As Salam Kenkawan Semua! Semuga anda sihat walafiat hendaknya. Terima kasih kerana membaca dan kita cuba kongsi berjalan ke arah tujuan dan matlamat serta sasaran yang sama. Sayangnya kita tidak bergerak mengikut landasan yang sama dan tidak lagi mampu berkongsi perhentian terakhir kita.
Aku masih lagi teringat analisa politik kawan-kawan aku di Restoran Ali Maju malam semalam. Farid, Bakar dan Johari adalah rakan aku yang berlainan fahaman politik. Bukan diorang bertiga aja yang tidak sehaluan dengan aku, ramai lagi - dan kebanyakan mereka adalah penyokong pakatan pembangkang.
Ubah! Setiap kali jumpa aku, pasti diorang cakap "Ubah! Ini kalilah Bro!" Diorang cuba racun fikiran aku dengan retroik kosong serta janji manis iaitu jika Pakatan Pembangkang menang dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kononnya akan melakukan perubahan besar.
Macam mana aku nak percaya! Pakatan Pembangkag macam Anwar Ibrahim (PKR) nak rampas Putra Jaya pasal nak balas dendam. Pas dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz nak jadikan Malaysia negara Islam yang melaksanakan hukum Hudud. Parti DAP pulak, nak tawan negeri-negeri yang tak ada Raja seperti Pulau Pinang dan Melaka. Pakatan Pembangkang sebenarnya tidak menggikut laluan atau landasan yang sama, masing-masing ada perhentian atau stesen mereka sendiri.
Siapa Yang Untung! Bila keputusan PRU-13 udah diketahui, barulah kita tau untung nasib orang Melayu. Parti Pas yang berada dalam Pakatan Pembangkang hanya merugikan orang Melayu dan bagi untung banyak kepada DAP. Mereka (Cina DAP) tidak lagi berselindung, malah berterus terang memberitahu bahawa mereka tidak memerlukan BN.
Mutiara Kata! Seperti yang pernah aku paparkan sebaris mutiara kata "Cita-cita memang perlu setinggi langit namun dalam berusaha dan berjuang untuk melaksanakan cita-cita tadi, mulailah dari yang rendah dan dari yang kecil. Berfikir besar tetapi mulailah dari yang kecil". Kata-kata inilah yang diamalkan oleh DAP untuk menawan Malaysia. Hanya bermula dengan Pulau Pinang, kemudian mungkin Melaka dan seterusnya dot dot dot!
Sejarah! Kita pelajari sejarah masa lampau, supaya kita memahami keadaan kita sekarang dan dapat membuat persediaan untuk masa depan. Cuba kita intai sekejap zaman era tahun 1969. Parti Tindakan Demokrat (DAP) adalah cawangan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. Lim Kit Siang masa tu sebagai Setia Usaha Penyelanggara dan gurunya tentulah Lee Kuan Yew.
Sewaktu pilihan raya tahun 1969, kempen dari DAP telah mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang-orang Cina, dengan mengatakan bahawa mereka akan merampas hak-hak orang Melayu. Mereka (DAP) tidak dapat akui bahawa kuasa politik di tangan orang Melayu.
Hari ini! Sejarah DAP berulang lagi, walaupun mereka memenangi banyak kerusi, tetapi mereka masih belum berpuas hati. Mereka mahu mengadakan protes menerusi perhimpunan haram. Semalam, mereka yang tidak berpuas hati melakukan tindakan dengan melancarkan 'silent walk'. Program itu bertujuan menyatakan kononnya PRU-13, dijalankan secara tidak bersih dan mereka mahu rakyat bangkit melakukan protes.
Lihatlah UMNO! Nyaris lagi orang Melayu hilang kuasa politik pada PRU-13. Dok asyik nak tawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - sedangkan DAP lebih selangkah kehadapan. DAP membuat gerakan bersepadu diseluruh negara dengan memastikan undi diberikan kepada DAP dan calon-calon PKR. Mudah sangat cogan kata DAP iaitu "Undi calon PKR untuk DAP." Menarik kan! kan! kan!
Jangan Salahkan Pengundi Cina! Perubahan undi kaum Cina bukanlah perkauman. Mereka juga mahukan perubahan dan mahukan habuan ekonomi yang lebih dari apa yang diberi oleh BN. Masih ingat lagi tak PRU-12! Masa tu masyarakat India telah dihasut oleh Pakatan Pembangkang dan tidak mahu menyokong BN, tapi pada PRU-13, mereka kembali menyokong BN walaupun sokongan mereka tidak sehebat mana.
Lepas ne ada baiknya BN tumpukan kawasan pinggir bandar, kampung dan pendalaman bagi memajukan orang Melayu, India, Iban, Kadazan dan Orang Asli. Telah terbukti pada PRU-13, kawasan kampung dan pendalaman telah membantu undi Barisan Nasional. - Jumpa lagi!
|
No comments:
Post a Comment