23 April 2014

PESTA, MUZIK & DADAH!


I- Satu ketika
kita dikejutkan dengan berita enam remaja maut dan tiga kritikal apabila tindakan segelintir pengunjung mengambil dadah sintetik berlebihan pada Konsert Future Music Asia pada pertengahan bulan Mac lepas. Mereka yang maut itu mungkin bukanlah penagih dadah tegar kerana  yang datang ke konsert tersebut ada juga pelajar dari Unviersiti. Kira budak bijaklah tu!

Lepastu ada lagi berita tentang "Topless Friday Beach Party" yang akan diadakan di The Pool Jalan Ampang. Khabarnya parti separuh bogel itu dijadaul berlansung pada malam Jumaat, berdasarkan poster yang tersebar di Instagram, Facebook dan laman web. Parti tersebut juga akan mengadakan beberapa pertandingan tarian lucah dengan hadiah setong bir dan baucer mencacah tatu kepada pemenang.

Niat untuk berpesta liar segera disekat apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan premis tersebut ditutup serta-merta selama tujuh hari kerana tidak membuat sebarang permohonan kepada DBKL. Jadi, kalau  The Pool buat permohonan adakah pesta tersebut diluluskan? 


Baru-baru ne pulak, sebuah banglo di Pulau Pinang kene serbu pasal buat parti pelik kerana kod pakaian bagi budak pompuan ialah seluar pendek dan T-Shirt tidak berlengan tetapi bagi pengunjung lelaki, pakaian diaorang bebas. Hanya dua orang  remaja Cina sahaja yang join parti pelik tersebut. Lebihnya semua remaja Melayu!


Parti Liar!
Sebelum ne pun udah ada serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa iaitu pada 3 September 2012, sekumpulan 28 individu di tahan polis sewaktu leka melakukan tarian ghairah sambil berpesta dadah di tepi pantai Teluk Juara di Pulau Tioman.

Pada 23 Jun 2013 - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu sedang asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.


II-
Setiap kali diadakan pesta liar pastinya ada muzik. Muzik itu pulak ada beberapa jenis seperti Hip-Hop, Rock, Techno, Trance dan Elektronik Dance Music. Pastilah remaja yang tak boleh masuk disko kerana bawah umur, turut berminat menghadiri parti liar. Yalah! Siapa yang nak ambik kisah sangat pasal umur mereka ketika berada di part liar!

Untuk mendengar muzik ketika berada di pesta atau konsert mestilah kepala high sikit, kalau tidak muzik tu tak masyuk dan tak meresap kedalam jiwa. Kononnya kalau ada benda sokongan untuk diisi kedalam tubuh, barulah muzik itu dihayati sepenuhnya.

Kalau yang berduit tu, diaorang pergi pusat hiburan dan kelab malam hanya kerana hendak mendengar muzik? Mula-mula ikut kawanlah, macam Rabu malam Khamis yang selalunya kelab malam ada buat Ladies Night.

Pertam kali ke kelab malam selalunya minum minuman air berkarbonat seperti Coke atau Pepsi. Lama kelamaan, belajar pulak minum arak. Bila sudah rasa serasi dan kepala pun ada sikit rasa khayal, akhirnya meneguk air haram tu udah macam minum Coke.

Jika arak udah rasanya macam minum Coke tentulah kepala udah tak high, lagi-lagi kalau nak dengar lagu Techno atau Trance atau nak menari tarian yang giler-giler sikit.  Orang baru (newbies) yang nak mencuba sedikit dadah, pasti akhirnya akan terjebak kedalam kumpulan najis dadah setiap kali datang ke kelab atau parti rave.

Dadah ne macam-macam jenis. Yang pernah aku dengarlah seperti ganja, pil kuda, sabu, ekstasi dan lain-lain. Selalunya pihak penganjur parti atau wakilnya akan menjual dadah dalam bentuk pil pada harga antara RM60 hingga RM100 sebiji. Biasalah, mereka akan jual dadah jenis baru di parti rave. Dadah yang terbaru kononnya memberi tenaga untuk mengiringi muzik seperti Trance.

Kebanyakan
pengunjung parti memilih dadah berbanding arak untuk berkhayal atau berada dalam ghairah kerana kesan sampingan yang lebih ringan konon! Jika hendak lebih ghairah, kenelah telan pil lebih sikit yang akhirnya lalok atau istilah ringkasnya OD (overdos!).


Skrip seterusnya, apa jadik sekiranya seseorang itu overdos dadah peransang jenis amfetamin? Minda diaorang tentulah tidak lagi dapat membuat keputusan. Jika lelaki, mungkin mindanya teransang apabila melihat pompuan-pompuan yang udah longlai dan tidak bermaya. Akhirnya lelaki tersebut mendapatkan pasangannya untuk memuaskan nafsu.

Si remaja pompuan yang gaya hidupnya lepas bebas, setakat hubungan sex sekali-sekala, tentulah tidak menjadi masalah. Lama kelamaan, kehidupan dioarang yang bergantung kepada kelab malam dan pesta liar akan hancus!  Skrip terakhir, dioarang ada yang melahirkan anak luar nikah atau juga dikenali dengan anak harimau. Taktau pulak aku kenapa di sebut anak harimau. Mungkin dari perkataan hari-hari mau!



III-
Penganjur
yang buat konsert bersawai tentulah mengetahui kewujudan tokan (penedar dadah) yang menjual pil ekstasi kepada pengunjung. Lagipun, tujuana parti atau konsert diadakan ialah untuk mengaut keuntungan. Kalau setakat jual arak tentulah untung tak banyak sedangkan sewa tapak konsert, pekerja dan bil-bil perlu dibayar.

Pulak tu, selalunya pihak penganjur udah kautem dengan tauke-tauke dadah yang terdiri dari kumpulan kongsi gelap. Masa partilah arak dan dadah akan dijual dengan mempromosikan dadah jenis baru. Kalau tidak bila lagi nak kaut untung!


Dadah jenis baru mungkin diaorang seludup dari luar negara melalui lorong-lorong tikus atau melalui jalan laut. Tetapi tidak mustahil saintis dadah Malaysia juga boleh mencipta dadah baru. Hanya satu klik sahaja di internet, mungkin yang bukan pakar pun boleh menghasilkan dadah.


Saintis yang pakar dalam bahan kimia pun kaki temberang ketika menghasilkan dadah baru,inikan pulak yang bukan pakar. Yang bukan pakar tentulah ambik jalan mudah sebab sukar untuk mendapatkan bahan mentah.

Contoh Sahaja!
Diaorang campurkan ubat nyamuk cap gajah, kaca lampu, sedikit clorox, sedikit floor cleaner, sedikit bicarbonate, sedikit racun tikus, tepung cap kunci sedikit perwarna pink. Agak-agak kalau dioarang jual kat parti liar laku tak Bro?
[Mj] - Memang laku giler! Yang jual kaya yang telan kayap, silap haribulan tak sampai 10 saat tercungap-cungap, mulut berasap dan tak sempat nak mengucap - Wallahuaklam!

No comments:

Post a Comment