07 October 2014

bIkE tEsT & nAiK 20 SeN!


Berbulan-bulan sudah basikal Giant warna oren tersadai kat rumah rakan di-Bukit Indah Ampang. Jadi, minggu lepas aku hantar basikal tersebut ke kedai Robert untuk tukar body Exitway [XC TEN]. Body warna putih dan tulisan warna biru memang nampak menarik. Tukang basikal si Ah Ming terpaksa ambik masa dua hari untuk menukar body, sebab ramai pelanggan kata si Ah Meng.

Esuknya, aku ajak Mahfol berkayuh ke Tasik Metro untuk 'bIkE tEsT'. Ketika di Tasik, aku serahkan basikal body baru kepada si Mahfol untuk di uji. Mahfol kata, basikal tu ok jer. Yang buat tak selesa ketika berkayuh ialah kerana handlenya pendek. Apabila handle pendek, kedua belah tangan tidak dapat dibengkokkan ketika berkayuh. Pulak tu, bila  turun bukit, pasti raider kelam-kabut sikit sebab tidak dapat mengimbangi badan dengan baik. - [Kenelah ganti handle baru!].


Shoock!
Jangan bagitau orang lain. Handle yang sedikit pendek tu sabenar-benarnya aku beli second hand
dari member. Kalau nak ikutkan memang tak sesuai untuk basikal bukit. Lain-lah kalau handle tu dipasang kat basikal fixie atau basikal untuk on the road. Eleh! masa tu terdesak Bai! - [Kisahnya! Patut ler selama ne kalau aku kayuh off road rasa berat jer!]



Lupakan pasal handle basikal. Aku ajak Mahfol sarapan pagi [nasi lemak] kat Taman Beringin. Kenapa kat Taman Beringin. Yalah, takkan dekat-dekat sini tak ada nasi lemak, soal Mahfol. Memang ada, tapi kekadang nasi lemak ok, sambalnya pulak tak cedap. Kita tentu nak nasi lemak dan sambalnya sekali sedapkan Bro! - [Mahfol setuju!]
 

Kami kayuh tinggalkan tasik dan keluar melalui pintu belakang kat rumah panjang. Lepas tu kayuh melintasi kawasan perumahan kaum Cina dan  masuk ke Taman Beringin. Kami berhenti di gerai nasi lemak. - [Sanggup tu, kayuh jauh-jauh hanya nak pekene nasi lemak yang sedap!]


Sambil makan sambil borak-borak. Mula-mula cerita nak berkayuh ke Empangan Ulu Yam, pagi Ahad, 12 Oktober ne. Lepas tu mulalah melalut pasal minyak RON95 naik 20 sen. Mahfol rasa tak puas hati atas kenaikkan bahan api kerana akan membebankan orang ramai yang berpendapatan hanya cukup makan.

Pak Menteri seperti Hassan Malek pulak bagi alasan putar-belit yang minyak tak naik tetapi subsidi dikurangkkan [Apa bezanya?]. Diaorang ne macam Pak Menteri, cakap memanglah senang. Naik 20 sen, tak jadi kudis buat diaorang yang banyak duit, tetapi orang kampunglah yang akan sakit. Minyak naik bermakna barang-barang lain akan naik. Lu tenguklah nanti Bai!

Memanglah, sejujurnya aku pong tak setuju harga minyak dinaikkan. Alasan seperti mengurangkan subsidi petrol pada orang kaya, pada kenderaan negara jiran atau nak kurangkan aktiviti penyeludupan. Alasan tu dah basi Bro. Cubalah usahkan cara lain. - [Kalau aku yang bagi cadangan, lebih baik aku yang jadi Pak Menteri!]. 


Ada pulak Pak Menteri cakap, kalau subsidi dikurangkan [20 sen], negara akan dapat hasilnya berjuta-juta ringgit malah mungkin berbilion ringgit. Duit tu akan digunakan oleh kerajaan bagi tujuan membantu rakyat termasuk pemberian BRIM. Jelaslah sekarang, kerajaan tidak cukup badjet untuk bagi BRIM pada tahun 2015, tu pasal guna duit subsidi petrol sebanyak dua puloh sen. - [Sedih, Pak Cik dengar berita ne!]

[Bila aku bangun nak bayar harga dua pinggan nasi lemak, sempat lagi tu si Mahfol bertanya pasal inflasi. Betul ker seperti yang didengar iaiitu inflasi akan naik hingga 3.4% tahun depan?].

 

Nota Lutut : Kalau ikut kamus, makna inflasi [inflation] ialah tambahan jumlah wang; kenaikan harga-harga yang disebabkan oleh bertambahnya penawaran wang atau penawaran wang bank [kredit dll]. - Bab Inflasi ne aku faham sikit ajalah Bro!





No comments:

Post a Comment