02 January 2010

BBQ di Halaman Rumah











Intro!
Tahun 2010
aku cuba kurangkan hobi menconteng, sebab aku bukan pelukis tulin. Melukis hanyalah untuk mengisi masa lapang serta mencurahkan perasaan ke-atas kanvas. Minat kepada seni
visual, arca dan hiasan dalaman membuat aku selalu melawat art gallery dan outlet yang menjual barang-barang deco. Memasak pulak hanyalah sebagai kerjaya yang terpaksa. Dari tidak berminat aku paksa diri aku untuk mencintai bidang masakan.

Di sini aku sertakan beberapa recipe ringkas buat kawan-kawan yang hendak mencuba memasak di rumah. Kebanyakan recipe ini adalah standard recipe iaitu ikut-ikutan dari chef-chef otai. Ya! Antara menu yang aku kutip dari cafe dan restoran ketika bekerja di-sekitar Kulompo, Kota Kinabalu dan Negara Brunei. Aku juga pernah belajar memasak dari chef Melayu, India, Cina dan Mat Salleh. Biasanya yang di ajar ialah asas membuat dressings untuk salad, buat sauces , asas buat soup cair dan soup pekat. Termasuk bahan perapan (marinated) untuk wings, steak, roast chicken, BBQ kambing, dan marinate untuk roast beef.

--------------------------------------------------------------------------------------------

1- Chicken Pie Filling.
[Abaikan pic dibawah ini kerana kurang jelas]





Bahan-bahan |Ingredient
Minyak 100ml
Garlic Minced 20gm
Bawang Diced 100gm
Celery Cubes 200gm
Kentang Cubes 300gm
Button Mushroom 150gm
Daun Bay 2 helai
Lada Hitam/Coarse 5gm
Chicken Stock 0.5lt
Mixed Vegetable 500gm
Uncooked Roux 100gm
Susu Cair 80ml
Whipping Cream 100ml
Air 1 liter
Kiub Ayam Rebus 1 kg


Cara|Production Procedure
1. Panaskan miyak dalam pan
2. Saute garlic, dan masukan kiub kentang
3. Masukan bawang, celery,mushroom,mix veggie dan kacau 4 minit
4. Masukan daun bay,lada hitam,chicken stock
5. Masukan roux, kacau sehingga pekat.
6. Kacau perlahan supaya tidak melekat dan pindahkan ke pan baru
7. Kacau dan tambah susu serta cream
8. Kacau perlahan dgn api yang kecil.

* Hidangkan inti pie dgn taburkan chop daun parsley, serta makan dengan puff pastry atau roti pitta yang dibakar dlm pan.
* Jangka hayat bagi lebihan inti pie /shelf life : 7 hari Simpan dalam bekas bertutup , label tarik dan letak dlm chhiler. -------------------------------------------------------------------------------------------------

2- Inti Ruti Pitta [Cara Lama]
Inti ruti pitta boleh di sediakan bersama
tuna mayo, eggs mayo, sardineatau hirisan ayam, berserta daun salad, bawang, timun dan hirisan tomato.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

3- Kepak Ayam
[Bahan Perapan untuk untuk di goreng atau BBQ]

LP Sauce, Kicap pekat,
Minyak bijan , Madu,  Chicken stock, Garam , Serbuk lada putih.



4- BBQ | Bahan Perapan
[Kepak Ayam untuk BBQ sahaja]


Cili Sos, Gula,cuka apple,serbuk lada putih,serbuk cili,sedikit mustard dan garam.
* Lebihan perapan buat sos untuk disapu ketika membakar kepak ayam. Jika anda suka rasa lemak anda boleh sapu wings dengan santan pekat.


Note : Jika rumah anda ada ruang/taman - bolehlah buat BBQ kepak ayam, udang, sotong- kambing, steak, sausage, beserta potato salad, coleslaw salad, green garden salad, garlic bread, pasta spiral, roti pitta dan juice, serta pencuci mulut.


Selamat Mencuba! - [Mj]



No comments:

Post a Comment