untuk merawat penyakit jantung jenis tertentu. Ia  mengandungi karbohidrat, protein, kalsium dan vittamin B dan C. Kurang kandungan lemak, kolesterol dan garam. [Pilihlah pisang yang tangkainya masih ada sedikit warna kehijauan]. - Jumpa Lagi!



27 October 2014

BERKAYUH MUSIM HUJAN




Musim Hujan! 
Korang tentu dah faham, negeri belah Asia Tenggara kalau masuk jer bulan Oktober pasti korang kata musim hujan dah tiba. Selalunya hujan lebat akan turun, bermula bulan Oktober hingga bulan Disember. Dalam tempoh tersebut, kawasan hutan hujan khatulistiwa [belah utara] adalah kawasan yang menerima kadar hujan paling lebat.

Belah Utara. Dari laporan berita yang aku baca, aras air Sungai Golok ketika ini udah melepasi paras amaran iaitu 8.61 meter. Akibat dari limpahan sungai tersebut, beberapa buah kampung udah dinaiki air seperti Kampung Lanchang, Bukit Lata, Putat Tujuh, Jeram Perdah, Bongor dan Jejawi.

Begitu gak kisahnya kat sekitar Kolompo. Pantang hujan berterusan sampai tiga-empat jam, pasti ada jalan-jalan kat Kolompo yang di-tengelami air. Musim hujan macam ne, kalau korang nak buat riadah masuk hutan, lebih baik buat persediaan awal. Tak kiralah korang buat jungle trekking, hill trekking atau berkayuh off-road.  - Jangan ambik mudah!


Manalah tau, malang tak berbau. Tengah korang happy kayuh off-road tiba-tiba hujan lebat. Pasti kelam-kabut pasal tak bawak baju hujan. Pulak tu ada pokok balak tumbang dan trek tu korang tak boleh nak lalu walaupun korang cuba angkat basikal. Nak-tak -nak terpaksa mencari perlindungan kat bawah pokok, sementara menanti hujan teduh.

Ditakdirkan hujan tidak berhenti. Kebanyakan kawasan rendah termasuk denai udah digenangi air. Cuaca dalam hutan mulai gelap dan badan udah basah kuyup, sejuknya kekadang boleh buat gigi dan lutut berlaga. Masa tulah teringat nak buat call minta bantuan, tetapi line tak ada. Tambah haru-birulah bila badan sejuk perut pulak keroncong[1]. Nak makan apa kat dalam hutan? - Bukan ada gerai teh tarik Bai! 


Hujan itu akhirnya berhenti tetapi waktu udah membawa ke senja. Bila senja, gelap pulak tu, bukan korang sahaja yang lapar tetapi mahkluk lain juga lapar. Masa tulah ular, kala jengking, lipan, tikus, pacat, kutu babi, nyamuk hitam dan agas keluar  mencari makan. Yang paling cepat menghidu bau manusia ialah nyamuk dan pacat. Nyamuk menghisap darah melalui jarum yang tajam manakala pacat pula menghisap darah melalui penyedut seperti vacuum[2]. - Boleh dapat demam selesma Bai!


Tu pasal, kalau nak masuk hutan jangan ambil mudah. Pastikan bawa 'Backpack' yang mengandungi baju hujan, telepon, hand lamp, ligghter, dan kamera. Bawa gak medication [seperti deep rup, anti septic cream, mopiko, hansaplast] serta tool set [allen key], sebotol air minuman dan makanan kering seperti kurma atau chocolate. - Zip Cadbury pun boleh!]


Ada beberapa lokasi untuk aktiviti junggle & hill trekking serta aktiviti berbasikal yang nampak mudah, santai tetapi boleh korang terperangkap kerana sekarang musim hujan. Antaranya [hill trekking] ialah Bukit Tabur atau dikenali dengan Bukit Hangus yang terletak disekitar Taman Melawati, tidak jauh dari Klang Gate dan Bukit Broga yang terletak di Semenyih.

Untuk aktiviti santai [junggle trekking], korang boleh berjalan sejauh 5 kilometer di Taman Ekstrem Gua Damai di Batu Caves. Begitu gak kalau nak berbasikal [off-road]  seperti di Frim, Bukit Kiara, Kemensah atau di Empangan Batu kat Ulu Yam. - Lokasi yang aku sebutkan tadi memang nampak mudah dan santai, tetapi jika tidak membuat persediaan mugkin korang kecundang dan bermalam dalam hutan dengan ditemani agas, nyamuk dan pacat! - Wallahuaklam!


"Pesanan dari FRIM! Meminta orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti riadah di kawasan FRIM di Kepong atau hutan lain sekiranya hujan. FRIM juga bercadang untuk menutup beberapa denai di dalam kampus FRIM termasuk 'Denai Rover' pada tahun hadapan bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan keadaan pokok-pokok di sepanjang denai itu. Beberapa kejadian pokok tumbang di dalam kampus FRIM baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan pihak pengurusan".


26 October 2014

MAJLIS NUR UMI & MOHD HAZRUL


Majlis Perkahwinan pasangan Nur Umi & Mohd Hazrul yang telah berlansung pada hari Ahad, 26 Oktober 2014, bersamaan 2 Muharam 1436H. Bertempat di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kolompo.

Jamuan makan yang bermula pada 1200/tgh hingga 0400 petang disediakan oleh Sri Angsana Canopy & Caterer [Resipi Istemewa Johor] yang beralamat di Wisma Sri Angsana, Taman Nirwarna off Jalan Kampung Pandan, Ampang, Selangor DarulEhsan. [Tel: 03-9283 5715]. Email: rahidam@yahoo.com

Pelamin dan andaman pula disediakan oleh Ajoy Weddings yang memberi khidmat antaranya seperti andaman, hantaran, baju pengantin, kompang, pa system dan photographer. Ajoy Weddings boleh dihubungi melalui tel: 012-988 7074 atau ajoywedding@gmail.com.










23 October 2014

RaCuN LiBeRaLiSmE!



Ada Lagi! Ini kira program yang terbarulah diaorang nak buat. White Ribbon Campaign: Run and Walk 2014 di Padang Merbok pada 7 Disember 2014. Kempen yang kononnya untuk menimbulkan kesedaran mengenai keganasan ke atas wanita itu turut melibatkan acara golongan lelaki berjalan menggunakan kasut bertumit tinggi yang dinamakan Men in Heels: Walk mile in her shoes.

Selepas beberapa program yang telah mendapat sambutan seperti 'Octoberfest' dan 'I Want To Touch A Dog', maka NGo wanita [yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu] pun cuba memasukkan jarum halus dengan ayat-ayat halus supaya kerajaan meluluskan program diaorang. Program yang menggunakan Bahasa Inggeris dan tentunya akan melibatkan orang Melayu yang beragama Islam. - Tinggal kat Malaysia, tetapi masih lagi guna bahasa Inggeris. Kononnya, educated sangatlah!
 


I- Aku tidaklah menyalahkan NGo seratus peratus. Memang tugas NGo buat program-program untuk menyedarkan masyarakat. Malah, program sebelum ne pun sepatutnya hanya dihadiri oleh orang-orang bukan Islam tetapi orang-orang Melayu yang beragama Islam pun terbabit sama. Pasal apa mereka terbabit sama? 

Sebab, NGo gunakan orang Islam seperti Syed Azmi Alhabshi[1] atau seperti Dr Ulil Absar Abdullah[2]. Sebelum ne pun udah banyak program yang dianjurkan NGo yang bertemakan kebebasan seperti Fistival of Right [Kebebasan Beragama], kebebasan berkarya dalam filem malah ada yang buat program kebebasan sex!

 

II- Apa itu Liberalisme? Ia diambil dari perkataan 'liberal' iaitu orang yang berfahaman bebas dan menyokong kemajuan serta pembaharuan tetapi menentang hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak agama Islam. Pandangan, pendapat dan prinsip mereka memang ke arah liberalisme. Malah, mereka akan menunjukkan kemurahan hati dengan menderma atau membuat program-program kemasyarakatan. 

Liberalisme akan melahirkan negara-negara berpelembagaan. Maksudnya, ada raja tetapi kuasa raja terhad atau langsung raja tidak mempunyai kuasa. Segala kegiatan raja-raja akan dibinasakan melalui kuasa pelembagaan atau menggunakan kekerasan melalui demostrasi kuasa rakyaat.

Apabila tunjuk persaan berjaya menggulingkan raja, maka muncullah sebuah republik dengan melantik seorang presiden dari kalangan rakyat biasa iaitu hanya sebagai boneka. Inilah asas yang telah diajar [disekolahkan] dalam pentadbiran kaum-kaum bukan Yahudi. - Jikalau sesebuah kerajaan baru itu buntu untuk mencalonkan seorang presiden, itu lagi bagus kerana negara itu akan menjadi kucar-kacir dan rakyatnya akan berbecah-belah. 



III- Liberalisme ini milik Yahudi Zoinis. Malah, mereka ada agenda tersembunyi melalui racun liberalisme iaitu mahu menghapuskan kepercayaan kepada Tuhan, menggalakan kelahiran anak luar nikah, musnahkan demokrasi, berusaha menimbulkan krisis ekonomi, menggalakan pinjaman wang asing, mencetuskan kemelesetan ekonomi, dan menjadikan emas sebagai sumber kekuasaan.

Sebagai contoh. Baru-baru ini negara-negara Arab bimbang akan kejatuhan harga minyak mentah. Mereka cuba merancang strategi bagi membendung keadaan tersebut agar tidak berlarutan. Jika kejatuhan itu berterusan, pasti ada negara yang hampir bangkrap. Jalan penyelesaiannya tentulah berhutang dengan negara-negara lain.

