05 November 2013

HIJRAH & LUKISAN CURI




Hijrah!
Semalam
, 30 Zulhijjah 1434 Hijrah, telah beralu meninggalkan kisah hitam-putih, pahit manis kehidupan. Hari ini, dengan izin Allah aku dan kenkawan diluar sana  melangkah  memasuki 1 Muharam 1435 Hijrah dengan membuka buku baru.

Pagi ini selepas sarapan, aku duduk dikerusi guyang (lazy chair), cuba
selak kembali manuskrip lama, helaian demi helaian, entah kenapa hati ku hiba. Hati ini masih rasa iman tidak sempurna, terasa diri masih lagi tidak punya sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik.

Mampukah aku berhijrah dari bayang-bayang hitam semalam atau sempatkah lagi usiaku ini meninggalkan keburukan dan kembali kepada kebaikan. Berubahkah aku nanti dari dunia kejahilan daripada hidup yang jauh menyimpang. Seperti Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)

Lukisan Curi

Aku
masih lagi duduk dikerusi guyang sambil membaca akbar. Helai demi helai aku selak dan aku hanya baca berita-berita yang penting sahaja. Ketika aku menyelak muka 16 Luar Negara, ada berita dari Berlin pasal 4,500 lukisan yang bernilai kira-kira AS$1.3 bilion, ditemui di sebuah flat di Munich, Jerman.

Kisahnya! Majalah Focus mendedahkan bahawa kesemua lukisan berkenaan, termasuk hasil seni artis terkenal (Pablo Picasso dan Henri Matisse) ditemui dua tahun lalu, selepas polis menyerbu rumah anak seorang pengumpul seni, Hildebrand Gurlitt yang membeli semua lukisan itu sekitar tahun 1930-an dan 1940-an.

Serbuan dilakukan ke kediaman anak Hildebrand yang bernama Cornelius Gurlit selepas dia didakwa atas kesalahan tidak membayar cukai. Ketika serbuan itu, pihak berkuasa telah menumui lukisan-lukisan berkenaan disembunyikan antara balang jem dan sampah di dalam sebuah bilik gelap selama lebih setengah abad.

Bapanya, Hildebrand memiliki lukisan-lukisan berkenaan kerana khidmatnya diperlukan oleh tentera Nazi disebabkan memiliki kepakaran dalam bidang seni dan mempunyai ramai kenalan. Ketika itu, Joseph Goebbles seorang Menteri Propaganda yang dilantik oleh Adolf Hilter, memberi tugas kepada Hildebrand untuk mengeksport hasil seni yang dianggap sebagai 'kualiti merosot' oleh Parti Nazi.

Pihak Nazi merampas karya-karya seni di Jerman dan seluruh Eropah secara besar-besaran sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua dengan memaksa pemilik lukisan menjual lukisan mereka pada harga murah.

Kira-kira
100,000 lukisan, seni, permidani dan barangan antik milik orang Yahudi di Perancis di rampas antara 1940 dan 1944 oleh tentera Jerman, selain melucutkan hak-hak mereka mengikut undang-undang perkauman yang dikuatkuasakan oleh Hitler.

Selepas perang tamat, beribu-ribu karya seni yang dirampas itu telah dikembalikan kepada pemilik atau waris mereka, namun masih banyak lagi hasil seni yang tidak dijumpai. - AP



Nota Kaki : Untuk pengetahuan pembaca, antara lukisan yang dirampas oleh polis Jerman di kediaman flat Cornelius Gurlit ialah lukisan yang dihasilkan pelukis Jerman iaitu Emil Nolde, Franz Marc, Max Beckmann dan Max Liebermann. *Foto diatas hanyalah sekadar hiasan dan hasil seni tersebut adalah koleksi penulis!








No comments:

Post a Comment