As Salam Bro! Entri 'Darah Bayar Darah' adalah sambungan entri 'Mabuk Menang Ke Kalah!' yang aku publish pada 10 May 2013. Kisah ini aku ambil dari buku Mei 13, hasil usaha Tunku Abdul Rahman Putra. Seperti ayat yang biasa kita dengar "Tiada kaitan yang hidup ataupun yang sudah mati. Sekiranya mempunyai persamaan, ia hanyalah kebetulan."
Kisah berdarah ini bukanlah bertujuan untuk membangkitkan sentimen negatif yang boleh menggangu keharmonian kaum, tetapi sekadar memperingati sejarah lampau agar kita memahami dan mengetahui asal-usul nenek moyang kita. Sejarah membuatkan kita mengenali diri kita dan peranan kita dalam masyarakat dan masa depan negara.
XI - API MENYALA MALAM
"Satu panggilan talipon telah diterima pada jam 0645 petang, menyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di Jalan Raja Muda dimana beberapa orang China telah diserang. Tidak lama kemudian En Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunuhan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus diletakan dibawah perentah berkurung mulai jam 0700 petang. Pasukan-pasukan Keselamatan telah keluar mengawal dan askar-askar telah dipanggil untuk membantu.
Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenakan kejadian yang telah menimpa Ibu Kota dan negara kita yang amana ini. Kuala Lumpur ketika ini telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak diatas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian seperti ini semasa hayat saya.
Pada hari itu saya telah terima laporan mengenai dengan perarakan Gerakan (Parti Pembangkang) yang telah diadakan semalam. Mereka telah melemparkan kata nesta terhadap orang-orang Melayu dan menyuruh orang-orang Melayu pulang ke kampung dan desa kerana kapal layar (Parti Perikatan) telah ditenggelamkan. Kesemua hai-hal ini terbayang didalam ingatan saya yang merupakan sabahagian dari sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.
Kelakuan yang keji dan perbuatan provokasi terhadap orang-orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu telah melampaui batas kesopanan manusia sehingga telah menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga dikalangan orang-orang Melayu. Sebab itulah ahli-ahli UMNO telah berhimpun di rumah Menteri Besar di Jalan Raja Muda pada petang 13 Mei 1969.
Ketika mereka sedang berhimpun dihalaman rumah Dato Harun, tiba-tiba perkabaran telah diterima yang menyatakan bahawa orang-orang China telah menyerang orang-orang Melayu di Setapak, semasa orang-orang Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengambil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Berita itu telah menaikkan berang orang-orang Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan motosikal telah diserang dan dibunuh. Dengan itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang mencetuskan kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam sejarah Malaysia."
Mutiara Kata : Setiap hak perlu diikuti dengan kewajipan. Kita wajib mempertahankan hak kita dengan sebaik-baiknya, melalui kerja keras dengan memelihara dan mengembangkan kemampuan diri. Sikap yang suka menyerah kepada keadaan akan melenyapkan harga diri sebagai manusia. Jiwa harus tetap dibina agar tetap kreatif, berinisiatif, gairah dan terus hidup. - Salam dari Mj!
|
|
No comments:
Post a Comment