28 December 2009

GAYA HIDUP POSITIF


DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Sekiranya anda tidur antara jam 10.00 malam dan bangun jam 06.00 pagi, pastikan tidur anda adalah sama setiap hari. Sekiranya anda tidak mampu menepati masa, sekurang-kurangnya anda mendapat tidur yang cukup iaitu selam tujuh hingga lapan jam sehari. Mempelbagaikan jadual tidur anda bukan sahaja melemahkan badan malah menyebabkan anda tidak dapat berfikir dengan stabil.

Sebaliknya pula dengan memanjangkan masa tidur anda dihujung minggu sebagai gantian terhadap kurangnya waktu tidur di hari-hari bekerja tidak akan membantu malah ia membebankan lagi diri anda kerana jadual anda hanya dipenuhi dengan waktu tidur dan bukannya aktiviti yang bermanfaat. Tindakan ini merugikan kerana anda boleh membereskan beberapa tugasan lain yg. menjadi keperluan buat keluarga tercinta kerana masa bersama dengan anda juga diperlukan.


* Diambil dari buku Motivasi Kerja

Kakiconteng : Sekiranya lu orang keje 3 shift, jadual tidur tak sama. Kalau kene keje overnight shif dari jam 2300 mlm hingga 0700 pagi - baru lu orang tau.... balik rumah tido jam 0800 pagi, bangun jam 1400 ptg nanti tido lagi...... pasal ngatok sangat !!! Tido siang tak samalah dengan tido malam - rasa tak puas!






No comments:

Post a Comment