30 October 2011
Letih Giler!
Petang Ahad - 30hb Oktober 2011
Memang letih giler! Basah kuyup kat Jalan Ku-cing, jumpa awek dari German di Jalan Melaka, cucimata di Bukit Bintang, lepas tu berehat kejap di KLCC, tersungkur disimpang Jalan Gurney, minum kat gerai Tasik Titiwangsa, kaki mula kejang dan kene sapu minyak panas! Sejuk-asyik nak ke tandas aje! Tayar pancit pulak di Jalan Gombak, pam dulu bagi masuk angin, makan sate di OTK, tayar belakang xde angin langsung, Kene pam lagi! Ikut jalan pintas melalui Batu Muda pam lagi, pam kat Jalan Kepong plak, udah lima kali pam, akhirnye samapi gak kat umah!
Basah kuyup!
Berkayuh kali ne dengan rakan fb iatu Mahfol, Azhar dan Kuzai. Petang ne cuaca nampak
mendung, tapi nak juga kayuh ke Tasik Perdana. Lepas tenguk pameran basikal Xds di
Forum 2011 kat hotel, kami mula kayuh menyusuri lebuhraya Jalan Ku-cing. Baru beberapa meter kayuh ujan turun! Memang ujan turun - mana ada ujan naik kan! Kelam kabut cari perindungan, termasuk penunggang motosikal. Walaupun dapat berlindung dari ujan lebat, tapi kenyataannye dah basah pun! Hehehe... Ha! Ujan pong dah berhenti. Kami mula kayuh menuju pusat bandar. Tengah syok-syok kayuh, tiba-tiba ujan. Kali ne memang lebat! Terpaksa kayuh gak, pasal kat lebuhraya tak banyak tempat perlindungan. Akhirnye sampai gak tempat berlindung dari ujan lebat, tapi kami dah basah kuyup. Kira lenjun lah Beb!
Jalan Melaka!
Bila ujan dah berhenti, kami mulakan berkayuh. Kat jalan air ada yang bertakung, jadi
bila tayar belakang berpusing-air turut ikut dan basahlah baju. Dalam keadaan sejuk
dan jalan basah, kayuhan perlu berhati-hati. Sampai kat pusat bandar, kami berehat kat
kedai mamak tepi Sungai Bonus. Sambil minum dan panaskan badan, kami mula chit-chat
pasal pertukaran laluan. Tak jadi ge Tasik Perdana, pasal cuaca pong dah mula gelap.
Lepas minum kami menyusuri Jalan Melaka. Jumpa plak pelancung dari German tanyakan
kat mana Mesjid Jamek (berani awek German ne melancung sorang diri!). Pasal kesian, kami
tunjukan pelancung tu pintu masuk ke Mesjid Jamek. Lepas tu kami tinggalkan Jalan Melaka!
Jalan Bukit Bintang!
Kayuh dan terus kayuh menuju Bukit Bintang melalui Bukit Ceylon. Berehat kejap di Jalan
Bukit Bintang pasal member nak ke tandas. Sejuk Beb!!! Dah puas tenguk ragam manusia di
Bukit Bintang, kami meneruskan kayuhan ke KLCC. Di sini kami sempat klik beberapa photo
tetapi kebanyakan photo yang diklik tidak menepati citarasa. Banyak yang kelabu asap!
Simpang Jalan Gurney!
Kayuh di teruskan melalui Jalan Yap Kuan Seng dan masuk kat simpang Jalan Gurney. Sampai
kat lampu tiga warna (trafik light lah!) tiba-tiba bedubuk! Jatuh tersungkur macam nangka busuk. Basikal melekat kat pembahagi jalan dan aku tercampak kat depan. Nasib aku memang
baik, kebetulan masa tu takde kereta yang bergerak ke arah aku tersugkur. Betul kah kebetulan
atau Tuhan masih melindungi aku? Hanya siku kiri aku aje yang luka. Walaupong pedih dan
sedikit berdarah, kayuhan tetap diteruskan.
Tasik Titiwangsa!
Kayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Terus kayuh dan belok ke Tasik Titiwangsa. Menyusuri keliling tasik yang gelap gelita. Ramai makluk berdua-duan di tepi tasik! Part ne tak boleh aku nak komen, nanti dah dikira mengumpat plak. Kami berehat jap di gerai kepunyaan warga Arab. Sementara menanti pesanan diambil olih pelayan, si Azhar sibuk pasang betri baru pasal lampu belakang dah tak menyala. Aku pulak sapu dan balut luka dengan "antiseptic cream". Tunggu punye lama baru datang pelayan, itu pong pelayan yang datang pakai talileher. Dia bagi salam kemudian speking English! Katanye dia tak tahu berbahasa Melayu. Lepas bayar bil, kami gerak meninggalkan Tasik Titiwangsa yang penuh noda!
Jalan Gombak!
Kami gerak melalui Jalan Setapak dan belok ke Jalan Gombak, tiba-tiba kawan aku minta berhenti kejap pasal kaki dah kejang! Kene sapu minyak panas Beb! Lepas tu kayuh menuju OTK kat Batu Lima-Gombak. Semasa aku kayuh, basikal mula rasa berat. Aku terpaksa berhenti pasal angin tayar belakang dan kurang. Azhar tolong pam. Bila angin tayar dah ok, kami terus kayuh dan makan sate di OTK!
Jalan Kepong!
Kami tinggalkan Plaza Idaman yang lebih dikenali sebagai OTK! Kayuh menuju Batu Muda melalui Simpang Tigo ( kawasan kejiranan orang Minang) dan Greenwood Park. Alamak! Tayar belakang lansung tak de angin. Ini betul punyer pancit. Untuk teruskan kayuh terpaksa pam! Sampai kat simpang ke Batu Muda, siMahful terpaksa kayuh sendirian kerana balik umah menuju sungai Tua dan kami bertiga teruskan kayuh. Aku terpaksa kayuh perlahan pasal tayar belakang kurang angin. Pam dan kayuh! Pam lagi-udah lima kali pam agaknyer baru aku jejak umah aku. Alhamdulillah! Akhirnye dapat aku berehat, kali ne kayuhan memang letih giler!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment