19 September 2011

CANOPY WALKWAY - 1st Day!

Salam dari Kuala Tahan!
Salepas mendapat info mengenai aktiviti, kami menaiki teksi air
ke seberang, untuk dapatkan - Permit Masuk ke Taman Negara.
Sampai je kat jeti, bayar tambang boat (teksi air) sebanyak rm1.00 seorang. Lepas tu ge menuju pejabat Perhilitan kat Park Centre.
Kat Perhilitan kene bayar rm 4.00 ( 4 orang) untuk permit masuk dan
rm 5.00 utuk bayaran lesen kamera.

Selesai urusan permit kami menuju jeti-pasal dah janji dengan pemandu boat untuk bawa kami ke Canopy Walkway, Rapid Shooting, melawat Orang Asli dan mandi-manda selama 2jam dengan bayaran rm180.00. Boat yang dipandu Zam sudah menunggu kami di jeti. Menaiki boat, perkara pertama ialah kene pakai jaket keselamatan! Bila boat mula bergerak, maka bermulalah aktiviti kami di Taman Negara. Boat berhenti di tangga menuju ke Canopy Walk dan kami berempat berjalan menuju pintu masuk Canopy Walk. Untuk menyusuri Canopy Walk ne, bayaran masuk ialah rm5.00 seorang.




















































Berjalan atas titian gantung, bergoyang bila kaki melangkah-memang gayat ! Mulanya si Mawa
bukan main lagi bersemangat, tapi bila sampai di tengah-tengah titi dia berhenti. Tak sanggup
katanya untuk meneruskan perjalanan! Mawa minta hanya dia seorang saja berjalan di titi,
kerana kalau serentak empat orang, titi akan bergoyang lebih kuat. Dalam berani takut tu dapat
juga Mawa menghabiskan perjalanan yang dinamakan Titian Silara!




Selesai aktiviti pertama, kami meneruskan acara dengan Rapid Shooting! Saat inilah yang
paling ditunggu-tunggu. Ketika menaiki boat melalui jeram, boat mulai goyang kekiri dan kekanan. Diterjah plak dengan percikan air, memang ada yang basah terutama yang duduk dibahagian belakang. Ketawa dan kengkadang menjerit, benar-benar memberikan keseronokan ketika Rapid Shooting.

Aktiviti kami seterusnye singgah di penempatan Orang Asli (indigenous people). Kat sini kami
saja nak tengguk apa yang diaorang buat. Nampak cam biasa je! Lelakinye pakai seluar gak, yang perempuan berkemban lah! Kulit hitam manis dan rambut keriting. Berbual dengan Tok Batin yang boleh bertutur Bahasa Melayu memang sedikit as-syik! Lepas klik sana klik sini, kami pong minta kebenaran untuk balik ke Kuala Tahan. Nak balik kene bagi pengeras nye! Mesti bagi kat Tok Batin (rm5.00 seorang) pasal singgah dan ambik gambar diorang! Hehehe...

Aktiviti akhir sebelum pulang ke jeti Kuala Tahan ialah mandi-manda! Aku memang tak sampai hati nak mandi kat sungai ne. Airnye keruh macam teh tarik mamak, pasal semalam hujan kat
sekitar Taman Negara. Diorang kata, kalau tak hujan pong-airnye tetap keruh! Pasal apa?
Tentu ada aktiviti penebangan hutan diluar kawasan Taman Negara! Huhuhu...


No comments:

Post a Comment