I- Batu Dam. Aku nak ikut kayuh ke Batu Dam [Empangan Batu] yang lokasinya tidak jauh dari Batu Caves. Kalau kenkawan [dari Kolompo] nak datang sini, kenkawan boleh ikut Jalan Kucing, lepastu masuk jalan menghala ke Ulu Yam. Untuk sampai kat empangan, kenkawan akan melalui beberapa buah kampung dan taman iaitu Kampung Laksamana, Kampung Nakhoda, Kampung Sungai Tua, Taman Jasa dan Kampung Bendahara.
Selain membekalkan 30,199 million litres air ke sekitar Klang Vellay, Empangan ini juga adalah tempat anak-anak muda bersantai sambil menikmati matahari terbenam. Di sekitar empangan ini jugalah pernah sebuah pesawat Cessna 172 terhempas yang mengakibatkan seorang parah dan tiga cedera.
- [Cuba kenkawan sekodeng entri *13 Raider @Empangan Batu bertarikh 15 November 2012. Itulah kali terakhir aku berkayuh kat Empangan Batu].
|
Dah Sekodeng![1] Ya, intai-intailah kejap kat entri bulan November 2012. Masa tu yang ikut berkayuh ialah Atan sebagai guide [penunjuik arah gitu!], Zaidi, Brother Otai, Mahfol, Jeffry, Chan Ho Nam, Ady Yusof, Saiful Azhar @Thor, Ajoi GT, Mohd Hazimi, Qhyroll dan Yusman Afiq.
Kira, dekat dua tahun gak aku tak ikut berkayuh ke Empangan Batu. Dalam tempuh dua tahun memang nampak ada perubahan. Kini disekeliling empangan tersebut telah dipagar dan laluan yang dahulunya hanya single trek udah boleh dilalui kenderaan 4x4. Permukaan jalan pulak memang terbaek kerana sepanjang trek udah diletakan batu kerikil[2] dan ada sebahagian dinding bukit ditebat dengan guni supaya tidak runtuh. |
|
|
Dolu, mungkin kebetulan kot - kami kayuh pada musim hujan. Permukaan jalan basah, lecak dan ada sebahagian jalan pulak ditenggelami air. Air tasik melempah[3] hingga sampai ke paras lutut. Masa tu, Atan dan Zaidilah yang menebas dan menebang pokok kecik untuk dibuat lorong. Lepastu kami gotong royong tolak dan tarik basikal ikut semak-samun diatas bukit. Walaupong laluan sedikit sukar, kami tetap happy dan dapat menamatkan kayuhan disekitar River Stone Resort. |
|
II- Cerita Pagi Ahad. Pukul 0700 pagi [lebihkurang] si Mahfol datang jemput aku untuk bawak basikal kat Sungai Tua. Dari Sungai Tua kami berdua kayuh menuju tempat yang dijanjikan iaitu di kedai mamak, tidak jauh dari stesen minyak Petronas. Masa kami sampai, udah ada si Zaidi, Alimuddin, Saifullah dan Farizzuan sedang bersarapan. Sementara menunggu Hazimi [guide] dan kawan-kawannya sampai, aku dan Mahfol borak-borak sambil pekene teh tarik.
Hampir jam 0810 pagi, Hazimi bersama empat rakannya sampai. Dari info yang diterima dari Hazimi iaitu masih ada dua rakannya sedang on the way. So! Kami enam raider kayuh dolulah ke Empangan Batu, nanti enam raider lagi akan menyusul. - [Lagipong, geng Hazimi ne masih muda dan guna pulak basikal paling canggih gitu!]. |
|
Enam raider gerak dolu. Kami kayuh masuk ikut celah pintu pagar [sedikit terbuka] yang hanya muat untuk basikal atau motosikal kaki pancing sahaja. Melalui trek tanah merah lepas tu menyusuri permukaan jalan yang dipenuhi batu kerikil. Sebaik melepasi dua anak sungai kami take five sekejap, sambil aku membasuh kasut yang udah dipenuhi pasir halus.
Kayuhan diteruskan. Zaidi dihadapan sebagai guide di-ikuti Saifullah, Alimuddin dan Farizzuan. Mereka telah jauh meninggalkan aku dan Mahfol di belakang. Macam mana kami berdua tak tertinggal, kejap aku berhenti ambik gambar, kejap pulak si Mahfol berhenti kayuh pasal handle basikalnya udah longgar. |
|
Laluan pulak, ada beberapa halangan seperti batu, pokok buluh atau dahan pokok tumbang dan menghalang kayuhan. Terpaksalah pikul basikal Bro! Trek kekadang dipenuhi dengan batu putih yang besar [metamorphic rocks], buat tayar terbenam dicelah batu-batu tersebut. Laluan kejap menurun laju kejap mendaki. -[Bab mendaki nelah yang buat aku sesak nafas!].
Akhirnya kami berhenti kayuh disebelah pintu pagar [bahagian belakang] berhampiran River Stone Resort kerana disinilah penamat bagi singletrack trails. Tidak ada lagi track atau bekas lorong kaki pancing. Yang kelihatan hanyalah lalang dan pohon senduduk setinggi enam-tujoh kaki, tumbuh meliar ditebing sungai. Pohon letup-letup [selaput] pula akarnya menjalar memanjat pagar. Kira, kat sini tempat penamatlah! Apapong, kami kenelah tunggu gak Hazimi [master gitu!] dan rakan-rakannya yang akan buat keputusan nanti. Kita Tunggu, jangan tak tunggu!
|
|
|
Nota Lutut : Lepas ne akan menyusul entri Bahagian Dua [Kayuh Ke Empangan Batu] bersama Mohd Hazimi, Berudu Menjerit, Fadzil Shah, Mohd Sidqi, Mohd Hazire dan Md Izizafril. - Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment