06 November 2011
KORBAN 2011
10 Zulhijjah - 1432
Salam dan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada
pembaca blog Kakiconteng. Pagi ne dapatlah aku membantu
sikit kerja-kerja korban yang dibuat olih kejiranaan tempat
aku tinggal. Satelah takbir tiga kali dan membaca"Basmallah" maka lembu pun disembelih olih pakar yang setiap tahun datang membantu kerja-kerja penyembelihan.
Sunat korban!
Aku memang jahil dalam bab penyembelihan korban. Untuk itu, aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai amalan sunat korban yang aku petik sebahagian dari tulisan Mohd. Amri Abdullah (Penolong Pengarah Kanan, Bhg. Hab Halal, Jakim). "Semestinya amalan sunat korban itu disusuli perbuatan sunat dalam sembelihan. Antara perkara sunat dalam sembelihan korban adalah membaca Basmallah dan Selawat, lelaki yang baligh dan berakal, pisau yang tajam, serta membaringkan binatang di atas rusuk kiri dengan kepala diangkat sedikit, memutuskan semua urat leher yang tertentu supaya cepat mati tanpa seksa, mengadap kiblat (penyembelih dan haiwan). Kod etika penyembelihan juga perlu di ambil kira seperti penyembelihan fasiq. Penyembelih juga mesti betulkan niat kerana terdapat penyembelih menyembelih kerana sesuatu seperti hendakan ekor, kepala, hati atau sebagainya".
12 Zulhijjah 1432!
Lepas 2 hari ibadah korban dibuat, aku ditegur olih rakan lama dipersimpangan trafik light! Salam katanye. Salam disambut dan aku tanya kenapa tahun ne tak nampak kat acara korban. Rakan aku dengan selamba jawab "Malas lah naik join diorang, kelangkabut tak tentu pasal. Kau kan tau, tiap-tiap aktiviti yang diaorang buat aku ada turut serta. Tahun lepas aku ada ikut serta melapah lembu korban. Bila part pembahagian daging korban aku boleh tak dapat. Kalau kau tak caya tanyalah Zam". Begitulah luahan perasaan kawan aku. Kenapa pulak boleh tak dapat daging
korban? Sepaptutnye yang membuat kerja gotong-royong melapah daging tu bagilah sikit. Kalau
daging dah habis bagilah tulang, boleh gak buat sop!
Ibadah korban!
Sepaptunye ibadah korban ne selain dapat mengingatkan kita tentang kesediaan Nabi Ibrahim
mengorbankan anaknye Nabi Ismail, kita juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kejiranan kita. Selesai melapah dan menimbang daging korban lepas tu daging korban tu diagihkan kepada fakir miskin yang dikenal pasti oleh jawatankuasa surau dan selebihnye diagihkan kepada penduduk setempat serta jamuan disurau. Soalnye kenapa kawan aku yang sorang ne boleh tak dapat daging korban! Huhuhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment