12 November 2011

TASEK METROPOLITAN!


Salam! Semuga anda semua di luar sana sihat dan ceria. Petang semalam selepas waktu Asar, aku berkayuh tanpa rakan fb Kuzai. Bertemu di- Tasik Metropolitan dan kami terus kayuh menuju Kg. Melayu Kepong, kerana teringin sangat nak makan Mee Rebus. Sedap agaknye! pasal gerai Mee Rebus ne telah di war-warkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Tapi bila sampai kat gerai tu,tutup pulak!




























Sukan Sea XXVI
Nak try makan Mee Rebus, gerai pulak tutup. Kami singgah kat gerai Nasi Lemak. Inilah kali pertama makan nasi lemak waktu petang. Sambil menikmati Nasi Lemak mata kami tertumpu pada kaca tv. Ketika ini sedang berlansung perlawanan bola sepak antara Negara Brunei menentang Vietnam. Kali ne Sukan Sea diadakan di-Palembang, Indonesia. Sewaktu aku menaip entri ne, pungutan pingat memihak kepada tuan umah Indonesia dengan 23 pingat emas, di-ikuti negara Singapura dengan 8 pingat emas, serta enam pingat emas buat negara Thailand. Buat masa ne Malaysia menduduki tempat ke-enam dengan pungutan 2 pingat emas, 5 perak dan 7 gangsa. Pingat emas pertama di sumbangkan olih Nur Suryani dalam acara menembak, 50m rifle 3 posisi wanita. Emas kedua disumbang olih Tan Song Hwa dalam acara baling tukul besi. Janganlah panik- kalu tak dapat emas dalam acara sukan subjektif! Selalunye keputusan banyak bergantung pada juri dan pengadil.


Tasik Metropolitan!
Lepas makan kami gerak semula ke Tasik Metropolitan. Waktu petang cam ne memang ramai kaum datang beriadah. Sewaktu kami kayuh menyusuri tasik, aktiviti yang kebanyakan mereka lakukan ialah bermain layang-layang bersama keluarga, memancing, berjoging, bermain bola, dan bawa anak-anak ke tempat permainan. Ada gak aktiviti yang negetif, macam pasangan remaja Muslim sedang bercumbu atau bebudak saja ronda-ronda keliling tasik dengan cupcai. Orang lain sibuk melalukan aktiviti riadah, bebudak yang pendek akal ne naik cupcai sambil melepaskan asap motor disepanjang trek basikal. Aktiviti lain ialah mereka yang datang untuk berniga layang-layang, makanan ringan dan minuman. Keputusan pihak pengurusan taman meminta peniga menjual makanan dan minuman diluar pagar kawasan tasik adalah sangat baik. Lepas ne pulak, diharap pihak pengurusan taman, melarang motosikal ronda-ronda keliling tasik! Staff yang diamanahkan memantau pergerakan dan keselamatan pengunjung taman, jangalah as-yik lepak kat pondok pengawal. Buatlah roandaan dan pastikan tiada keanderaan berinjen pusing-pusing keliling tasik!


Publish by Kakikayuh!


No comments:

Post a Comment