15 March 2012

Off Road @Frim!


Selamat Pagi Rakan-Rakan Semua!


Meminjam kata-kata Herlin Nurviana memang udah kecaduan bersepeda! Bila aku tau cuti kami bertiga sama iaitu hari Khamis dan si Mahfol pulak cuti sepanjang hayat, jadi aku ajak diaorang ge berkayuh off road kat Frim - Kepong. Nak ajak kengkawan yang lain tu tentu
diaorang takleh nak join, melainkan diaorang ambik cuti kecemasan atau dapatkan sijil sakit.

Tapi pasal ketagih berkayuh, tak baik ler kita nak tipu diri sendiri dan majikan kita. Betul tak? Nanti tak pasal-pasal pulak, dapat kemalangan ketika berkayuh. Kecoklah satu pejabat nanti! Ohhhhh...kata sakit tapi apasal pulak boleh berkayuh off road kat Frim?


Kawan Kaki Kayuh!
Selalunye kalu kami nak berkayuh, kami akan rojer kengkawan melalui sms atau kat facebook. Kenkawan yang selalu berkayuh terdiri Rimbabara, Mantoba, Hisham, Herlin, Amiroul, Mahfol, En Ahmad, Kuzai, Ajoi GT, Imin Kamin, Qhyroll, Ady Yusof, Muhd Kayrul, Acid Voice, Saiful , Faizoul dan kengkawan dari Satu Biking. Diaorang ne kebanyakan bercuti pada hujung minggu dan dapatlah diorang berkayuh jauh sikit macam off road kat PutraJaya!


Merentas Hutan Frim!

Sabelum berangan untuk berkayuh off road, aku kene pastikan kesihatan diri aku 100%. Lepas tu pastikan barang-barang keperluan ketika berada dalam hutan. Aku sediakan sebotol air masak, first aid, moustique lotion, pam basikal dan baju hujan. Peralatan berbasikal yang mesti dipatuhi ialah memakai helmet.

Lepas
sarapan kat pintu masuk Frim, lebih kurang jam 08.45 pagi, kami mulakan kayuh masuk melalui jalan yang masih basah dan lecak. Pertama kali aku ikut kayuh off road memang rasa seronok, dengan suasana tenang, udara bersih sambil disambut dengan kicauan burung yang masih setia berada di hutan simpan Frim.


Jatuh Tergolek!
Kayuhan kami pada mulanye agak mudah dengan menempuh sedikit halangan saperti balak tumbang, akar-akar kayu, batu-batu besar dan terpaksa gak berhenti kayuh untuk mengelak daripada jatuh mencium tanah. Sekiranya kaki memijak tanah, pasti ada serangga yang nak menumpang sarapan pagi. Nyamuk dan pacat kat sini sentiasa dahagakan darah! Maklumlah laluan ne jarang-jarang rider berkayuh melainkan hujung minggu.

Kayuhan diteruskan sahingga kami tiba di kawasan berbukit dan terpaksa tolak basikal. Lepas tu turun bukit dengan kayuh berhati-hati kerana banyak tunggul dan akar-akar kayu. Laluan sempit dan licin buat aku lebih waspada dan sentiasa main brek. Walaupong aku dah guna brek belakang tapi tayar basikal aku masih berpusing dan terus guna brek depan untuk hentikan kayuhan. Apa lagi Beb! Jatuh tergolek, hampir mencium tanah. Nasib baik hanya kaki kiri aku saja yang disagat oleh batu besar! Kenkawan lain ketawa kerana seronok melihat aku jatuh tergolek!






Caj Betri!
Kami teruskan berkayuh dengan mendaki anak bukit, lepas tu melalui denai yang dipenuhi
tunggul serta jalan yang becak. Kat sini banyak pacat Beb! Setiba kat jembatan, kami caj betri (take five) kejap untuk menghilangkan penat sambil ambil kesempatan minum air. Ada gak member sibuk bukak kasut, nak tenguk sang pacat. Nyamuk pulak sibuk gak nak tumpang sekaki hisap darah.

Selepas tu, kami teruskan kayuh dan kayuh! Tiba-tiba sorang lagi tergolek dan cepat-cepat bangun. Riuhlah sekejap hutan simpan ne dengan hilai ketawa kengkawan. Bila kawan tergolek bukannye nak tolong, tapi cuba pulak keluarkan kamera! Nak buat kenang-kenangan konon!


Ketawalah lagi!

Bukan semua laluan kat sini kita boleh kayuh. Lebih banyak tolak dari berkayuh. Bagi aku laluan ne sesuai sangat untuk penggemar jungle trekking. Kayuhhhhhhhh! Naik turun bukit dan tiba-tiba bunyi benda jatuh macam nangka busuk! Toleh kat belakang, sorang lagi terjatuh, tapi kali ne jatuh terduduk.

Kengkawan yang lain apa lagi, ketawa lah Beb! Teringat aku sebaris lagu lama "Baiklah baik memilih teman, teman ketawa senang dicari, teman menangis sukar nak dapat- Hohohohoi-hohohohoi ketawalah lagi"!


No comments:

Post a Comment