25 June 2014

MENJELANG RAMADAN


Assalamualaikum!

Macam biasa, sebaik sahaja bulan Ramadan hampir tiba, Masjid dan Surau telah membuat persediaan awal seperti mengadakan gotong royang bersihkan kubur, bersihkan Masjid  atau mendapatkan sumbangan melalui kutipan rumah ke rumah. Ada juga Surau yang mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil Arwah ketika malam Jumaat sebelum 1 Ramadan 1435H.

Bagi peniaga pasar Ramadan pula, mereka telah merancang 'apa barang' yang hendak dijual, malah peniaga-peniaga tersebut udah pong mendapat tapak berniga melalui udian yang dibuat sebulan yang lalu. Bagi mereka yang tamak untuk mendaptkan tapak-tapak pasar Ramadan, mereka menggunakan banyak nama, termasuk nama-nama adek beradik, saudara-mara atau istilah lain kira macam kronilah!
 

Menjelang Ramadan, ada gak yang sanggup menyeludup keluar barang-barang keperluan seperti minyak masak, tepung dan gula ke negara jiran. Ketika mahu memasuki negara semula, mereka akan menyeludup masuk barang terlarang seperti mercun dan bunga api. Bagi penyeludup tegar pulak, bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk menyeludup barang-barang terlarang kerana bagi pendapat mereka, pihak berkuasa yang mengawal pintu sempadan tentu keletihan kerana berpuasa.

Letih memanglah letih, namanya pong puasa. Apapong, sempadan negara wajib dikawal ketat bagi mengelak penyeludupan masuk barang larangan bukan setakat mercun tetapi barang lain termasuk senjata api, penyeludupan manusia, dadah, arak, rokok dan pakaian berjenama tiruan.

Jika pintu masuk sempadan, kawalan udah dipertingkatkan tetapi masih ada lagi kedengaran bunyi dentuman mercun dan bunga api ketika menjelang Aidulfitri, ini bermakna barang tersebut mungkin sudah diseludup melalui pintu masuk atau jeti-jeti persendirian.


II- Sebagai ibu bapa pula, tanggungjawap membesarkan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan ia bertanggungjawab terhadap amanah itu di akhirat nanti. Menjelang Ramadan ini, ibu bapa bukan sekadar menyediakan pakaian baru untuk anak-anak tetapi memerhati kecenderungan mereka terhadap mercun dan bunga api.

Biasakan anak-anak menjalani cara hidup Islam dengan memberitahu bahawa membeli mercun dan bunga api itu adalah satu pembaziran dan pembaziran itu pula adalah kerja syaitan. Dididklah anak-anak mengenai bahayanya bermain mercun sehingga boleh mencederakan anggota badan, mengancam keselamatan dan harta benda.

Anak-anak hendaklah sentisa diawasi dan dilarang bergaul dengan kawan-kawan yang buruk akhlaknya. Elakkan mereka bergaul dengan mereka-mereka yang telah dibiasakan dengan kemewahan seperti memakai pakaian yang mahal, suka membazir dengan bermain mercun atau tidak menutup aurat dan sebagainya.

Biasanya, minggu pertama Ramadan Surau dan Masjid akan turut dipenuhi dengan anak-anak kecil. Anak-anak ini selalunya ada ketua dan kumpulan masing-masing. Mereka yang nakal dan tidak diawasi oleh penjaganya akan berlari sesuka hati, bergurau, ketawa dan ada yang menangis kerana kene buli dengan ketua kumpulan.

Jika ada anak-anak yang nakal, ibu bapa kene melatih mereka dengan perasaan malu iaitu malu melakukan perkara yang keji dan nasihatlah anak-anak dengan kasih sayang. Laranglah anak-anak daripada bersumpah sama ada benar atau salah kecuali didalam keadaan darurat. Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan anak-anak agar menjadi soleh dan solehah dan jangan sesekali memaki atau menyumpah mereka kerana dikuatiri sumpahan itu akan menjadi satu doa pulak. - Sekian, Wallahukalam!

No comments:

Post a Comment