Sebaik sahaja Matthew mengambil tempat disebelah Mahfol, aku terus bertanya sekali lagi tentang identity sebenar si Matthew. Sebabnya aku hairan juga seorang warga German boleh fasih berbahasa Inggeris dan buat backpacker secara solo.
Jelas Matthew, sebelum ne dia pernah mempelajari bahasa Inggeris dan pernah bekerja sementara di Switzerland. Dari situlah si Matthew dapat mengumpul duit untuk backpacker ke beberapa buah negara di Asia Tenggara.
Matthew juga kagum dengan orang Malaysia kerana kebanyakannya orang yang ditemuinya boleh bertutur bahasa Inggris berbanding negara kelahirannya sendiri. Katanya lagi, jika pelancung ingin datang ke German, mereka perlulah belajar dahulu bahasa German kerana warga German lebih menghormati bahasa ibundanya sendiri.
"After here, where U want to go?" Soal Mahfol sambil menghirup baki air milo dan berharap bahasa Inggerisnya di fahami oleh si Metthew.
"I'm telling you, maybe after two days at here, I want to go Thailand" jawab si Matthew sambil mengambil sebatang rokok dari kotak rokok jenama Pall Mall. Si Matthew menghisap rokok itu sambil melepaskan asapnya sedikit demi sedikit ke udara.
Aku beritahu Matthew, sebelum ke Thailand ada baiknya dia singgah semalam dua kat Pulau Pinang. Untuk ke Pulau Pinang aku cadangkan dia menggunakan perkhidmatan keretapi yang berpusat di KL Sentral.
"Great idea!". Sambil si Matthew bangun dan beritahu hendak ke kawasan campsite kalau-kalau masih ada petak kosong yang boleh disewa. "Okay! See U again".
}Sewaktu matahari terlindung disebalik bukit-bukit, tidak kelihatan lagi kanak-kanak bermain. Suara unggas juga telah bertukar nadanya yang mungkin ingin memberitahu bahawa sang matahari yang setia itu akan tamat tugas ketika senja. Bulan pula tahu akan gilirannya, dan nantinya keluar menggantikan matahari. Aku dan Mahfol bergerak meninggalkan floating menuju Abot Guest House. - Cut! |
No comments:
Post a Comment