19 April 2014

EKSPRES RAKYAT


Lokasi: JB Sentral Jam 0745 pagi.

Aku dan Mahfol baru usai sarapan pagi di restoran mamak berhadapan Hotel Citirus Jalan Station, Johor Bahru. Sambil mengendong beg, kami gerak menuju Stesen KTM di JB Sentral. Ketika sampai di tempat menunggu, sudah ada beberapa penumpang sedang duduk menanti ketibaan tren Ekspres Rakyat yang dijadul berlepas pada jam 0835 pagi.

Kami
seperti penumpang lain, kene ada di stesen 30 minit lebih awal sebelum tren berlepas. Masa menunggu memang membosankan. Untuk tidak membazir masa, aku baca helai demi helai Kosmo! dan si Mahfol sempat lagi melelapkan mata. Ngantoknya tak habis lagi agaknya, kerana malam tadi kami tido lewat!
Malam tadi memang kami tido lewat pasal kami ronda-ronda dipasar malam sambil makan Mee Bandung Moar. Memanglah hajat kami nak rasa makanan orang Johor seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Lontong, Soto, Otak-Otak dan Pecal tetapi bukan semua kami boleh jumpa menu macam ne di JB melainkan kene keluar jauh sikit dari pusat bandar.

Seperti
yang dicetak atas tiket tren kami, iaitu waktu berlepas jam 0835 pagi tetapi hingga sekarang iaitu jam 0840, belum ada lagi announencement tentang kelewatan tersebut. Aku perhatikan seorang pelancung lelaki Mat Salleh bagun dan pergi berjumpa petugas wanita yang sedang berdiri berhampiran pintu keluar.

Lelaki Mat Salleh itu kelihatannya seperti naik angin apabila jawapan yang diberikan oleh petugas wanita itu mungkin tidak boleh diterimanya. Jam 0848 barulah pengumuman dibuat dan tali yang menghadang pintu di buka oleh petugas. Semua penupang yang mahu menaiki tren ke Sentral Kuala Lumpur dan ke Utara di minta turun.

Aku dan Mahfol
memasuki perut tren melalui koc R4 dan harga tiket (dewasa) bagi perjalanan dari JB Sentral ke Sentral Kuala Lumpur ialah MYR 33.00 seorang. Tidak lama kemudian, tren yang kami tumpangi bergerak meninggalkan bandaraya Johor Bharu. Gedak Geduk! Gedak Geduk! Geduk! Geduk-duk-duk, duk, bunyi enjin tren bersatu apabila  bergesel dengan besi rail dan mata aku pun mula nak terlelap. Z-Z-Z-Z-zzz!


Tau-tau aja, rupanya tren udah melepasi stesen Kulai, Sedenak, Renggam dan stesen Kluang. Aku toleh si Mahfol yang juga baru terjaga dari tido sambil dia membuka plastik yang membaluti ruti krim jagung jenama Gardenia. Aku pula mengguyah dua ketul buah kurma dan baki kurma itu aku hulurkan pada Mahfol.


Di stesen Paloh
tren berhenti. Ada beberapa penumpang masuk ke dalam koc tempat kami duduk. Penumpang tersebut terdiri empat pompuan, seorang budak lelaki dan seorang budak pompuan. Budak lelaki itu duduk disebelah aku dan yang lainnya duduk di dibelakang seat aku dan dibelakang seat Mahfol.

Sebaik tren meninggalkan stesen Paloh, aku lihat budak lelaki itu dan yang lainnya mula membuka bungkusan nasi lemak masing-masing. Sambil mereka makan sambil berbual.

"Lepas ne, sampai kat Segamat nanti kita makan pulak meehoon goreng".

"Eh! Ada meehoon goreng ke, sapa yang bawak Mak Long?"
tanya satu suara dibelakang aku.

"Tadi ha, si Leha sempat masak meehoon, bukan meehoon aja, karipap pun ada dibawaknya".

"Wah! Bestlah Kak Leha ne. Macam berkelah pula kita ya!".
Selepas dailog tersebut tamat, serentak mereka ketawa. Aku dan Mahfol turut tersenyum mendengar mereka ketawa serentak. Lepas tu mereka sambung berbual dan terus berbual. Aku pulak mulalah nak lelap balik. Z-Z-Z-Z-zzz!


Aku
terjaga apabila Mahfol mencuit bahu aku. Tren berhenti lebihkurang 15 minit di stesen Gemas. Aku dan Mahfol ambik kesempatan untuk keluar dari tren dan ada gak dua tiga orang penumpang lelaki ikut keluar. Ketika inilah ada penumpang yang pergi ke tandas dan ada pula yang ambik kesempatan untuk merokok!

Prit!Prit! Prittt! Tren Ekspres Rakyat pun gerak meninggalkan stesen Gemas. Kali ini tren bergerak lebih pantas dari tadi melalui stesen Batang Melaka, Tampin, Rembau dan Seremban. Lepas tu melalui stesen Nilai, Bangi, Kajang dan akhirnya pada jam 0430 petang, tren itu memasuki kawasan stesen Sentral Kuala Lumpur.

Di Sentral Kelompo, aku dan Mahfol membeli tiket Komuter arah ke Batu Caves. Aku turun di stesen Bank Negara semetara si Mahfol meneruskan perjalanan hingga ke stesen komuter terakhir di Batu Caves - Fullstop!


Nota Kaki
:
Lepas ne nak buat Backpacker arah ke Utara pulak. Laluannya Kelompo terus ke Mata Ayer. Dari Mata ayer naik bas ke Kangar dan tido semalam di Kangar. Dari situ perjalanan diteruskan ke Alor Setar. Tido semalam dua di Alor Setar sebelum meneruskan backapker ke Pulau Pinang. Bermalam di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan melalui Pengkalan Hulu, Jeli dan Tanah Merah. Dari Tanah Merah boleh naik tren untuk terus balik ke Kelompo atau meneruskan backpacker arah Kuala Terengganu. Bermalam di Kuala Terengganu dan terus gerak ke Kemaman, Kuantan dan balik ke Kelompo!










No comments:

Post a Comment