"I Want To Touch A Dog". Program yang diadakan di Centaral Park, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini hanyalah untuk golongan orang-orang kaya atau ayat lain untuk anak-anak lordlah[1] gitu! Program yang mencetuskan polemik[2] dalam kalangan umat Islam itu di anjurkan oleh seorang ahli farmasi, Syed Azmi Alhabshi yang mendakwa mahu masyarakat Islam mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
Sebelum program sentuh anjing ne, sudah ada program-program yang dianjurkan oleh orang bukan Islam melalui Suruhanjaya Antara Agama [IFC], Majlis Perundingan Agama, Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam dan beberapa NGo. Kebanyakan program anjuran mereka adalah jelas untuk meracuni pemikiran umat Islam dengan menghasut mereka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Mereka [musuh Islam] akan berusaha dengan pelbagai cara. Jika plan A tidak berjaya, mereka akan gunakan plan B, C dan seterusnya hingga umat Islam dapat diracuni, dilemahkan akidah dan akhirnya umat Islam akan berpecah-belah. Ini dapat dilihat melalui usaha gigih IFC bersama Majlis Peguam dalam isu murtad.
Tidak cukup dengan isu murtad, mereka mahu membawa masuk pulak, Dr Ulil Absar Abdulla dari Indonesia untuk berdiskusi. Malah, Datuk Saifudin Abdullah sebagai pengerusi Global Movement of Modrates [GMM] terbabit sama. Takkan Datuk Saifudin Abdullah taktau yang Dr Ulil tu udah digam[3] oleh Majlis Ulamak Indonesia pada 29 July 2005.
Macam mana tak kene gam. Dr Ulil berfahaman liberalisme[4] serta sekularisme[5] yang lebih condong kepada kebebasan dan keterbukaan. Mereka mahu membawa budaya baharu kepada umat Islam seperti budaya menyentuh arak, anjing, atau boleh gak nanti menyentuh babi. Kebetulan pulak, ramai umat Islam dan bukan Islam terkeliru dalam masalah hukum halal dan haram dalam Islam.
I- Isu Arak [Khamar] - Isu ne udah lama dah. Malah korang boleh tenguk kat filem era 50'an atau 60'an terutama dalam filem arahan P.Ramlee, dimana orang Melayu masuk night club dan siap ada pompuan kabret[6] lagi. Masatu bukan diaorang taktau pasal hukam hakam, tetapi sebab terpengaruh dengan cara hidup morden, jadi- diaorang buat bodoh jer!
Lepas tu orang Melayu beralih pulak kepada dangdut dan disko. Boleh korang lihatlah masatu, remaja Melayu bekerja dengan riang-gumbira dan sepenuh jiwa, sebagai pelayan dan bar tender[7]. Taktau pulak aku kalau ada orang Melayu yang berkerja di kilang-kilang arak seperti kilang Carlsberg misalnya atau bekerja sebagai penghatar arak.
Semua orang Islam udah tahu bahawa agama Islam mengharamkan arak [khamar] kerana bahan itu mendatangkan bahaya kepada orang yang meminumnya. Bahkan alkohol didalam arak itu boleh menjejas kesihatan dan boleh gak hilang akal [tidak siuman] serta merosakkan kehidupannya.
Allah Swt menyamakan bahaya minum arak dengan menyembah berhala serta berjudi kerana semua kemungkaran itu termasuk dalam agenda syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah maksiat dan kemungkaran. Walaupun arak itu dihasilkan dari anggur tetapi Rasulullah saw menekankan bahawa arak atau khamar itu diharamkan kerana kesan buruknya iaitu memabukkan.
Oleh kerana bahaya dan penyakit daripada arak sangat banyak, maka Rasulullah swt pergi lebih jauh hingga bukan minum arak sahaja diharamkan bahkan membuat, mengimport, mengedar, menjual atau mengangkat untuk menyajikan [menghidang] arak diharamkan juga. Oleh kerana menjual dan memakan harga arak itu diharamkan, maka perbuatan menghadiahkan arak kepada orang bukan Islam juga haram. [Ref: Pesta arak sepanjang bulan Oktober (Octoberfest) di One Utama, Petaling Jaya].
II- Anjing! Sejak isu penganjuran nak pegang anjing tersebar luas di laman sosial, udah banyak ustaz 'mee segera' menjawap persoalan tentang hukum-hakam memegang anjing. Terpulanglah kepada korang nak ikut ulasan ustaz yang mana satu idaman kalbu. Bagi akulah, ada baiknya kita baca ulasan ustaz mee segera dan bandingkan dengan Ustaz yang bertauliah.
Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha iaitu umat Islam dilarang memegang anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam. Menurut beliau lagi, tindakan memegang haiwan itu sama seperti orang yang sengaja melakukan dosa dan kemudian bertaubat.
