16 April 2014

GOLEK -GOLEK!


I- Petang Ahad aku bersama Majid Tatt dan Baha berada di kawasan kediaman milik persendirian novelis popular, Ahadiat Akashah. Kawasan yang terletak diatas bukit dengan kecuramannya lebih 40 darjah itu telah menarik minat aku untuk merakamkan keindahan susun atur serta rekabentuk landscape dan kawasan santai yang dikenali sebagai Golek-Golek!


Sementara
Baha berbual dengan Akashah, aku minta kebenaran untuk merakam gambar disekitar kawasan tersebut. Aku bersama Majid Tatt menurui anak-anak tangga yang di kiri kanannya tersusun pasu bunga lama yang dikenali sebagai 'gadur'. Kemudian kami melalui susunan botol-botol kaca didinding, juga anak sungai buatan yang dihuni oleh sekawan ikan kap.

Menghampiri rumah penulis ini, kelihatan di sebelah kiri taman mini dengan juntaiyan bunga berwarna-warni, kerusi-kerusi taman  serta sabuah kolam mandi bersaiz sederhana sebagai pelengkap landskap kepada pemilik  novel Lagenda Budak Setan. Aku dan Majid Tatt bergerak ke arah Golek-Golek...

Disekitar kawasan Golek-Golek pula ada dua buah rumah Melayu tradisonal yang salah satunya adalah rumah yang telah berusia lebih 100 tahun. Rumah papan bertanga batu  ini, telah dipindahkan khas dari lokasi asalnya  di Melaka. Selain rumah lama, kawasan golek-golek ini juga dilengkapi dengan gazebo serta pelantar untuk bersila.

Selain rias tanaman tropika, kelihatan juga sebuah basikal lama, skuter, mesin getah, peti simpan padi, longokkan kayu getah dan sebuah ruang pejabat yang dindingnya mempamirkan sebahagian koleksi novel-novel dari Ahadiat Akashah. Khabarnya, si Ahadiat ini adalah penulis novel terbanyak di Malaysia dan telah menerima pengiktirafan oleh Malaysian Book of Records kerana menghasilkan novel sebanyak 86 buah.

Kampung Gombak Tambahan,
Gombak-Selangor adalah tempat kelahiran penulis novel 'Lagenda Budak Setan' ini. Ahadiat adalah bekas graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, United Kingdom. Beliau pernah bekerja sebagai pembaca pruf novel-novel yang dihantar ke syarikat penerbitan Marwilis Publisher yang ketika itu berpusat di Shah Alam.
Yang menariknya, Marwilis Publisher ini adalah milik Marwilis Yusof yang merupakan bapa saudara kepada Ahadiat Akashah yang juga Adun Semenyih yang menang bertanding dalam PRU tahun 1982. Beliaulah yang banyak memberi semangat dan peluang menghasilakan novel.

Ahadiat Akashah
menceburi bidang penulisan novel sejak 1985. Namanya melonjak naik setelah novel remaja 'Lagenda Budak Setan' diterbitkan pada 1995. Novelnya juga terpilih menjadi teks bagi Komponen Sastera Dalam Pengajian Bahasa Melayu (Komsas) pada tahun 2007. Kemudian pada tahun 2010, filem Lagenda Budak Setan - The Movie telah ditayakan berdasarkan novel beliau.


*Aku agak,
satu-satunya penulis novel terkaya di Malaysia hasil penjualan novel dengan pendapatan purata sebanyak RM15 ribu hingga RM20 ribu ringgit sebulan si Ahadiat ne kot. Wallahuaklam!


                   
                     (II)


Malamnya!
Aku bersama Majid Tatt, Baha dan anak buah aku si Shasa, Shila dan  suami serta baby Ayradania telah menjamu selara di Golek-Golek! Bukan nak pujilah...memang santai kat sini, momen yang relek, keriuahan terkawal, ruang duduk pelbagai gaya yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang.

Tak ada nyamuk ker? Nyamuk ada di mana-mana ketika waktu malam tetapi sebab lokasi Golek-Golek ne kat atas bukit, kurenglah sikit! Menu utamanya ialah ikan bakar dan ketam goreng. Itulah menu santapan malam kami di atas bukit ini. Terima kasih
diucapkan kepada  Golek-Golek kerana melayan kami!

 

Info : Golek-Golek hanya dibuka pada hujung minggu iaitu malam Sabtu, Ahad dan malam Senin. Lokasinya terletak diats bukit berhampiran susur masuk lingkaran tengah (MRR2) Gombak-Selangor. Tel: 017-407-0007.









No comments:

Post a Comment