22 June 2016

KAKI NENEK, DADAH & SISA PEPEJAL





Rabu, 17 Ramadan 1437 Hijrah

Saban tahun menjelang 17 Ramadan umat Islam di Malaysia akan menyambut ulang tahun Nuzul al-Quran dimana antara peristiwa agung umat Islam yang berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira' tahun ke-41 keputeraan Rasullulah SAW.

Intro[1] diatas ini adalah sedikit perkongsian dan ingatan untuk diri aku dan juga pembaca tentang peristiwa agung yang dikenali sebagai Nuzul al-Quran[2]. Aku bukanlah hendak membicarakan tentang Nuzul al-Quran kerana bab ini diluar bidang aku disebabkan kemiskinan ilmu. Walaupun aku mengetahui sedikit tentang sejarah Nuzul al-Quran tetapi bak kata orang bijak pandai:

['Banyak yang kita tahu,  banyak lagi yang kita tidak tahu'].



1- KAKI NENEK.

Ahad
19
Jun, kejadian tentang seorang warga emas dikerat kakinya sehingga putus oleh seorang remaja dipercayai penagih dadah di Kampung Tanjong Rendang, Lemal-Pasir Mas, Kelantan. Dalam kejadian yang beraku pada kira-kira 5 petang itu, mangsa Mek Som Mat Diah, berumur 89, turut cedera di bahagian muka akibat ditumbuk oleh remaja yang berusia 19 tahun itu.

Difahamkan beberapa hari sebelum kejadian suspek dikatakan sering datang ka rumah mangsa untuk meminta wang namun permintaannya tidak dilayan. Jiran mangsa terdengar bunyi tangisan kuat lalu bergegas ke rumah mangsa. Sebaik sampai, jiran tersebut melihat suspek sedang memotong kaki Mek Som dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.

Jiran tersebut menjerit meminta tolong orang kampung dan sebaik orang kampung sampai di rumak Mek Som, kaki kirinya telah putus. Penduduk kampung terus mengepung dan menangkap suspek.


[Setelah terlantar dikatil hospital, satu lagi berita yang menyentuh hati apabila kaki Mek Som yang putus di pergelangan kaki kiri tidak dapat disambung semula, sebaliknya akan dipotong sehingga paras lutut bagi memastikan kecederaan itu tidak mempunyai risiko dan memudaratkannya]. - Cut!


2- DADAH!

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini menyatakan kebimbangan berkaitan penyalagunaan dadah dalam kalangan budak sekolah yang kini pada tahap amat serious[3] gitu! Malah pihak kementerian juga udah mengenal pasti beberapa sekolah bermasalah dengan merujuk sekolah kategori C sebagai sekolah yang mempunyai banyak kes disiplin melibatkan ponteng dan penyalahgunaan dadah.

Pihak sekolah [kategori C] harus menerima kenyataan dengan hati terbuka dan masyarakat pula terutama ibu-ibu dan bapak-bapak sewajarnya bekerjasama dalam usaha 'pembersihan' masalah dadah tanpa terlalu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata. Guru dan bapak-bapak jangan sesekali berputus asa dalam menangani masalah dadah disekolah, ini kerana budak sekolah yang  masih mentah[4] itu adalah generasi pewaris masa depan negara.

Beberapa faktor sudah pun dikenal pasti kenapa  bebudak sekolah terjebak dalam dunia lalok[5] yang menyebabkan pencapaian akademik mereka merosot dan sering ponteng sekolah. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, ingin mencuba, mencari keseronokan kononnya boleh mententeramkan jiwa. Bebudak sekolah yang tertekan itu kebanyakan berasal dari keluarga bermasalah. Pada masa yang sama, pusher[6] dadah  bijak mengambil kesempatan dari masalah dan tekanan jiwa pelajar tersebut lalu memujuk dan selalunya pujukkan itu berhasil.

Apabila seorang pelajar sudah dapat direkrut, pelajar itu pula tentunya mahu merekrut rakan-rakan karibnya atau ayat lain 'geng satu kepala'. Pulaktu, dadah sekarang bukannya dadah zaman dolu-dolu  seperti ganja, heroin atau morfin tetapi trend masa kini sudah beralih kepada dadah sentetik[7] yang boleh didapati dengan mudah.

Sebab trend atau ada sebab-sebab lain yang menjadi punca dadah mudah didapati itu aku belum tahu sangat. Tetapi yang pastinya sumber pengedaran dadah itu  tidak berjaya disekat sepenuhnya oleh pelbagai agensi dan pihak  berkuasa di Malaysia. Mungkinkah ada orang-orang halimunan[8] yang menghalang kuasa agensi untuk membenteras penyeludupan dan pengedaran dadah. Jika ada penunjuk kearah itu, sindiket yang digelar 'ikan jerung' itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Memang betul, berita tangkapan sindiket dadah oleh pihak berkuasa. Contohnya baru-baru ini polis berjaya membongkar sebuah makmal khusus untuk memproses dadah ekstasi[9] yang berselindung di sebalik rumah teres dua tingkat kat kawasan perumahan Desa Jaya, Rabu lalu.

Menurut polis, makmal itu mampu menghasilkan satu juta pil ekstasi bernilai sekurang-kurangnya RM50 juta berdasarkan jumlah bahan kimia yang ditemui. Serbuan pada pukul 12 tengahari itu hanya dapat menahan seorang lelaki tempatan ['ikan bilis'] berusia 51 tahun yang juga pengusaha rumah urut refleksologi. Buat masa ini polis sedang mengenal pasti dua lagi individu yang dipercayai rakan kongsi kepada suspek yang ditahan.

[Harap-harap dapatlah pihak polis menangkap ketua sindiket yang masih bebas itu. Yalah! Bukannya senang nak tangkap ikan jerung. Perlu ada anggota yang pakar dan peralatan pun kena canggih, supaya jerung tidak terlepas gitu!].


3- SISA PEPEJAL.


Dari kisah kaki nenek kena potong, dadah dan kini kita berkongsi pula tentang rancangan kerajaan mahu mengasingkan sisa pepejal melibatkan kediaman bertanah dan bertingkat. Sebenarnya kempen kitar semula udah pun diperkenalkan kerajaan hampir dua dekat[10] yang lalu tetapi tidak mendapat sambutan. Sebabnya, kempen tersebut hanyalah sekadar kempen macam kata orang dolu-dolu: 'Seperti melepaskan batuk ditangga'.

Kempen kitar semula gagal. Dari pemerhatian aku, memang benarlah kegagalan itu disebabkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia  masih rendah berbanding negera maju seperti Jepun dan Korea. Bagaimana pula tentang kempen terbaru mengenai proses pengasingan sisa pepejal mengikut kategori seperti sangkar berwarna coklat untuk kaca, jingga untuk plastik manakala biru untuk kertas. Adakah kempen itu berjaya!

Jika setakat berkempen tetapi pihak berwajib seperti Perbadaan Pengurusan Sisa Pepejal, SWCrop[11] dan Alam Flora serta Badan Pengurusan Bersama tidak serious nantinya usaha tersebut hanya sia-sia atau ayat lain kira kempen 'hangat-hangat taik ayam!'. Sudahnya, masyarakat terus menerus terbiasa dengan amalan tradisi iaitu buang sampah merata-rata. - Cut!



Nota Lutut:
Kaki nenek Mek Som putus kena potong. Dipotong oleh remaja penagih dadah. Dadah itu telah menutup akal budi, lalu perkara-perkara  gila terjadi. Dadah mudah didapati berbanding belacan
[12] seperti dailog dalam filem arahan P.Ramlee. Ramai orang bijak lagi pandai memberi idea tetapi ia hanyalah sekadar idea bagi menunjukkan mereka bekerja.

Akhirnya nanti kita akan mendengar seorang nenek dikelar mati. Lalu, seorang remaja lelaki dituduh lagi. Jika benar mahu mencegah biarlah bermula dari rumah kemudian ke-sekolah. Asingkan pelajar bermasalah disatu bilik darjah seperti mengasingkan penagih dadah supaya tidak menjadi barah.

Begitu juga dengan kempen sisa pepejal. Letaklah sangkar-sangkar pengasingan sisa pepejal dihadapan kelas Tadika. Letak juga sangkar tersebut berhampiran kanten sekolah, kolej dan Universiti. Biar mereka nampak dengan jelas ada perkara baru dalam kehidupan mereka. Guru-guru, curilah sedikit masa mendidik anak bangsa, tentang dadah dan sisa pepejal. Jangan biarkan rebung menjadi buluh!

Disekolah, baik guru atau pelajar senior, pimpinlah tangan adek-adek yang masih mentah dan berilah tunjuk ajar bagaimana seorang murid harus membuang sampah serta didiklah supaya mereka menghormati pengutip sampah. Semuga dimasa akan datang tidak ada lagi kedengaran cerita Mek Som dan budak sekolah lalok di bilik darjah - Wallahuaklam!



 

No comments:

Post a Comment