13 November 2013

BULAN MUHARAM


Assalamualikum! Dalam bulan Muharam ne tidak banyak aktiviti yang aku buat. Nak menaip entri baru pong aku hilang mood pasal takde apa-apa yang nak aku ceritakan. So! Masa yang terluang aku habiskan dengan membaca buku atau melukis menggunakan tetikus!

Dolu! Memang betul giler kalau cerita bab kayuh basikal. Kejap-kejap kawan ajak kayuh malam ke Kelompo, kayuh pagi ke frim atau setidak tidaknya kankawan ajak berkayuh ke Tasik Metro. Yalah! Masa tu ramai raider yang masih bujang. Bila sorang demi sorang bertemu jodoh dan udah ada baby, tentulah masa yang berbaki sedikit, dihabiskan dengan keluarga tercinta.

Bulan Muharam! Berbalik kepada tajuk entri iaitu kita disaran berpuasa sunat pada 10 Muharam kerana mengambil iktibar daripada puasa yang dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya dan juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.

Peristiwa Penting! Banyak peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam antaranya ialah Allah SWT menerima taubat Nabi Adam, Nabi Idris diangkat oleh Allah SWT kelangit. Nabi Nuh diselamatkan Allah SWT keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Pada tarikh tersebut juga berlaku peristiwa Nabi Ibrahim diselamatkan Allah SWT daripada pembakaran Raja Namrud. Allah SWT memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur. Nabi Isa diangkat ke langit dan Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Hari
itu juga Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf pula dibebaskan dari penjara. Nabi Ayub dipulihkan Allah SWT daripada penyakit kulitnya. Begitu juga dengan sejarah Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun. Allah SWT mengampunkan kesalahan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dikurniakan kerajaan yang besar.

Pada 10 Muharam  adalah hari pertama Allah SWT menciptakan alam. Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat. Begitu juga dengan menurunkan hujan, menjadikan Arasy, menjadikan Luh Mahfuz dan tarikh yang sama Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.


Nota Kaki : Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalnya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud : Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu).

Sedikit info mengenai kelebihan  dan peristiwa penting pada 10 Muharam ini aku ambil dari AgamaMega, semuga aku dan kenkawan di luar sana memohon kepada Allah SWT menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat. Amin!


 

No comments:

Post a Comment