02 April 2014

MENCARI BUKTI KUKUH


Di Bilik Bacaan!
Ketika ini jam dinding berwarna putih yang dibeli kat gedung IKEA Mutiara Damansara tujuh tahun lalu, jarumnya masih berfungsi dengan baik. Jarum jam berwarna hitam itu menunjukkan angka hampir 1100 malam. Waktu malam seperti ini biasanya aku sedang menaip entri baru di blog aku.

"Kesedihan
menyelubungi ahli keluarga penumpang pesawat (MAS) MH370 sebaik sahaja mengetahui bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Khabar itu diperolehi selepas 17 hari operasi mencari dan menyelamat. Namun pengakhiran lokasi pesawat itu bukanlah bermakna waris juga turut menghakhiri kehidupan ahli keluarga mereka.


Air mata kesedihan memang patut  ditunjukan ketika kita dilanda musibah, malapetaka atau kematian kerana sifat kesedihan itu ada dalam diri kita sejak azali lagi. Sifat kesedihan itu ada kerana lawan kepada sifat kegembiraan, kejayaan kerana ada sifat kegagalan dan begitu juga kehidupan pasti ada kematian. Kematian itu pula kita tidak ketahui dibahagian dunia belahmana atau bagaimana cara kita menemui kematian itu.

Pencarian MH370 yang berakhir di Lautan Hindi melalui operasi SAR akan diteruskan bagi merungkai pelbagai persoalan yang di kira misteri dan paling sukar dalam sejarah manusia. Maknanya MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal belum dijumpai lagi termasuk bagkai kapal terbang, mayat penumpang dan juga kotak hitam. Ayat mudah ialah kapal MH370 beserta isi perutnya masih ghaib.

Oleh kerana istilah ghaib inilah yang menyebabkan ahli keluarga penumpang dari negara China mendesak kerajaan Malaysia dan syarikat penerbangan itu memberi penjelasan beserta bukti kukuh. Bagi waris dari negara China yang sebahagiannya mungkin penggikut ajaran Buddha, istilah ghaib itu hanya ada dalam filem Hong Kong sahaja.

Apabila air mata kesedihan mereka hampir berkurangan, mereka (waris penumpang) akan menggantikan pula dengan rasa kekecewaan. Rasa kecewa itu disalurkan melalui wakil jurucakap yang dikenali sebagai Khong ketika sidang akhbar di Holiday Villa Subang, Selangor.

Ahli keluarga penumpang dari China mahukan berita sahih dan komprehensif dalam kadar segera. Bagi mereka, apa yang disampaikan tidak dilengkapi dengan maklumat sah. Wakil dari Malaysia yang memberi taklimat itu memang tidak dapat memberikan bukti yang kukuh kerana masih lagi dalam misi pencarian.

Hanya mereka-mereka yang menyakini bahawa Allah Maha Berkuasa, maka mereka inilah yang mampu bersabar dan berserah kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui tentang hal-hal dan perkara ghaib. Dengan adanya tragedi MH370 seperti ini, pasti ada hikmah dan hikmah itulah yang perlu difikir dan dicari.

Andainya ditakdirkan oleh Allah yang Maha Kuasa nanti iatu bangkai MH370 dan mayat-mayat penumpang serta anak kapal ditemui, masih adakah air mata kesedihan ahli keluarga dari China itu. Adakah mereka masih mahu menyalahkan kerajaan Malaysia atau terus memboikot Malaysia Airlines (MAS) atau terus menerus dengan cogan kata Anti Malaysia". - Walahukallam!


No comments:

Post a Comment