03 November 2013

IKAN PATIN & KUALA SEMANTAN


'Mencelah-celah di jalan raya tidak menjimatkan masa. Ia membazirkan nyawa'.
'Sangupkah anda menggadai nyawa hanya untuk menjimatkan beberapa minit? Kerana itulah yang akan terjadi bila anda mencelah-celah di jalan raya. Anda mungkin tidak akan sampai ke destinasi lebih awal atau dengan selamat. Malah anda mungkin tidak akan sampai langsung. Kenapa ambil risiko sebegini? Mencelah-celah di jalan raya adalah tabiat yang boleh diubah'. - Pesanan ini adalah dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).

Alhamdullilah! Tanpa mencelah-celah, akhirnya dua buah kereta yang kami tumpangi selamat sampai ke distinasi. Pagi tadinya, kami memulakan  perjalanan dari Kelompo, melalui lebuhraya Karak, Temerluh, Mengkarak, lepas tu menyusuri laluan sempit tepi sungai arah ke Bera. Sepanjang laluan ne, aku lihat di kiri kanan, banyak gerai menjual ikan patin sangkar. Di tepi jalan ada remaja menjual cendawan, kami berhenti dan borong semuanya! 
Tengahari, di rumah Nani udah ramai tetamu yang sedang menjamu selera. Aku bersama Mawa, Midah, Lela dan Hakim keluar dari kereta Kia yang dipandu Majid. Kak Ana, Misah, Bibah & Ira keluar dari kereta Suzuki yang di pandu Mail. Kami bersalaman dengan tuan rumah, makan sambil pot-pet, pot-pet. Lepas tu solat zohur disurau, berehat di rumah tamu. Aku masuk bilik air dan kamera jenama Nikon Coolpix aku tiba-tiba jatuh dan masuk air!

Puaslah
aku mengelap, menjemur, memujuk tapi kamera tu udah merajuk. Balik Kelompo nanti terpaksalah aku hantar kat kedai kamera untuk dibaiki. Harap-harap kamera tu boleh diguna lagi dan gambar-gambarnya tidak hilang begitu saja!
Beli Lagi! Dalam perjalanan balik, singgah digerai menjual cendawan. Nampak iklan 'Patin, Talapia Sangkar'. Tuan kedai bagitau iaitu ikan patin ne tidak mempunyai banyak lemak dan rasanya manis kerana diternak menggunakan sangkar. Katanya lagi, kalau tak percaya pergilah jenguk kat seberang sana tu!
Sangkar! Ketika Majid, Mail, Midah, Mawa dan Kak Ana sibuk melayan ikan patin, aku pulak melintas jalan untuk jenguk sangkar ikan. Ditepi sungai ada beberapa sangkar yang di ikat dengan tali kerbau pada sebatang pokok, mungkin takut dihanyutkan  arus deras Sungai Pahang.
Rezeki! Masing-masing belilah ikan patin kerana ikan tersebut tidak banyak lemak dan harganya pong berpatutan. 'Inilah sumber rezeki kami yang tinggal disepanjang sungai' Kata tuan gerai (pompuan) sambil menyiang ikan patin. Selesai berurusan jual-beli, kami pong gerak arah ke Temerloh, cadang nak singgah melihat pemandangan di Kuala Semantan!
Temerloh! Cuaca mendung ketika kami sampai di pekan Temerloh. Singgah ditepi sungai yang ada jembatan gantung, jetty dan nun diseberang sana sayup-sayup kelihatan tulisan TEMERLOH. Kalau tenguk foto ne, nampak cantik dan bersih tetapi sebenarnya tidaklah bersih sangat. Macam tak diurus dengan baik pasal ada saja sampah di merata tempat.
Kotornya! Ada saja sampah yang dibuang ditepi sungai, di laluan pejalan kaki dan berhampiran gerai jualan. Pokok-pokok renek dan pohun buluh dibiarkan tumbang yang menambahkan lagi pemandangan sakit mata. Tu belum lagi masuk ke public toilet! Dari luar nampak cantik dengan hiasan bunga tetapi bila masuk kedalam, alamak kotornya!!!
Projek! Begitulah agaknya nasib disetengah tempat pelancungan yang dibangunkan olih Majlis Perbandaran. Pandai buat projek itu ini dengan alasan untuk pelancungan tapi selalunya gagal bila  bab nak menguruskan sampah-sarap, kebersihan gerai dan tandas. Alasan yang selalu kita dengar ialah tak cukup badjet.
Kuala Semantan! Asal usulnya kalau ikut sejarah ialah Kuala Semantan ne dolu hanyalah sebuah kampung. Letaknya di tanjung sebelah kanan kuala sungai. Nama 'Semantan' tu pulak berasal dari perkataan 'Seman Tahan'  merupakan orang Brunei yang bernama Osman @Seman, menetap di kuala sungai.

Seman merupakan seorang yang pandai bersilat di samping mempunyai ilmu kebal. Kelebihan yang dimilikinya menyebabkan beliau digelar sebagai Seman Tahan. Untuk penyebutan harian yang lebih mudah agaknya, lama-kelamaan nama Seman Tahan menjadi Sungai Semantan. Wallahuaklam!

Hujan Rahmat! Tadinya cuaca mendung tiba-tiba hujan  ketika kami sedang menghirup lee chee kang disalah satu gerai berhampiran stesen bus TemerlohBila hujan reda, kami gerak tinggalkan pekan Temerloh menuju Kelompo.


Nota! Esok berakhirnya tahun 1434 Hijrah dan kita akan memasuki pula 1 Muharam 1435 Hijrah. Pesan kepada diri ku dan juga pada pembaca yang budiman, jangan lupa ge surau atau masjid terdekat untuk bersama jemaah, berdoa akhir tahun selepas Asar dan berdoa awal tahun selepas waktu Magrib. Semoga tahun 1435 ini akan lebih berkat, lebih tenang dan berjanji tidak akan mencelah (celah bedah) di jalan raya. Selamat menyambut Awal Muharam!











No comments:

Post a Comment