Berhutang! Inilah yang dinanti-nantikan oleh Zionis. Kecil tapak tangan nyiru[3] Zionis tadahkan kerana kebanyakan negara-negara yang memberi hutang tersebut adalah dibawah kuasa Yahudi Zionis. Apabila negara yang meminjam gagal membayar pinjaman tentulah kene ikut telunjuk Zoinis.


IV- Yahudi Zionis
mempunyai ramai ejen-ejen diseluruh dunia. Malah, ada agen-agen mereka terdiri dari NGo Islam dan bukan Islam. Mereka inilah yang menjadi talibarut Zionis dengan melancarkan serangan melalui fahaman liberalisme. Antara negara yang pernah terkene racun hingga suasana politiknya berubah sama sekali ialah Iran, Iraq, Libya, Turkey, Tunisia, Algeria, Mesir, Syaria dan Rep. of Yamen.

Adakah korang talibarut Yahudi Zionis? Tentulah jawapannya tidak walaupun korang dapat baget dari sumber-sumber yang korang sendiri tidak pasti. Duit itulah yang korang gunakan, buat bermacam-macam program termasuk program menentang kerajaan dengan tema 'lawan tetap lawan'. 


V- Kesimpulannya. Sepatutnya, kita sebagai umat Islam wajib menentang program-program 'anti Islam' dengan meminjam tema yang sama iaitu lawan tetap lawan. Perbuatan menghalalkan sesuatu yang haram akan menjurus kepada keburukan dan sangat merbahaya.

Dengan kata lain [sebagai contoh], bila wang yang terkumpul daripada hasil perjudian, loteri, rasuah atau riba tetap haram. Tidak boleh menjadi halal menurut hukum Allah walaupun dengan tujuan untuk mendirikan masjid atau rumah kebajikan.


Malah, doa orang yang terlibat dalam perbuatan haram atau rezeki haram yang diterima oleh seseorang tidak dikabulkan oleh Allah doanya. - Wallahuaklam!



20 October 2014

ArAk, AnJiNg & BaBi


"I Want To Touch A Dog". Program yang diadakan di Centaral Park, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini hanyalah untuk golongan orang-orang kaya atau ayat lain untuk anak-anak lordlah[1] gitu! Program yang mencetuskan polemik[2] dalam kalangan umat Islam itu di anjurkan oleh seorang ahli farmasi, Syed Azmi Alhabshi yang mendakwa mahu masyarakat Islam mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
 

Sebelum program sentuh anjing ne, sudah ada program-program yang dianjurkan oleh orang bukan Islam melalui Suruhanjaya Antara Agama [IFC], Majlis Perundingan Agama, Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam dan beberapa NGo. Kebanyakan program anjuran mereka adalah jelas untuk meracuni pemikiran umat Islam dengan menghasut mereka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
 

Mereka [musuh Islam] akan berusaha dengan pelbagai cara. Jika plan A tidak berjaya, mereka akan gunakan plan B, C dan seterusnya hingga umat Islam dapat diracuni, dilemahkan akidah dan akhirnya umat Islam akan berpecah-belah. Ini dapat dilihat melalui usaha gigih IFC bersama Majlis Peguam dalam isu murtad.

Tidak cukup dengan isu murtad, mereka mahu membawa masuk pulak, Dr Ulil Absar Abdulla dari Indonesia untuk berdiskusi. Malah, Datuk Saifudin Abdullah sebagai pengerusi Global Movement of Modrates [GMM] terbabit sama. Takkan Datuk Saifudin Abdullah taktau yang Dr Ulil tu udah digam[3] oleh Majlis Ulamak Indonesia pada 29 July 2005.

Macam mana tak kene gam. Dr Ulil berfahaman liberalisme[4] serta sekularisme[5] yang lebih condong kepada kebebasan dan keterbukaan. Mereka mahu membawa budaya baharu kepada umat Islam seperti budaya menyentuh arak, anjing, atau boleh gak nanti menyentuh babi. Kebetulan pulak, ramai umat Islam dan bukan Islam terkeliru dalam masalah hukum halal dan haram dalam Islam.
 


I- Isu Arak [Khamar] - Isu ne udah lama dah. Malah korang boleh tenguk kat filem era 50'an atau 60'an terutama dalam filem arahan P.Ramlee, dimana orang Melayu masuk night club dan siap ada pompuan kabret[6] lagi. Masatu bukan diaorang taktau pasal hukam hakam, tetapi sebab terpengaruh dengan cara hidup morden, jadi- diaorang buat bodoh jer! 

Lepas tu orang Melayu beralih pulak kepada dangdut dan disko. Boleh korang lihatlah masatu, remaja Melayu bekerja dengan riang-gumbira dan sepenuh jiwa, sebagai pelayan dan bar tender[7]. Taktau pulak aku kalau ada orang Melayu yang berkerja di kilang-kilang arak seperti kilang Carlsberg misalnya atau bekerja sebagai penghatar arak.

Semua orang Islam udah tahu bahawa agama Islam mengharamkan arak [khamar] kerana bahan itu mendatangkan bahaya kepada orang yang meminumnya. Bahkan alkohol didalam arak itu boleh menjejas kesihatan dan boleh gak hilang akal [tidak siuman] serta merosakkan kehidupannya.

Allah Swt menyamakan bahaya minum arak dengan menyembah berhala serta berjudi kerana semua kemungkaran itu termasuk dalam agenda syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah maksiat dan kemungkaran. Walaupun arak itu dihasilkan dari anggur tetapi Rasulullah saw menekankan bahawa arak atau khamar itu diharamkan kerana kesan buruknya iaitu memabukkan.


Oleh kerana bahaya dan penyakit daripada arak sangat banyak, maka Rasulullah swt pergi lebih jauh hingga bukan minum arak sahaja diharamkan bahkan membuat, mengimport, mengedar, menjual atau mengangkat untuk menyajikan [menghidang] arak diharamkan juga. Oleh kerana menjual dan memakan harga arak itu diharamkan, maka perbuatan menghadiahkan arak kepada orang bukan Islam juga haram. [Ref: Pesta arak sepanjang bulan Oktober (Octoberfest) di One Utama, Petaling Jaya].

II- Anjing! Sejak isu penganjuran nak pegang anjing tersebar luas di laman sosial, udah banyak ustaz 'mee segera' menjawap persoalan tentang hukum-hakam memegang anjing. Terpulanglah kepada korang nak ikut ulasan ustaz yang mana satu idaman kalbu. Bagi akulah, ada baiknya kita baca ulasan ustaz mee segera dan bandingkan dengan Ustaz yang bertauliah.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha iaitu umat Islam dilarang memegang anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam. Menurut beliau lagi, tindakan memegang haiwan itu sama seperti orang yang sengaja melakukan dosa dan kemudian bertaubat.

Datuk Dr Ma'amor Osman [PPIM] turut mengulas "Anjing hanya boleh dipegang atas sebab tertentu seperti tugas ahli veterinar. Program itu sebaliknya memperlihatkan segelintir umat Islam bermanja dengan haiwan tersebut. Ia umpama mempersendekan agama. Kita khuatir mereka yang terlibat hanya dijadikan boneka pihak tertentu untuk mengaburi niat sebenar mereka", katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. [Kita tunggulah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) jawab pasal penganjuran I Want To Touch A Dog! Lepas ne mungkin ada pulak program I Want To Be A Pig!]
 


III- Babi! Korang semua dah tau. Malah sejak tadika lagi korang udah diberitahu macam mana rupa haiwan yang digelar babi tu. Walaupong hanya sekadar melihat wajahnya dalam bentuk visual kat buku atau tv, tetapi perasaan geli tu tetap ada. Yalah! Korang geli tetapi bukanlah sampai ke tahap benci, sebab haiwan tu juga adalah mahkluk Allah Swt.

Bagaimana jika [ini hanya bayangan aku] satu hari nanti ada pulak orang Melayu, mungkin jawatannya sebagai doktur haiwan atau ahli viterinar yang buat program 'I Want To Touch A Pig'. [Sanggup kah korang join program tu?]



Babi atau istilah masakan dalam bahasa Inggeris ialah porkchop [setelah dipotong-potong] atau ham [daging peha babi] atau daging yang udah digaram dan disalai, dipanggil becon. Dalam istilah masakan Cina pulak, tofupok [daging babi yang dicincang halus] atau bak ku teh [sop daging babi] dan selainnya, ada gak diletakan sedikit minyak babi pada sop stem boat bagi rasanya kaw!kaw! punya. [Kata salah seorang rakan [Cina] kojer, sewaktu aku kojer di Bintang Walk].  

Bila cakap pasal babi ne, teringat pulak ketika aku kojer sebagai apprentice cook di Hotel Genting Haighland awal tahun 80'an. Walaupong gajinya murah tetapi waktu tu aku anggap kerja sebagai pelatih hanyalah untuk mendapatkan ilmu. Kojer aku senang. Shif siang cucuk sate ayam, lembu dan kambing dan masak kuah sate. Kalau shif malam pulak masak nasi lemak, masak sambal sotong dan ayam masak merah. [Senangkan kojernya!] 

Senang, tetapi aku hanya dapat bertahan tiga bulan sahaja. Bukan pasal gaji murah atau cuaca sejuk atau tekanan ditempat kojer tetapi disebabkan babi! Hari-hari aku boleh tenguk daging babi. Kekadang diaorang panggang seekor anak babi. Lepas diaorang [Chef Cinalah] panggang babi, panggang pulak sekor ayam. Yang tak bestnya, satu tempat pemanggang.

