19 September 2011

Go to Green - Taman Negara!


Bercuti memang menyeronokkan! Kali ne Mj bercuti ke Taman Negara. Pada mulanya yg berminat nak turut serta 8 orang, tapi saat akhir hanya 4 0rang je! Majid, Ammar, Mj dan Mawa.

Bermula dari KL, perjalanan kami melalui Karak Highway dan berhenti sarapan kat D' Paya Serai. Lepas tu kami meneruskan perjalanan menyusuri East Coast Expressway menuju Bandar Jerantut. Dari Jerantut ke Kuala Tahan, jalan mulai sempit dan bengkang-bengkok. Sepanjang jalan menuju Kuala Tahan (65 kilometer) kami sering berselisih dengan lori balak. Kalu dah lori balak yang lalu kat jalan ne, tentulah jalan cepat rosak kerana lebih muatan. Bila rosak kos baikpulih jalan raya ne mungkin ditanggung oleh syarikat balak! Aku agak aje...



Pemandangan disepanjang jalan menuju Kuala Tahan, memang menarik. Pohon yang menghijau
serta ladang kelapa sawit, meredupkan mata yang memandang. Cuaca plak masa ne redup
dan aku buka tingkap kereta untuk menghirup udara segar. Sampai kat Kuala Tahan, kami
chek-in kat Teresek View Motel. Tempah 2 bilik dengan kadar bayaran RM 90.00 semalam.

Tak sabar rasanye nak meyeberang ke Taman Negara! Apa pun kami turun menuju jeti Kuala
Tahan dan minum kat floating sambil dapatkan info dari orang tempatan, mengenai aktiviti
Conopy Walkway, Rapid Shootings, Jungle Trekking, Bird Watching dan Melawat Penempatan
Orang Asli.


No comments:

Post a Comment