01 April 2014

PETANG YANG REDUP!



I- Hari ini Selasa, 1 April 2014 adalah bersamaan 1 JamadilAkhir 1435. Petang Selasa yang redup ini, aku sedang menikmati tosei garing bersama kari kambing dan secawan teh panas. Di kedai Mamak inilah aku selalu minum petang bersendirian kerana waktu punc
ak, kebanyakan rakan-rakan aku sedang terkial-kial memandu kereta hendak pulang ke rumah masing-masing.

Udahlah jalan raya penuh sesak dengan kenderaan, ditambah pula dengan sikap segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan sesuka hati dibahu jalan. Silap haribulan boleh terjadi pertengkaran kerana sikap kurang ajar pemandu di Kelompo.

Kekadang tu bila sampai kat rumah, air pulak kene catu. Terpaksa tunggu lori hantar air dan untuk mendapatkan air sebeldi dua, kene beratur. Udah dapat air kene naik tangga  pulak pasal lif rosak. Kesian aku tenguk  berita kat Tv9, diaorang pompuan dan kanak-kanak angkut air naik tangga. Fuhhhh! Kalau kene angkut air ke-tingkat sepuloh, boleh reput tulang Sis!

Walaupun catuan air di sekitar Lembah Klang akan diperluaskan mulai Jumaat ini, aku harap kawasan perumahan aku tidaklah terbabit dengan catuan air yang teruk sehingga ketahap guna lori tangki. Sebelum ini pun, catuan air udah bermula dikejiranan aku iaitu dua hari ada air diikuti dua hari lagi tanpa bekalan. Alhamdulillah! Setakat ini kami belumlah lagi menggangkut air dari tangki lori.

Catuan peringkat keempat terpakasa dilakukan sebagai persediaan  menghadapi cuaca kering yang biasanya berlaku antara bulan Julai hingga Oktober. Hampir 1.15 juta pengguna akan terlibat, apabila pengagihan bekalan secara berjadual yang melibatkan sembilan wilayah iaitu Gombak, Petaling, Klang-Shah Alam, Kuala Langat, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Kelompo.

II- Petang yang redup ini membuat aku selesa berada lebih lama sedikit di kedai Mamak ini. Sambil aku menatap harian Kosmo! sesekali sempat gak mata aku mencuri pandang, screen Tv yang menyiarkan rancangan documentary kisah beruang, ular dan jerung.

Di Kosmo pulak, masih lagi berita dan cerita kehilangan pesawat MH370 menjadi perhatian pembaca termasuk aku, selain berita tentang nasib minoriti Islam Afrika Tengah yang  telah menjadi mangsa akibat balas dendam dan kebencian agama. Begitu juga dengan berita media China dan rakyaatnya turut memburukkan imej Malaysia dengan sentimen anti-Malaysia kerana disebabkan tragedi MH370.  


Balas dendam
dan kebencian ini juga bersarang di hati segelintir rakyaat Malaysia, terutama pada mereka yang berlainan agama serta ideologi politik terutama mereka-mereka yang tidak puas hati terhadap kerajaan ketika PRU13 dolu. Setiap usaha yang dilakukan kerajaan dianggap tidak betul dan sanggup memperlekehkan pihak berkuasa negara ini seperti isu BRIM, Jambatan Pulau Pinang KeDua serta isu kehilangan MH370.

Kebencian itu pula semakin melampau apabila tentera siber propembangkang yang dikenali sebagai Red Bean Army (RBA) yang kononnya di bayar gaji RM3,000.00 sebulan, telah mempolitikkan  usaha kerajaan dalam pencarian pesawat MAS MH370. Jika benarlah RBA dibayar gaji bulanan, tidak hairanlah jika ada golongan remaja terikut-ikut biadab dengan mengutuk pemimpin dan kerajaan dalam media sosial.

III- Langit petang yang redup itu bertukar menjadi kelabu. Awan-awan hitam mula bersatu dengan angin dan akhirnya awan hitam itu membawa khabar gumbira pada manusia apabila menitiskan air, sedikit demi sedikit  dan bumi mulai basah.

Aku terus menyelak halaman Kosmo! Sambil membaca, fikiran aku berkecamuk memikirkan perihal tentera RBA yang sangat berani buat kecoh di media sosial. RBA buat bermacam-macam tuduhan, hasutan dan pelbagai fitnah dilontarkan terhadap pemimpin dolu dan sekarang. Mereka langsung tidak 'ambil pot'
pasal jasa pemimpin terdahulu seperti  Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mungkin disebabkan mereka (RBA) dibayar gaji bulanan, mereka setia tunduk dihujung jari telunjuk pemimpin mereka. Mereka lupa jasa pemimpin seperti Tun Dr Mahathir misalnya. Dalam Wikipedia ada menyebut bahawa Dr.  Mahathir Mohamad bersama Abdul Khalid Ibrahim (PNB) telah berjaya menyelamatkan tanah milik Guthrie sebanyak 200,000 acres yang ketika itu dimiliki oleh Mat Salleh.

Ujar Wikipedia, sejarahnya Sime Darby Co. Limited bermula pada October 1910, apabila William Sime dan Hary Darby (British Businessmen) adalah player rubber industry, plam oil dan cocoa yang berjaya. Pada tahun 1970'an, sebahagian equity Sime Darby Holdings adalah milik pelabur Malaysia melalui Tradewinds (M) Sdn. Bhd.

Pada December 1979 pula, Sime Darby Berhad bergabung dengan Consolideted Plantations Berhad. Tahun 1981, Perdana Menteri Mahathir Mohamad melalui Permodalan Nasinol Berhad (PNB) telah mengambil alih (engineered a raid) keseluruhan equity Guthrie, di London Stock Exchange.

Begitulah
lebih kurang cerita yang terdapat di Wikipedia. Sebelum ne takde seorang pun yang berani bagi tahu tentang rahsia pengambilan tanah milik Mat Salleh (Sime, Darby & Co. Limited). Kini, setelah hampir 113 tahun, tanah seluas 200,000 acres adalah milik penuh (Wholly Malaysia Owned).

Disebalik cerita engineered a raid atau serangan ke atas London Stock Exchange pada tahun 1981 oleh kepintaran Mahathir Mohamad, ada lagi rahsia yang tidak diketahui oleh orang ramai. Bagaimana Mahathir Mohamad boleh berjaya mengambil semula tanah yang dimiliki oleh  Syarikat Mat Salleh tersebut.

Khabarnya, Mahathir Mohamad telah dibantu oleh kenalan di London (Mat Salleh) yang memang pakar dalam  saham di London Stock Exchange. Kenalan Mahathir ini adalah keturunan keluarga yang memang kerjanya bermain dengan saham.

Begitulah serba sedikit gambaran rahsia jasa Mahathir Mohamad. Rahsia tetap rahsia tetapi apabila ada pendedahan kepada orang ramai, rahsia udah tidak menjadi rahsia lagi. Itu pasal, kerajaan Malaysia tidak mendedahkan maklumat berhubung penyiasatan pesawat MH370 yang hilang kerana mematuhi prosedur standard penerbangan awam antarabangsa.

Mungkin rahsia berhubung operasi dan menyelamat (SAR) atau rahsia data satelit perhubungan terakhir (hand-shake) pesawat daripada pengendali satelit Inmarsat milik United Kingdom boleh diketahui sekiranya peniasatan udah selesai. Mungkin juga akan terus menjadi rahsia sehingga berpuloh tahun kerana hendak mengesan kotak hitam yang betrinya hampir tamat tempoh bukanlah satu kerja mudah. Maksud aku, betri yang diguna pakai kat kotak hitam (black box) itu bukanlah 'Super Heavy Duty'! - Wallahuaklam!

t

No comments:

Post a Comment