Pagi Ahad - 20 April 2014
Sarapan pagi dengan tiga keping ruti butter raisin dari label Gardenia, secawan kopi Alicafe' dan senaskah akhbar Mingguan Malaysia. Aku menyelak akhbar, halaman demi halaman yang memaparkan pelbagai berita antaranya 'Tiga parah bas ekspres terbalik, Hudud: Pas syukur sokongan UMNO, Pertandingan tiga penjuru rebut kerusi Presiden FAM'.
Juga rencana tentang 'Sukarnya seniman hebat menongkah zamannya' oleh Ku Seman Ku Hussain, 'Kenapa Mao kagumi Stalin' oleh Abdul Rahim Noor dan juga rencana dari Dr Muhaya Mohamad tentang 'Imej diri positif atau negatif?'. Aku juga tidak pernah ketinggalan membaca Analisis Mingguan dari penulis Bisik-Bisik Awang Selamat mengenai Misteri Lama, MB berubah?, Air oh Air, Karpal & Lim serta Raja dan FAM.
Seminggu dua ne aku terbaca lebih agaknya berita tentang kemalangan di jalan raya. Kemalangan berlaku mungkin gara-gara pemandu bas memotong tanpa memberi isyarat, menukar lorong secara tiba-tiba, pemandu tu mungkin Mat Gian atau mereka itu memandu secara merbahaya.
Pada Khamis 17 April lalu ada berita menyebut iaitu pemandu lelaki bas Ekspres Transnasional yang terlibat dalam kemalangan sehingga tiga penumpangnya terkorban di Kilometer 11, Jalan Bentong, Pahang pada Ahad lalu didakwa di Makamah Majistret Bentong kerana positif mengambil dadah morfin.
Mangsa yang maut dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu ialah Suhaisam Che Abdullah dan pasangan suami isteri Saeed Mohamad Mohamud Abdalla (warga Somalia) dan isternya Zarifah Alias. Al- Fatehah!
Janganlah jadikan jalan raya atau leburaya di Malaysia sebagai litar lumba atau sengaja mahu menempah maut walaupong lebuhraya kita adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Seringkali apabila berlaku kemalangan maut, selepas disiasat didapati pemandu bas terlibat telah acap kali dikenankan saman atau seorang bekas penagih dadah!
II- Dolu! Pernah sekali aku terpaksa balik Kelompo waktu malam dengan menggunakan bas. Masa tu kalau diberi pilihan misalnya ada tren di Stesen Gebeng tentulah aku pilih naik tren walaupong lambat sampai ke Kelompo. Pertam kali naik bas dua tingkat Ekspres Transnasional dari Gebeng ke Kelompo memang pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.
Mana tidaknya! Mula-mula rasa seronoklah apatah lagi duduk kat tingkat atas. Tapi bila hujan mula turun dan jalan raya pulak licin, aku mula risau. Aku tak boleh tido malam tu dalam bas, takut kalau-kalau bas tu terbalik. Pulak tu! pemandunya bawa laju dan aku rasa bas yang aku tumpangi sesekali terhoyong-hayang sedikit ketika melalui selekoh.
Memang laju walaupong bawak dalam hujan lebat. Mungkin pemandunya mengejar trip dan mesti sampai kat Kelompo tepat pada jadual yang udah ditetapkan. Bas bergerak dari Gebeng dan berhenti di Kuantan. Dari Kuantan ke Gambang melalui Maran, Temerloh, Karak dan akhirnya aku selamat sampai kat Kelompo. Hanya syukur yang dapat aku lafazkan!
III- Baru-baru ini, sekali lagi aku terpaksa naik bas dari Kuantan ke Segamat dalam kembara backpacker 'Melihat Bumi Manusia'. Kisahnya bermula apabila aku dan Mahfol terlepas bas ke Kuala Rompin yang sepaptutnya berlepas dari Sentral Kuantan pada jam 0200 petang.
Bila udah terlepas kami batalkan hasrat hati hendak ke Kuala Rompin. Tiada pilihan, kami terpaksa beli tiket baru dari Cepat Ekspres untuk ke Johor Bahru dan petugas kauter tiket bagitau bas tersebut berakhir di stesen Segamat. Dari Segamat nanti ada bas lain menunggu kami untuk ke Larkin Sentral JB.
Jam 0430 petang, kami menaiki bas yang dipandu oleh seorang pemandu gantian kerana pemandu asalnya tidak hadir bertugas. Aku dan Mahfol memilih tempat duduk dibahagian hadapan tangga belah kiri tanpa ikut nombor seat yang tertulis No 07 & 08 kerana mudah kami letekan beg diruang kaki.
Bas bergerak dan pemandu yang peramah itu memberitahu kami, bas akan memasuki bandar Muadzam Shah kerana mengambil penumpang di UNITEN. Olih kerana kami duduk seat paling depan, dapatlah aku berbual dengan pemandu tersebut dan melihat pergerakannya dengan jelas.
Pemandu itu berhenti berbual apabila mendengar deringan handpon yang minta di jawab. Sambil tangan kirinya memegang stereng, tangan kanan pemandu tersebut mencapai talipon. "Hallo! Ada apa? Oh resit, aku lupalah nak bagi. Macam mana? Ok! Ok!".
Lepas tu tangan kiri pemandu itu mencapai resit dan membacanya sambil tangan kanannya memusing stereng dan kakinya sesekali menekan pedal brek. Sambil membaca resit sambil melihat kehadapan kerana disebelah kiri jalan yang sempit itu ada sebuah motosikal yang sedang bergerak perlahan.
Jalan menuju ke Muadzam Shah hanya ada dua lorong sahaja. Melalui cermin hadapan aku lihat ada beberapa buah lori dan treler bergerak perlahan. Pemandu memberi isyarat lampu kanan tanda untuk memotong. Melihat ada ruang kosong dilaluan kanan, pemandu itu segera menekan pedal minyak, memotong lori, treler dan sebuah kereta.
Bas bergerak sedikit laju. Rasa lega agaknya pemandu itu setelah dapat memotong lori-lori, treler dan kereta yang menghalang laluanyanya. Tangan kanannya mencapai sebatang rokok dan membakarnya. Menyedut perlahan dan melepaskan asapnya keluar tingkap yang sedikit terbuka sebagai tanda puas hati.
Tiba-tiba talipon lelaki yang sedang memandu dan sedang merokok itu berbunyi lagi. Sambil tangan kirinya memegang stereng, tangan kanannya meraba-raba poket baju dan poket seluar. Rokok tetap berasap di celah-celah bibirnya. Pemandu itu meraba-raba poket seluarnya lagi, mencari talipon yang sedang berbunyi.
Tangan kirinya memusing stereng kekiri dan kekanan, tangan kanannya memegang rokok yang sedang berasap. "Eh! Mana pulak telepon tadi". Sambil pemandu tersebut menoleh kepada kami berdua kerana mungkin pergerakannya diperhatikan.
"Beginilah kerja pemandu bas bang. Boring! Kita nak cepat sampai tapi kereta kat depan ada yang lembab. Kekadang terpaksa hisap rokok berbatang-batang, nak segerkan mata".
Aku dan Mahfol tidak menjawab dan pemandu itu menyambung ucapannya sambil memegang stereng bas.
"Dioarang tak faham kerja kita. Cepat dan kene tepat masanya sampai di stesen kalau tidak penumpang marah. Yalah! Semua pekerjaan ada masalahnyakan Bang?".
"Betul tu! Semua jenis kerja ada masalahnya tetapi kalau tak ada kerja lagi besar masalahnya".
Perbulan kami terhenti. Talipon berbunyi lagi tapi kali ini talipon yang berbunyi itu lebih besar dari talipon yang pertama tadi.
"Ya ada apa? Abang tengah on day way ke Segamat ne. Awak suruhlah anak awak beli lauk kat kedai. Awak makanlah dulu, malam ne lambat balik pasal nak antar penumpang kat Segamat lepas tu ke Moar".
Pemandu itu memasukkan telepon ke dalam poket baju sambil tangan kirinya memegang stereng. Dia menghisap sebatang lagi rokok sambil mengambil sesuatu didalam desk box. Rokok tergantung di bibir. Tangan kiri megemudi stereng sementara tangan kanannya diletakan diatas stereng sambil mengira duit.
Fuhhh! Memang expertlah Mamat ne memandu. Rokok berasap kat bibir, mata sesekali pandang depan dan sempat lagi tu kedua tangan dan jarinya mengira duit helai demi helai. Bekepok duitnya. Aku tak taulah duit dia ke duit syarikat. Apapong! Aku harap lain kali nak kira duit masa bas berhenti kat stesenlah Bro! - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment