08 January 2010

RESTAURANT+ CAFE = KOPITIAM




  • "Kita jumpa kat Kopitiam!"


    Entri
    kali ini aku nak cerita pasal restoran, coffee house, bistro, cafe dan  Kopitiam. Dolu, kebanyakan restoran kat Kolompo hanya beroperasi di-ruamah kedai [shop lot] dan kebanyakannya tidak menggunakan penghawa dingin. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Seperti restoran Bilal [India Muslim] misalnya  yang mengamalkan pintu terbuka. 

    Coffee House pulak, biasanya beroperasi disudut lobby hotel atau berhampiran kolam renang. Manakala Bistro boleh dilihat kat shopping mall. Selalunya kat Bistro ada disediakan set karaoke atau setidak-tidaknya peti muzik JukeBox[1]. Berbeza dengan cafe.  Kebanyakan cafe lebih berminat beroperasi dishoplot kawasan bandar baru atau perumahan elit[2]. Hiasan dalaman disebuah cafe kelihatan lebih modern dan mesti memilik coffee-machines untuk mengisar biji-biji kopi. Antara kopi yang dijual ialah mocha, latte, espresso dan cappucino.

  • Kopitam! Yang bermaksud kedai kopi itu telah di-up grade, terutama dari segi hiasan dalaman. Pun begitu, kopitiam kekal dengan teh hailam dan local coffee beserta roti bakar dengan telur setengah masak. Yang menariknya, kopitiam itu masih lagi menghidangkan kopi menggunakan cawan dan piring classic[3] berbunga warna hijau. Lain-lain menu yang terdapat di-kopitiam ialah nasi lemak, meehoon goreng, laksa dan mee kari.

  • Era 70'an, kebanyakan restoran kat Kolompo dikuasai oleh peniaga India Muslim.  Kalau ada pun restoran fast food ketika itu mungkin jenama A&W dan KfC. Masa tu iklan KfC hanya ditampal kat pokok-pokok sahaja. Restoran Melayu yang dikira top masatu ialah Bintang Restoran yang terletak di Bukit Bintang. Salah satu menu terbaiknya ialah nasi lemak, yang menggunakan beras panjang, sambal ikan bilis dan sayur kangkung.


    [T
    empat-tempat makan murah ketika itu ialah kawasan gerai makan di-Hilton Corner[4] yang lokasinya berhampiran Hotel Hilton. Jika waktu malam pula, gerai-gerai makan di Benteng[5] menjadi tumpuan orang ramai. Lokasinya kat clock tower berhampiran Pasar Seni]


  • Memasuki era awal 80'an, Kolompo mula dibanjiri dengan pelbagai jenama restoran antaranya Nuri Bekery, Sate Anika, Sate Ria, Shakeys Pizza, Mr.Dounat, White Castle, McDonalds dan macam- macam lagi. Ada yang bertahan ada pula yang gulung tikar. Walaupun pernah menghadapi kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 80'an, Kolompo kembali rancak ketika awal tahun 90'an, dengan kemasukkan pelbagai jenama dari luar negara. Antaranya  Pizza Hut, The Wild Chicken, Kenny Roger Roaster, Snappers, Coffee Bean, Starbuck, Star Sandwich, Gloria Jeans, Swensens dan bayak lagi.


  • Tentunya tumpuan orang ramai ketika itu ialah kawasan Bukit Bintang. Penghujung tahun 90'an dan memasukki awal tahun 2000, Bukit Bintang tambah kecoh dengan terbinanya Bintang Walk[5]. Bintang Walk yang bermula dari Star Hill, Berjaya, melalui BB Park, SungeiWang dan bersambung dengan Low Yat Plaza itu memiliki jenama yang hebat-hebat antaranya Grappa Soho, Piccallo Mondo, Marriot Cafe, Ceacer Cafe, Dome Cafe, Squeeze Bistro, Seed, San Francisco, First Cup Cafe, Deli Franch, Just Strudal, Kopi Apa Saja dan banyak lagi.




  • Tak jauh dari Bukit Bintang ada juga jenama  baru dari usahawan tempatan. Misalnya seperti  Baker Bros cafe dan restoran Smokey Ranch . Itu belum lagi jenguk kat Bangsar, Sri Hartamas dan Damansara. Macam-macam jenama dan pelbagai menu dijual. Antara menu yang popular dicafe ketika itu ialah Quiche, Chicken Pie, Brownie, Muffin, Danish atau makanan yang difusion[6]gitu!.



  • Keterangan gambar
    :

    Aku bersama rakan  masa melepak kat Kepong Kopitiam. [Wan Fadzil, Azman, Sharil dan Ahmad]. Antara menu yang kami pesan ialah  kopi, teh hailam, iced blended dan ruti bakar. [Kabanyakan kopitiam guna ruti Bangali-tapi Cina buat. Ruti ne kalau dibakar, taruk kaya dan planta memang sedap!.




1 comment: