26 December 2009

WARISAN | MASYARAKAT PINCANG




1- LAGU WARISAN
ANAK KECIL MAIN API, TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT, BUMI DIPIJAK, MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA, TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA, KITA LENYAP DIARUS ZAMAN


Chrs:
INDAHNYA BUMI KITA INI, WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KETANGAN YANG LAIN, PERIBUMI MERINTIH SENDIRI

MASA DEPAN SUNGGUH GELAP, KAN HILANG PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUP HATI TERKUNCI MATI, MARUAH PERIBADI DAH HILANG

Chrs:KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA, YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI, PULIH KEMBALI HARGA DIRI

KINI SUDAH TIADA MASA, BANGUNLAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH LALAI TERUSKAN USAHA,
MELAYU KAN GAGAH DINUSANTARA
* Ulang rangkap kelima






2- MASYARAKAT PINCANG


Ingat lagi tak lagu Warisan! Senikata yang sedikit rasa pilu. Masa di kolej [masatu muka masih berjerawat gitu!] ada student yang nangis ketika  menyanyi. Sedih sangat agaknya memikirkan bangsa Melayu yang masih jauh ketinggalan walaupun lahir dan menetap di negara sendiri.  Lagu Warisan biasanya di nyanyikan ketika  minggu suaikenal kat kolej atau Universiti. Sayangnya bila dah kojer segelintir orang kita lupa liriknya sehinggakan lupa diri barangkali. Lalu di-penghujung skrip kehidupan, kita akan menyesal tak sudah!

Yalah!
Bila dah lama kojer tentu naik pangkat sebagai ketua jabatan contohnya. Ada kuasa Beb! Apa lagi, kuasa itulah yang sering dibisikan oleh musuh lalu dipergunakan seratus persen dengan memenuhkan poket sendiri.

"Salahkah kita menolong orang dan orang tu pulak bagi sedikit habuan sebagai sagu hati".

Rasuah!
Itu hanya istilah. Kalau salah pun hanya dari segi undang-undang. Selagi tak kena tangkap kira tak salahkan!


Anak bangsa kita yang papa kedana di- lupakan. Penuhkan dahulu poket sendiri. Wang dah bertimbun, boleh beli beg tangan, kasut dan jam tangan berjenama, kereta besar dan rumah besar. Untuk menutup mata masyarakat, derma sikit kat persatuan atau pertubuhan. Itu pun dengan niat untuk dapatkan gelaran.

Rancangan seterusnya, dapatkan kuasa. Kalau setakat banyak wang tanpa kuasa masih lagi tak hebat di-mata masyarakat. Mula-mula rebut kuasa dalam Ngo, lepastu persatuan itu-ini dan akhir sekali berebut jawatan dalam cawangan parti. Bila dah jadi ketua cawangan, mulalah berangan nak jadi ketua bahagian. Dari ketua bahagian, melobi pulak dengan meminta cawangan-cawangan mencalonkan untuk bertanding. Manalah tau kan, nanti boleh jadi wakil rakyat.

Kalau parti tak layan, gertak sikit. Kononnya nak keluar partilah. Kalau gertak pun tak makan, kenalah buat parti sendiri. Macam parti cap ayam gitu! Teringat cerita Pak Kadok 'Menang sorak tetapi kampung tetap tergadai', Orang Melayu memang gitu agaknya, suka sangat  bergadai. Mula-mula gadai emas, intan berlian, itu pun kalau ada. Lepastu gadai tanah. Bila tanah dah tergadai, maka tergadailah harga diri.


Nota Lutut : Bangsa Melayu kini hanya mendapat sedikit  tinggalan warisan dari nenek moyang kita iaitu Bahasa Melayu [jawi] Jalan Melayu, Baju Melayu dan nama yang masih terpahat di dinding gerabak Keretapi Tanah Melayu[KTM]. - Wallahuaklam!













No comments:

Post a Comment