OPEN HAUS!
- As Salam! Kita jumpa lagi kat blog Kakiconteng. Entri kali ne aku nak bercerita pulak pasal Open House. Kisahnya! Masa aku bebudak dolu tak pernah dengar pun istilah open house. Masatu keluarga aku pindah disekitar kampung Melayu kat Gombak, Kolompo. Perkampungan ne bermula dari Batu 5 belah kiri, ialah deretan rumah kedai Cina. Lepas tu Taman Kamariah dan di belakangnya Kg Manggis. Sepadan dari Tmn Kamariah, ialah Kg Kerdas, Simpang Tiga, Sungai Cincin, Batu 8,9,10 dan Batu 11 pulak ialah kawasan penempatan orang asli yang diselia oleh Jab. Orang Asli.
Dari Batu 5 sebelah kanan pulk ialah Kilang Getah Lee Ruber, simpang ke Tmn Ibu Kota, Gombak Setia dan Tmn Perwira.
- Aku gambarkan kawasan aku tinggal ne ialah kerana pertembungan dua budaya Melayu. Dari Tmn Kamariah hingga ke Batu 10 adalah kawasan kampung Melayu yg kebanyakan penduduk nye terdiri dari orang Minang. Manakala disebelah kanan ialah kawasan perumahan Melayu morden.
- Masa bulan puasa aku ada tugas kat Masjid Batu 6 Gombak. Tugas aku dgn. kengkawan sediakan makan-minum untuk jemaah yg bertawarih. Lepas jemaah balik, kami pastikan semua peralatan sudah dibersihkan.
- Kalu kat umah pulak, emak sibuk buat kueh. selaunye adik perempuan aku tolong. Emak akan buat kueh bahulu yg dibakar dengan arang, rasanyer memang sedap. Emak juga buat kueh kembang loyang, dan halua betik. Dulu kueh kegemaran aku ialah halua betik, agar-agar kering dan kembang loyang.
- Menjelang malam raya, aku dengan kengkawan akan ge hantar doa dari umah ke umah. Kalu yang ikut rombongan tu 20 orang, terpaksalah singgah 20 umah. Kekadang balik umah jam 0100 pagi. Walau pong letih tetapi seronok kerana dapat ge umah kengkawan. Pagi raya pulak, lepas sembahyang raya...balik umah minta ampun dan maaf dengan ibu- bapa dan adik-beradik. Sarapan dulu! lepas sarapan aku pong ge umah kawan yang terdekat. Bila dah ade 5 atau 6 orang kawan, kami pong jalan-jalan cari makan.
- Kawasan yang kami tuju tentulah kawasan perumahan mewah orang Melayu. Kami selalunye ge Gombak Setia. Masa tu tak de istilah open house. Kami ge dari umah ke umah yang pagarnye terbuka dengan modal. Wallahuaklam!
MJ minta maaf kalu open haus kali ne
ReplyDeletexjemput kengkawan facebook. Hanya 10%
friends fbook yang datang, itu pun yang
ada kat sekitar KL dan Lembah Klang...
termasuk saya juga mj. korjo...
ReplyDeleteMJ xtau pulak Mior dah jadi Master Halim!
ReplyDeleteDah singgah kat blok Mior iaitu " Gagasan
Usaha Murni" & " Master Handphone" .......!