Datuk Dr Ma'amor Osman [PPIM] turut mengulas "Anjing hanya boleh dipegang atas sebab tertentu seperti tugas ahli veterinar. Program itu sebaliknya memperlihatkan segelintir umat Islam bermanja dengan haiwan tersebut. Ia umpama mempersendekan agama. Kita khuatir mereka yang terlibat hanya dijadikan boneka pihak tertentu untuk mengaburi niat sebenar mereka", katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. [Kita tunggulah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) jawab pasal penganjuran I Want To Touch A Dog! Lepas ne mungkin ada pulak program I Want To Be A Pig!]
III- Babi! Korang semua dah tau. Malah sejak tadika lagi korang udah diberitahu macam mana rupa haiwan yang digelar babi tu. Walaupong hanya sekadar melihat wajahnya dalam bentuk visual kat buku atau tv, tetapi perasaan geli tu tetap ada. Yalah! Korang geli tetapi bukanlah sampai ke tahap benci, sebab haiwan tu juga adalah mahkluk Allah Swt.
Bagaimana jika [ini hanya bayangan aku] satu hari nanti ada pulak orang Melayu, mungkin jawatannya sebagai doktur haiwan atau ahli viterinar yang buat program 'I Want To Touch A Pig'. [Sanggup kah korang join program tu?]
Babi atau istilah masakan dalam bahasa Inggeris ialah porkchop [setelah dipotong-potong] atau ham [daging peha babi] atau daging yang udah digaram dan disalai, dipanggil becon. Dalam istilah masakan Cina pulak, tofupok [daging babi yang dicincang halus] atau bak ku teh [sop daging babi] dan selainnya, ada gak diletakan sedikit minyak babi pada sop stem boat bagi rasanya kaw!kaw! punya. [Kata salah seorang rakan [Cina] kojer, sewaktu aku kojer di Bintang Walk].
Bila cakap pasal babi ne, teringat pulak ketika aku kojer sebagai apprentice cook di Hotel Genting Haighland awal tahun 80'an. Walaupong gajinya murah tetapi waktu tu aku anggap kerja sebagai pelatih hanyalah untuk mendapatkan ilmu. Kojer aku senang. Shif siang cucuk sate ayam, lembu dan kambing dan masak kuah sate. Kalau shif malam pulak masak nasi lemak, masak sambal sotong dan ayam masak merah. [Senangkan kojernya!]
Senang, tetapi aku hanya dapat bertahan tiga bulan sahaja. Bukan pasal gaji murah atau cuaca sejuk atau tekanan ditempat kojer tetapi disebabkan babi! Hari-hari aku boleh tenguk daging babi. Kekadang diaorang panggang seekor anak babi. Lepas diaorang [Chef Cinalah] panggang babi, panggang pulak sekor ayam. Yang tak bestnya, satu tempat pemanggang.
Sesekali ada aku dengar, waiter pesan beef steak. Lepas tu ada pulak yang pesan pork chop. Tukang masak gunakan grill [hot plate] yang sama untuk bakar beefsteak dan porkchop. Kesianlah kalau yang pesan beefsteak tu orang Melayu. Kira terkenelah! Nak buat macam mana yer kalau orang Islam itu sendiri yang masuk kerestoran tak ada tanda halal. [daripada aku subahat (subahah), lebih baik aku cari kojer di tempat lain!]
Daging Babi! Apa sahaja istilahnya yang korang pernah dengar [seperti khinzir, kerbau pendek, nangui, pig, pork, bacon atau bak ku teh] adalah diharamkan untuk dimakan oleh manusia kerana disifatkan sebagai haiwan yang kotor dan merbahaya.
Ketika ayat pengharamannya diterima mungkin ramai orang Arab tidak tahu bahaya didalam daging babi itu. Ahli perubatan moden telah mendedahkan bahawa biasanya di dalam daging babi itu terdapat cacing pita yang masih sukar mati walaupun sesudah dimasak.
Telah diketahui umum bahawa binatang babi itu gemar memakan bahan makanan yang kotor dan basi termasuk najis binatang atau manusia. Malah tabiat gelojoh haiwan tersebut dipercayai akan menular kepada manusia yang sering memakan dagingnya.
IV- Cerita yang aku dengar dari kawan!. Entah ya entah tidak. Sorang budak pompuan balik dari Tadika bagitau emaknya bahawa Guru Tadika tu kata, daging babi boleh di makan. Haru biru gak emak budak tu. Oleh kerana tak puas hati, esuknya emak budak tu bersemuka dengan Guru tersebut.
Guru Tadika tidak menafikan, memang betul ada bagitau pada budak-budak Tadika, bahawa Islam mengizinkan perubahan atau pengecualian hukum dalam keadaan darurat sahaja. Dalam keadaan normal daging babi haram dimakan dan menjadi halal dimakan jika tidak ada bahan makanan lain untuk terus hidup, buat sementara waktu.
[Biar betul Cikgu! Manalah bebudak seusia tadika boleh berfikir pasal keadaan darurat. Cukuplah sekadar bagitau asas agama iaitu daging babi tidak boleh dimakan. Haram!] - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment