18 April 2014

Oh JB! KaMi SaMpAi DaH



Rabu malam Khamis - 8 April 2014
Lokasi : Bandaraya Johor Bahru @Joho!

Jam 2100 malam, Aku dan Mahfol sampai dah dibandaraya Johor Bahru. Suasana bandaraya  ketika ini sama sahaja dengan Kelompo, dimana jalan-jalan dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang masih lagi memenuhi restoran dan gerai dikiri kanan, sepanjang Jalan Station.


I- Aku dan Mahfol
bergerak dicelah-celah orang ramai sambil memerhatikan papan tanda hotel badget diJalan Station. Kami singgah dikauter JB Hotel dan seorang nyonya bagitau, ada sebuah bilik yang mempunyai sebuah katil besar dan sebuah katil kecik dengan harga RM120.00 semalam. Bilik lain udah penuh katanya!

Kami tinggalkan JB Hotel kerana harganya diluar badget kami. Menyusuri Jalan Wong Ah Fook, kelihatan di siar kaki orang ramai mundar mandir seperti tiada tujuan. Di satu sudut pula, aku perhatikan sekumpulan pompuan India sedang berbual sambil tersenyum-senyum kepada lelaki yang melintas dihadapan mereka. Ayamlah tu agaknya!

Tidak jauh dari kumpulan pompuan India itu, ada papan tanda tertulis T-Hotel dan kami masuk untuk bertanya harga sebuah bilik di kaunter penyambut tetamu. Seorang reception lelaki  memberitahu kami, masa ne ada harga promosi iaitu sebuah bilik RM100.00 sahaja berbanding harga asal RM118.00 semalam.

Aku
bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh penyambut tetamu tersebut kerana harga RM100.00 masih lagi harga badget kami dalam backpaker 'Melihat Bumi Manusia'. Bayar RM120.00
termasuk deposit Rm20.00 dan terima key card bilik 116, set remote  Tv dan remote control untuk air cond.



Walaupun
bilik 116 ini tiada tingkap, tetapi kami puas hati melihat keadaan biliknya yang kemas dilengkapi peti tv, meja tulis, cermin, air panas, 2 peket kopi segera, tuala, sabun dan shampoo. Bilik air pulak memang tip-top dengan pintu lipat warna merah-hitam dan dinding serta lantai berwarna hitam-putih.

Selesai mandi,
aku meneliti key card yang tercatit sedikit hotel info:

*For your safety, please ensure your door is locked at all times.
*We recommend that all your valuable are well kept by yourself. The Hotel will not take responsibilty for any valuables or money lost from the room.

Check - out time: 1200 noon
Check - in time : 1500hours

Please return your key card to the reception upon departure. RM35.00 will be charge for each missing key card.


II- Perut dah lapar!
Kami keluar dari bilik hotel menyusuri Jalan Wong Ah Fook menuju pasar malam dimana terdapatnya gerai-gerai menjual pakaian, kasut bundle dan gerai makanan. Aku dan Mahfol singgah digerai menjual nasi lemak berlauk. Sambil menikmati makan malam penggunjung pasar dihiburkan dengan lagu-lagu pop yeh yeh!

Malam semakin larut!
Aku dan Mahfol tinggalkan keriuhan pasar malam menuju T-Hotel melalui Jalan Station, beluk kiri masuk lorong sempit. Lorong  itu dipenuhi dengan gerai-gerai menjual sup tulang, soto, mee bandung, otak-otak dan lain-lain lagi. Sayangnya lorong yang sempit itu tidak cukup bersih dari pandangan mata aku. 

(T-Hotel, No 94 Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Di sinilah aku dan Mahfol akan bermimpi malam ini). Mimpi-mimpi indah - Z-z-Z-zzzzz!

III- Ringtone
rooster alarm
handpon aku
berbunyi tepat jam 0630 pagi. Aku bingkas bangun menuju bilik air, mandi dan lepas tu aku menunaikan solat subuh. Selesai solat, aku lihat si Mahfol masih lagi berselimut tebal mungkin kerana tidak tahan sejuk. Memang sejuk malam tadi, sampai aku terjaga beberapa kali! Sejuk-sejuk yang amat sangat!


Waktu pagi di JB!
Keriuhan mula terasa sebaik kami melangkah keluar dari T-Hotel. Melintas jalan yang kelihatan masih basah, untuk ke Plaza Seni di mana terdapat dua buah Restoran India Muslim. Kami memilih untuk sarapan di restoran mamak di sebelah kanan. Mahfol bersarapan dengan milo panas dan dua biji telur setengah masak. Aku pula meminta secawan teh panas dan ruti canai. Patutlah sejuk, malam tadi hujan!

Usai sarapan,
kami mahu melihat-lihat di sekitar berhampiran kedai India menjual bunga. Lepas tu kami menyusuri Jalan Trus yang disebelah kirinya adalah Galleria Kotaraya. Tidak jauh dari situ kelihatan The Putri Pacific dan di kanannya pula ada lorong gatal tangan yang menuju ke perhentian bas diJalan Woong Ah Fook.

Tidak
jauh dari lorong itu, ada seorang lelaki India sedang tido tanpa selimut. Nampaknya lelaki India itu masih lagi bermimpi walaupun matahari pagi sudah muncul dan orang ramai pula mula sibuk bergerak ke hulu ke hilir, mengejar masa untuk ke tempat kerja masing-masing. Lena tanpa mimpi indah!

Kami dah letih berjalan. Mahfol pula minta take five. Aku ajak Mahfol berehat di dalam JB City Square pasal dalam mall ada kerusi dan ada aircond. Sambil tu bolehlah perhatikan gelagat orang ramai disitu!

Jam tangan Mahfol menunjukkan angka hampir 1115 pagi. Orang ramai mula memasuki City Square dari pelbagai arah dan paling ramai tentulah dari pintu masuk JB Sentral (Stesen KTM) di mana pintu keluar masuknya bersambung dengan JB City Square
.

Aku dan Mahfol
berehat berhampiran outlet Mc Donald's. Mahfol beritahu aku, lututnya mula terasa sakit semula dan mungkin tidak dapat meneruskan backpacker arah ke Desaru dan Tanjung Piai. (Jika kami hendak meneruskan juga perjalanan ke Desaru, kami kene check out dari bilik hotel hari ini jam 1200 tengahari).
    

Keputusan telah diambil iaitu tidak jadi ke Desaru dan Tanjung Piai, takut lutut si Mahfol nanti menjadi parah. Kami buat keputusan untuk bermalam sehari lagi di Johor Bahru kerana duit badget ke Desaru boleh digunakan untuk membayar sewa bilik.



Setelah habis berbincang, kami keluar dari JB City Square menuju T-Hotel. Singgah di kauter reception, bayar RM100.00 untuk tido semalam lagi. Masuk bilik untuk berehat. Sementara menunggu waktu Zuhur, si Mahfol membaca Kosmo! Aku pulak capai log book, menulis serba sedikit tentang aku, dia dan dunia! - Wallahuaklam!









No comments:

Post a Comment