10 September 2011
MAJLIS SHILA MAJID!
Masih dalam mood raya kan!
12 Syawal 1432H - Majlis pertunangan Shila dengan Faez diadakan di Kg Nakhoda! Dijangka majlis akan berlansung selepas waktu Zohor. Aku tiba kat Kg Nakhoda jam 12.30 tengahari. Hampir semua ahli keluarga ada berkumpul kat sini. Adik beradik, sepupu dan anak buah semuanye nampak happy!
Sementara menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki, kami buat persedian yang termampu. Di bahagian dapur, Misah dengan crew serta pembantu menyediakan kuah dalca dan kuah lontong. Mail dan yang lain di bahagian hadapan, susun meja dan lap kerusi.....
Entri kali ne aku bukan nak cerita pasal warna tema, menu atau hantaran dari rombongan pihak lelaki. Aku hanya nak cerita kisah konsep peminangan dan pertunangan. Aku masih lagi menyimpan buku bertajuk Memasuki Gerbang Perkahwinan! Buku yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ne menceritakan pasal pemilihan jodoh dan pertunangan. Aku salin secara ringkas untuk bacaan kengkawan yang masih lagi solo! Manalah tau tak lama lagi salah sorang friends blog aku akan di pertemukan jodoh. Aminnnnn!!!
Pemilihan Jodoh dan Pertunangan
Pemilihan jodoh bakal pasangan adalah pengenalan kepada perkahwinan. Pemilihan bakal pasangan yang mengikut kaedah syar'ie akan membahagiakan rumahtangga yang bakal dibina, dengan memilih ciri-ciri kerana harta, keturunan, kecantikan dan kerana agama. Sekiranya kesemua ciri-ciri itu tidak didapati maka ciri yang terakhir janganlah ditinggalkan. Islam menjaminkan kebahagian rumahtangga bagi si suami yang memilih isteri yang berpegang teguh kepada ajaran agama walaupun isterinya itu tidak cantik rupa paras atau tidak punya banyak harta. Peranan memilih bakal pasangan biasanya dilakukan oleh lelaki kerana pada kebiasaannya lelaki yang masuk meminang. Walau bagaimanapun orang perempuan juga mempunyai hak untuk memilih jodohnya dengan berpandukan ciri-ciri yang telah disebutkan.
Satelah calon pasangan diperolehi maka proses seterusnya ialah peminangan. Peminangan
bermaksud menyatakan keinginan berkahwin dengan perempuan yang berkenaan dengan
memberitahu hasratnya itu kepadanya atau kepada walinya. Peminangan boleh dilakukan
secara langsung atau melalui wakilnya. Satelah peminangan itu diterima dan sementara
menanti masa ijab kabul maka tempoh itu dikatakan tempoh pertunangan. Islam mengharamkan peminangan ke atas tunangan orang lain selagi mana pertunangan tersebut tidak putus. Pertunangan hanyalah perjanjian untuk berkahwin. Kedua-dua bakal suami isteri belum suami isteri lagi. Mereka masih terikat dengan batas pergaulan antara ajnabi!
Akhir sekali aku ucapkan tahniah kepada Shila dan Faez, kerana majlis pertunangan berjalan
dengan lancar. Ungkapan buat anda berdua "Dari mana datangnye lintah, dari sawah turun
ke padi, dari mana datangnye cinta dari mata turun ke hati" - Salam ceria dari Manjapri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks uncle.. appreciate it!!! nice cover story... hehe
ReplyDeleteSama-sama thanks envY!
ReplyDeleteNanti uncle story ge Taman Negara plak.
Tapi sape envY me? Kenalkan diri kat fb boleh?