Ketika aku dan Mahfol melangkah keluar dari restoran, ternampak papan tanda yang tertulis Hotel Badget di satu sudut rumah kedai berhampiran mesin atm. Kami mendaftar masuk dan bayar hanya RM30.00 semalam. Kata pompuan Cina yang menerima wang sewaan, bilik air kat luar dan bilik lain sudah penuh.
Inilah bilik paling murah yang pernah aku tido semenjak aku melakukan aktiviti pengembaran. Entah macam manalah agaknya rupa bilik tu dan yang paling kami risau ialah tahap kebersihan tandas dan bilik mandi apabila terpaksa berkongsi dengan ramai tetamu lain.
Bilik no 4, sabuah katil untuk dua orang, ada dua selimut ada Tv ada aircond tetapi towel dan sabun tak bagi. Ok lah tu! Kira murah nie, lagipun pagi-pagi besuk kami kena bangun. Kira kami tumpang mandi dan tidolah!

Aku mandi dolu. Ada sebuah bilik mandi dan dua bilik tandas. Keadaan kebersihannya di kira boleh tahan. Taklah kotor sangat! Usai sembahyang, kami berehat didalam bilik sehingga jam 0800 malam baru kami keluar untuk makan malam. Sebelum makan malam kami merayau di pekan Jerantut dan sempat pulak tu aku dan Mahfol, beli sepasang cermin mata hitam. Murah giler!
No comments:
Post a Comment