30 November 2013

MASA DAN KEMEWAHAN!




Assalamualaikum!
Tiktok! Tiktok! Masa berlalu dengan cepat, tahun berganti tahun, bulan beralih bulan. Setahun rasa sebulan, sebulan rasa seminggu. Seminggu pula seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam sahaja. Kita seakan-akan sibuk, memburu masa yang bergerak pantas tetapi tiada banyak perkara yang dapat dilakukan dalam setahun, dalam sebulan, dalam seminggu kerana telah dicabut 'keberkatan' daripadanya.- Walahuaklam!

Masa!

Hari ini
Sabtu, 28 Muharam bersamaan 30 November 2013. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Disember dan tak lama lagi, kalau dipanjangkan umur kita akan bertemu lagi  pada bulan Januari 2014. Walaupong dalam kehidupan kita ini ada masanya kita di timpa melapetaka, menerima ujian demi ujian, namun dengan kasih sayang dari Allah SWT, kita masih lagi wujud,  boleh bernafas, boleh melihat, mendengar dan boleh lagi merasa harum baunya si bungalah tanjung.

Meminjam kata-kata Abu Ali al-Banjari iaitu segala permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam sepanjang zaman, baik yang lalu, sedang dan akan datang, semuanya telah diterangkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan tidak ada satu pun yang tertinggal. Semunya diterangkan dan dijelaskan tentang cara-cara untuk menghadapi dan menyelesaikannya.

Didalam hal ini, termasuk permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman, dimana sejak lebih 1400 tahun dahulu telah pun diterangkan oleh Rasulullah SAW, kepada umatnya supaya mereka dapat menjada diri, berwaspada dan tetap berada dalam ajaran-ajaran yang murni serta terhindar dari segala kerosakan dan bahaya kesesatan. - oleh Abu Ali al-Banjari.


Bahaya Kemewahan!

Dalam keterangan sebuah hadis H.R. Tirmizi mengenai bahaya kemewahan iaitu 'Dalam hadis ini Nabi Muhamad SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi-petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan.

Dalam keadaan demikan kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat iaitu dimana, kalau semunya sudah ada  maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad SAW, mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita". Ertinya lebih baik memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi bila dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.

Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullulah SAW, "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".


Begitulah gambaran yang sebenar terhadap tamak haloba manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehingga ia menemui kematian. Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau ada harta yang berlebihan, bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. - Kata-kata dari Abu Ali al-Banjari.



Nota Kaki : Kepada kenkawan yang ingin membaca entri Tiktok! Tiktok! bolehlah klik entri tahun 2011, pada tarikh 16 October 2011. Semuga kita dipanjangkan umur dan dengan izinNya jua kita boleh bertemu semula di entri akan datang!


No comments:

Post a Comment