Sesekali ada aku dengar, waiter pesan beef steak. Lepas tu ada pulak yang pesan pork chop. Tukang masak gunakan grill [hot plate] yang sama untuk bakar beefsteak dan porkchop. Kesianlah kalau yang pesan beefsteak tu orang Melayu. Kira terkenelah! Nak buat macam mana yer kalau orang Islam itu sendiri yang masuk kerestoran tak ada tanda halal. [daripada aku subahat (subahah), lebih baik aku cari kojer di tempat lain!] 



Daging Babi! Apa sahaja istilahnya yang korang pernah dengar [seperti khinzir, kerbau pendek, nangui, pig, pork, bacon atau bak ku teh] adalah diharamkan untuk dimakan oleh manusia kerana disifatkan sebagai haiwan yang kotor dan merbahaya.

Ketika ayat pengharamannya diterima mungkin ramai orang Arab tidak tahu bahaya didalam daging babi itu. Ahli perubatan moden telah mendedahkan bahawa biasanya di dalam daging babi itu terdapat cacing pita yang masih sukar mati walaupun sesudah dimasak.


Telah diketahui umum bahawa binatang babi itu gemar memakan bahan makanan yang kotor dan basi termasuk najis binatang atau manusia. Malah tabiat gelojoh haiwan tersebut dipercayai akan menular kepada manusia yang sering memakan dagingnya.

 

IV- Cerita yang aku dengar dari kawan!. Entah ya entah tidak. Sorang budak pompuan balik dari Tadika bagitau emaknya bahawa Guru Tadika tu kata, daging babi boleh di makan. Haru biru gak emak budak tu. Oleh kerana tak puas hati, esuknya emak budak tu bersemuka dengan Guru tersebut.
 

Guru Tadika tidak menafikan, memang betul ada bagitau pada budak-budak Tadika, bahawa Islam mengizinkan perubahan atau pengecualian hukum dalam keadaan darurat sahaja. Dalam keadaan normal daging babi haram dimakan dan menjadi halal dimakan jika tidak ada bahan makanan lain untuk terus hidup, buat sementara waktu.
 

[Biar betul Cikgu! Manalah bebudak seusia tadika boleh berfikir pasal keadaan darurat. Cukuplah sekadar bagitau asas agama iaitu daging babi tidak boleh dimakan. Haram!] - Wallahuaklam!
 

19 October 2014

DaRi MeJa Mj KaKiCoNtEnG!



Bulan Zulhijjah udah hampir ke penghujung dan akan diganti dengan bulan Muharam yang jatuh pada hari Sabtu, 25 Oktober 2014. Begitulah tugas pengiliran bulan beralih bulan sehingga tanpa kita sedari, tahun 2014 [kalendar orang putih] hampir menutup tirai.
 

Sepanjang bulan Oktober [Zulhijjah] ini, aktiviti yang aku rancang ialah menukar body basikal, kayuh ke Empangan Batu, hadir pada perasmian ASE Gallery di Pusat Niaga Puncak Alam, undangan Majlis Perkahwinan anak lelaki Hj Ahmadiah @hj Madi yang diadakan kat Taman Koperasi UDA, Hulu Langat dan nak sambut harijadi isteri pada 19 Oct 2014 di restoran nasi mandy kat Kolompo.

Apa yang dirancang bukan semuanya menjadi kerana kehidupan kita ditentukan oleh Allah Swt. Tupasal aku tak dapat hadir pada malam perasmian ASE Gallery pada 18 Oct dan tak hadir, pada majlis perkahwinan anak Hj Madi pada 19 October kerana kita hanya boleh merancang dan yang menentukan adalah Allah Swt.

 

I- Aku merancang[1]. Korang diluar sana pun sedang mengatur rancangan. Ada yang merancang hari cuti bersama keluarga, ada yang mengatur perancangan melalui persatuan dan ada gak yang merancang ikut saluran NGo yang tujuannya sedikit baik dan  selebihnya banyak yang tidak baik.

Aku pun tak berapa faham, kenapa banyak sangat persatuan dan pertubuhan NGo yang diluluskan pendaftarannya. Contohnya NGOs Islam seperti ACCIN, Belia Perkim, Gepima, Al-Hidayah, Islamic Information Service, ABIM, JIM, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Darus Syifa, Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY, Pertubuhan Jam'iyah dan banyak lagi. [aku menyebut beberapa NGo sahaja sebagai contoh]. 


NGo yang aku sebutkan [sebahagian sahaja] diatas tadi kelihatannya seperti membisu seribu bahasa apabila ada NGo bukan Islam menganjurkan program seperti 'Oktoberfest'[2] di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya. Begitu gak cubaan 'Diskusi Meja Bulat' yang mahu diadakan di Kolompo dengan penglibatan tokoh liberal melampau Indonesia iaitu Dr Ulil Absar Abdalla[3]. [cuba korang sekodeng entri bertajuk 'Ancaman Isu Murtad & IFC' pada 10 Oktober 2014]. 

Yang terbaru, kecoh satu Malaya apabila pic remaja [pompuan] Melayu dimuat-naik kat facebook memegang anjing dengan selamba pada program 'I want To Touch A Dog' yang kononnya bertujuan untuk membuang perasaan takut pada anjing. Isunya hanyalah memegang anjing. [Salahkah kita [orang Islam] memegang anjing?]

Seperti yang aku story pada entri 'Mengingati Mati' pada 17 Oktober 2014. Ada orang Islam yang tidak mahu melunjurkan [meluruskan] kaki ke arah kiblat ketika berbaring atau tido, malah meludah kearah kiblat pun orang itu tidak mahu kerana orang itu tidak mahu menghina Baitullah. Begitu gak isu memegang anjing, walaupong tidak salah tetapi akan menjadi satu  kesalahan apabila niat serta tujuannya hanya untuk bermegah-megah [riak][4] di What'sApp dan laman facebook.

Malah, memegang anjing kerana hendak menunjuk-nunjuk  itu satu kesalahan, ditambah pulak dengan kesalahan lain kerana kemiskinan ilmu [orang yang jahil] apabila membandingkan 'memegang anjing lebih baik daripada memegang lelaki bukan muhrim'. [Aku lihat pic remaja-remaja pompuan yang memegang anjing itu semuanya memakai tudung tetapi masih lagi menampakan susuk tubuh yang dikira aurat[5] wanita]. 


II- Kat Kolompo ne ramai remaja pompuan yang memakai tudung tetapi masih lagi mempamerkan bahagian-bahagian aurat seperti tangan, pusat dan bahagian kaki. Ada gak remaja pompuan yang memakai tudung bukan kerana hukum [menutup aurat] tetapi kerana terpengaruh dengan gaya kenkawan dan kerana terikut-ikut fasyen remaja masa kini.
 

Mereka-mereka ini [remaja pompuan] kebanyakannya kurang didikan agama malah  udah dibrainwash[6] ketika dirumah mahu pun disekolah oleh ibu bapa dan guru-guru mereka supaya mereka berjaya [mesti] mendapat 'A' dalam pelajaran demi survival[7] kehidupan masa hadapan. [survival sangatlah konon!] 

Musuh Islam melihat akan kelemahan sistem pendidikan anak-anak diperingkat awal, maka mereka pun cuba masuk carum[8] melalui program-program yang dianjurkan oleh NGo bukan Islam. Pertubuhan bukan kerajaan [NGo] ini cuba mempengaruhi remaja-remaja Islam daripada segenap arah termasuk serangan fizikal hinggalah kepada serangan ekonomi, politik, budaya, pemikiran serta serangan akidah.

Mereka [musuh Islam] akan memesongkan pemikiran remaja Islam melalui hiburan, dadah, arak, fesyen dan makanan. Malah, musuh Islam hari ini dengan sengaja buat cercaan terhadap sensitiviti Islam dengan menulis ayat-ayat suci pada pakaian, kasut, seliper, beg, jubin rumah, sejadah dah tatu badan.

Didalam bab makanan pula, umat Islam diserang secara halus dengan meletakan label palsu 'halal' pada air minuman, barang-barang dalam tin malah didalam kopitiam pun mereka sengaja meletakan bahan tidak halal sedangkan mereka telah menerima sijil halal. Begitu juga dalam hal-hal lain, musuh Islam sentiasa mencari jalan bagi melemahkan akidah agar kesatuan orang Islam menjadi porak-peranda dan berpecah belah. [pernah aku dengar pasal babi dalam tin yang diimport dari negara China ada tanda halal Bro!] 


III- Hal-hal lain, mereka [musuh] akan sajikan anak-anak Islam yang lemah daya pemikirannya, yang lemah akidahnya dengan hiburan bersama arak dan dadah. Resepi ini memang menjadi. Ramai remaja, dewasa dan orang tua terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Yang berduit akan menjadi [tokan] pengedar, yang tidak cukup duit akan menjadi penaggih sahaja. Jika tak ada duit, penagih akan cuba mendapatkan duit dengan cara merompak, mencuri dan meragut.

Aku pernah terbaca dalam akbar, beberapa orang penagih dadah di sekitar Sentul  mengejar [menghambat][9]lembu untuk dapatkan  najis [tahi yang segar]. Mereka mengejar lembu tersebut hingga tercirit dan kemudiannya menadah dengan pelastik. Tahi lembu yang masih panas itu akan mereka hidu. [Aku tak taulah macam mana penagih tersebut dapat idea untuk hidu taik lembu tersebut. Yang pasti mereka dapat melepaskan kecanduan mereka buat sementara. Fuhhh! Lalok abislah!] - Wallahuaklam!

17 October 2014

MENGINGATI MATI



I- Assalamualaikum!
Pagi Rabu [15 Oktober 2014] aku terima tiga panggilan telepon dari rakan aku Idris Baba, Mahfol dan Zainal Baharuddin yang mengatakan bahawa Mat Zain udah meninggal dunia. Idris Baba ajak aku ziarah dan minta aku datang awal ke Kampung Pandan jam 1030 pagi.

Aku tiba di Kampung Pandan. Lepas tu kereta yang dipandu Idris gerak ikut short-cut dilaluan menara tinjau Ampang dan singgah sarapan disebuah gerai sekitar Hulu Langat. Jam 1115 lebihkurang kami tiba dikawasan kejiranan Taman Koperasi Uda, Batu 12, Hulu Langat Selangor.

Dihadapan rumah arwah Mat Zain udah ramai sahabat serta rakan taulan berkumpul. Sementara menantikan sembahyang jenazah [sebelum waktu Zohur] kami bertemu rakan-rakan lama sambil berbual mengenai amalan sunat yang sangat dituntut iaitu menziarahi pesakit dan mentakziahkan kematian.


II- Menziarahi pesakit dan kematian merupakan suatu kebaikan didalam hidup bermasyarakat. Malah, ianya telah menjadi suatu nilai hidup berjiran dan nilai murni kemasyarakatan yang terkandung didalam ajaran Islam. Namun begitu, makruh kita menziarahi pesakit yang gemar melakukan kemungkaran, serta menzahirkan kemungkaran dihadapan khalayak ramai. [Tegahan itu supaya ianya menjadi pengajaran kepada penderhaka tersebut].

Kematian itu tidak dapat dielak sama sekali. Namun, sewaktu [masa] kematian makhluk-makhluk itu tidak sama. Semuanya udah ditentukan oleh Allah Swt. Pada hakikatnya, [kita yakin] seluruh makhluk yang berjiwa, mestilah merasai mati dan mengelami mati.  

Firman Allah :

"Di-mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. [Maksud Al-Quran surah An-Nissa' ayat 78]. 


Bila agaknya datangnya maut itu? Maut akan datang secara tiba-tiba [tak ada warning Bro!]. Kekadang, maut datang ketika kita sedang melayan facebook, sedang menonton Tv, sedang menggengam tiket wayang, sedang bermain bola, sedang kayuh basikal, sedang memandu kenderaan atau sedang sembahyang [alhamdulillah kalu sedang sembahyang!].

Maut datang tanpa memberitahu kita. Sebab itu kita mesti sentiasa berjaga-jaga. Malah diceritakan tentang seorang yang sangat berhati-hati sehinggakan tidak mahu melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah, misalnya tidak melunjurkan kaki kearah kiblat.

Apa salahnya melunjurkan kaki ke arah kiblat. Tidak ada apa salahnya, tetapi orang itu tidak mahu. Sebabnya, disana ada Baitullah. Malah, orang itu juga tidak meludah ke arah kiblat kerana dikuatiri akan menjadi satu tabiat yang boleh menghina Baitullah. [Walaupong tidak berniat menghina [meludah], perbuatan tersebut menunjukkan kita tidak berhati-hati!].



Amaran Kematian! Beruntunglah orang yang diberi amaran, diberi notis peringatan oleh Allah tentang kematiannya. Ada lima notis amaran iaitu apabila ubannya sudah banyak bertabur[1], matanya mulai kabur[2]. Apabila gigi mula udah gugur[3], kulit pula banyak yang kendur[4] dan apabila rumah kata "pergi" dan kubur kata "mari sini"[5]!

Kita memang patut mengingati mati. Tetapi jangalah sampai termenung panjang sampai tak buat kojer Yop! [kata orang Perak]. Asyik ingatkan mati, langsung kita tidak bergaul dengan masyarakat. Masjid dan surau kita tak pergi, kenduri tahlil dan arwah tak join, majlis kahwin tak datang malah udah tak nampak batang hidung pasal berkurung dalam rumah. [Jangan buat macam tu Bro! Itu namanya buang tabiat!].



Jika sudah sampai ajal, jatuh satu anak tangga pun boleh mati. Sebaliknya, ada gak orang yang jatuh dari kapal terbang tak mati, kerana belum sampai ajalnya. Apa yang berlaku, [bukan tentang mati sahaja] semuanya telah ditentukan Allah. Jika inilah yang menjadi pegangan kita, maka tenanglah kita di dunia. [maksudnya Yop! Idaklah kita gelisah dan gundah gelana memikirkan tentang kematian].
 

III- Barang Yang Hilang! Perkatan 'kalau' tidak ada dalam kamus Islam. Bila ada istilah kalau dalam hidup kita, kita jadi kelang-kabut dan haru biru. Termenung sana, termenung sini memikirkan pasal barang yang hilang. Contohnya seperti yang diceritakan oleh Dato' Ustaz Yazid Jaafar [DMM] dalam satu ceramahnya iaitu :

[Kisah seorang jemaah Surau yang ada 'kalau' dalam hidupnya].

"Selama ini saya datang ke Surau tidak pernah bawa jam tangan"  lelaki itu  memulakan bicara.

"Tetapi, tiga hari lepas saya bawa jam. Saya ambil air sembahyang, saya letak jam tangan itu di situ. Bila saya selesai dan beralih tempat, jam itu hilang. Kalau saya tak bawa jam tersebut, tentu tak hilang" ujar jemaah tersebut.

Macam mana boleh becakap 'kalau tak bawa'. Jam tangan itu sudah ditentukan akan hilang, tupasal anda bawa ke Surau! Biasanya jam itu tidak dibawa kerana belum ditetapkan akan hilang pada ketika itu. Lantas hari itu dia bawa kerana sudah sampai masanya jam itu hendak hilang. Begitu jugalah tentang ajal, bila sudah sampai masa kematian itu tidak dapat diundur atau dipercepatkan [dimajukan].

Sebab itu Bro, sementara kita belum mati, bersyukurlah kepada Allah kerana Allah belum mematikan kita. Kita ne, apabila diberi nikmat oleh Allah, kita lupa akan nikmatnya itu. Apabila nikmat itu luput dari kita, barulah kita ingat! - Wallhuaklam!


Sedikit Info :
Beberapa baris ayat dan perengan diatas aku rujuk dari siri syarahan Dato' Ustaz Yazid Jaafar [DMM] 'Mengingati Mati' yang dicetak oleh Pustaka Al-Mizan, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Dicetak pertama kali pada tahun 1986 dan cetakan ketiga pada tahun 1990.








15 October 2014

BHG [2] KAYUH KE EMPANGAN BATU!



I- Cuaca Redup. Ketika ini enam raider sedang berehat dibawah pokok di tepi sungai, menanti enam raider lagi iaitu Mohd Hazimi [guide], Berudu Menjerit, Fadzil Shah, Mohd Sidqi, Hazire dan Md Izizafril. [Yang menghalang kami untuk terus berkayuh ialah pintu pagar yang menghala ke River Stone Resort udah di kunci oleh pihak pengurusan Jabatan Pengaliran & Saliran].

Kami sedang relex sambil mendengar celoteh campur sikit temberang[1] si Mahfol. Tidak lama kemudian, si Hazimi tiba diikuti raider Md Izizafril, Mohd Sidiq, Fadzil Shah, Hezire dan Berudu Menjerit. Masing-masing meletakan basikal. Hazimi yang dikira sebagai master,  mahu gak melepasi halangan semak samun dihadapan bagi sepinggan nasi lemak kat gerai yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua [Ulu Yam].

Seperti yang aku cerita sebelum ne dientri Kayuh! Empangan Batu [Ulu Yam], iaitu yang menghalang track basikal untuk keluar dari trails off-road ialah semak-samun pohon senduduk dan lalang setinggi kira-kira enam-tujuh kaki. Pulak tu, di tepi pagar belah kiri dipenuhi dengan pohon letup-letup[2] [selaput] yang akarnya bergerak bebas memanjat pagar. Belah kanan pulak sungai. Mau-tak mau kenelah buat lorong untuk laluan basikal!

Memang sesuai sangatlah si Hazimi ne di panggil leader. Master pulak tu dalam selok belok mencari laluan keluar dari kawasan off-road Empangan Batu. Yalah! Tak sampai pong limabelas minit, si Hazimi bersama Mohd Sidqi, Fadzil Shah dan Berudu Menjerit udah siap membuka laluan [kira macam lorong tikus gitu!] disebelah antara pagar dan sungai.

Lorong tikus udah dibuka untuk laluan basikal. Diaorang hanya menggunakan batang dan ranting kayu sebagai ganti parang untuk menebas senduduk, tangan pulak menarik akar-akar pohon letup-letup dan kaki pulak memijak lalang dan sembilu, sehingga tumbang dan hampir menjadi lunyai[3]. [Si Mahfol pulak sedang asyik berceloteh yang kekadang buat rakan-rakan ketawa!].

Kami gerak keluar dari trail off road melalui lorong tikus yang diketuai oleh Hazimi. Kayuh perlahan dicelah pagar kemudian keluar melalui jalan yang sedia ada di River Stone Resort menuju Hutan Lipur Sungai Tua [Ulu Yam]. Kegumbiraan berganda sebaik meletakan basikal disebuah gerai nasi lemak. Sebenarnya, aku bukanlah lapar tetapi dahaga sangat. Mana tidaknya, udah hampir 20 kilometer berkayuh tentulah kehilangan banyak air dalam tubuh [peluhlah Bai!] yang perlu diganti dengan segera. Dehidrasilah sangat!

Kedai sebelah tutup! So, kami lepak ajalah kat kedai paling tepi. Aku pekene se-pinggan nasi lemak dan secawan teh O. Masa yang sama, ditepi dan belakang kedai kedengaran bunyi motosikal [motorcross]. Bunyinya  makin lama makin bertambah kuat dan  telinga boleh pekak Bai. Selesai makan-minum, kami gerak balik semula arah treck off-road Empangan Batu. Sempat lagi tu tenguk bebudak main motorcross! - Fullstop!