08 March 2012

Suara Dr Mahathir!

Salam dan Selamat Petang!
Salah satu kegemaran aku dulu-dulu ialah memotong rencana dari keratan akbar atau majalah. Olih kerana hobi aku yang diluar sedar, banyaklah keratan akbar terkumpul - terutama mengenai ucapan pemimpin negara, nasihat dari ustaz, berita, dan rencana mengenai senilukis. Keratan akbar tersebut ada yang udah dibuang dan ada gak yang masih aku simpan sebagai koleksi peribadi. Hari ini aku masih meneruskan hobi tersebut dengan menyimpan rencana dan berita terpilih ke dalam blog! Kat entri kali ne aku taip semula sebahagian Suara Dr Mahathir!


Azerbaijan
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata "Mana-mana negara bakal berdepan dengan 'kehancuran' jika pemimpin tertinggi di sesebuah negara itu tidak peka terhadap kehendak rakyat. Ia terbukti dengan apa yang berlaku di beberapa buah negara Arab apabila rakyatnya bertindak menentang kerajaan". Jelasnya, kehendak rakyat yang perlu diutamakan adalah soal pekerjaan bagi membolehkan mereka mendapat sumber pendapatan untuk kestabilan hidup. "Bidang pertanian tidak mampu mencipta banyak peluang pekerjaan berbanding industri. Secara matematiknya, satu hektar tanah untuk pertanian hanya mampu menyokong kehidupan seorang tetapi tanah itu boleh menempatkan sebuah kilang dengan 500 pekerja. Sebab itulah Malaysia memilih menjadi negara industri. Selain mencipta banyak peluang pekerjaan, sektor industri membolehkan seseorang itu terlatih dalam sektor pembuatan".

Sambung Dr Mahathir lagi "Peranan pemimpin penting bagi menjayakan wawasan sesebuah negara. Namun, walaupun negara itu ada potensi untuk berkembang, pemimpin yang tida 'jiwa' akan menyebabkan negara tersebut gagal. Kita perlu lihat bagaimana pengalaman yang dilalui China. Moa Tse Tung adalah pemimpin gerlia yang membentuk Republik Rakyat China. Bagaimanapun, ideologi komunis yang dibawanya telah membuatkan China jauh ke belakang. Tetapi, pengantinya iaitu Deng Xiao Peng cukup pragmatis dan mahukan China terus berkembang. Hasilnya, cuba kita lihat China ketika ini. Kira-kira 20 tahun lalu ia hanyalah sebuah negara mundur tetapi kini negara kuasa ekonomi kedua terbesar dunia". Dipendekan cerita "Mempunyai wawasan untuk pembangunan itu penting tetapi kalau ada wawasan sahaja tidak mencukupi. Perlu ada pengetahuan tentang bagaimana wawasan itu hendak dilaksanakan", jelas Dr Mahathir.

Nota: Dr Mahathir berucap pada Forum Pemikir Negara-Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ketiga di Baku, Azerbaijan pada 3hb March 2012.


No comments:

Post a Comment