Assalamualaikum! Aku udah terbayang menu ringkas untuk bezday isteri aku nanti iaitu Angel Hair Spaghetti, Bolognese Sauce, Green Garden Salad, Nasi Minyak, Ikan Tongkol, Ayam Goreng, Rojak Buah, Chocolate Cake, Wafer Cubes, Green Peas Snack, Cheese Crackers, Tuna Mayonise, Fruits Cocktail, Jelly Kiwi serta air minuman Tea Laichee dan Orange.
Pagi Sabtu! Pergi pasar Selayang bagi mendapatkan barang-barang keperluan untuk tetamu seramai 30 pax, iaitu beras panjang, ayam segar, ikan tongkol, santan, sayuran dan buah-buahan. Lepas tu singgah pulak kat pasaraya Aeon Big yang dahulunya dikenali sebagai Carrefour untuk beli :
*Speghetti San Reno - 2 pax *Salad Romaine - 2 pax *Wafer Cube by Menchys - 3 pax *Green Peas by Miaow Miaow - 3 pax *Cheese Crackers by Julies - 1 tin *Fruits Cocktail - 3 tin *Laichee - 3 tin *Minced Beef - 3 pax *Kuah Rojak by NekNor - 1 botol *Oren susu by Daily Fresh - 2 tong
Petang Sabtu! Isteri aku buat jelly kiwi. Waktu malam pulak aku masak bolognese sauce, udah sejuk simpan dalam chiller. Pagi Ahad, isteri aku masak nasi minyak, ayam goreng dan gulai lemak ikan tongkol. Aku pulak rebus speghetti, siapkan green salad, tuna mayo dan rojak buah. Lepas tu gaul fruits cocktail dengan yogurt dan sejukan dalam chiller.
Ahad - 1200 tengahari! Bancuh air teh o bersama laicee tin, potong chocolate cake, cheese crackers bersama tuna mayo. Jam 1230 tengahari, semua menu udah terhidang diatas meja buffet menanti kedatangan tetamu yang terdiri dari adik beradik, anak buah dan ipar-duai yang tinggal disekitar Kelompo!
Jam 1245! Keluarga Hj Omar sampai, lepas tu tiba pulak keluarga Midah sambil bawa agar-agar dan rendang. Disusuli Kak Ana dan Norlela yang bawa bread pudding serta kuih apam. Selepas tu keluarga Majid tiba serta keluarga Ana-Leman yang bawa dodol.
Di Luar! Hujan mula turun dan keluarga Nurain tiba bawa kek buah, di ikuti keluarga Eddy, Imah dan keluarga Misah-Mail. Sambil makan sambil chit-chat dan tentulah riuh rendah suasana ketika itu. *Kat bawah ne aku sertakan sekali basic recipes untuk bolognese sauce :
Bahan-bahannya :
100g butter 1 biji bawang besar (merah) - chopped 1 biji bawang putih - chopped 2 biji tomato - chooped 500g daging kisar 1 tin tomato paste 3 helai daun bay 1 batang carrot - potong dadu 1 batang celery - potong dadu Oregano, rosemary (sedikit) Beef stock, gula dan garam 2 pac Spaghetti.
1- Panaskan butter, masukan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga lembut.
2- Masukan daun bay dan daging kisar, kacau daging tersebut hingga masak.
3- Lepas tu masukan tomato paste, celery, carrot dan tomato. Sedikit oregano, rosemary, beef stock, gula dan garam. Masak selama 30 minit, hingga mendidih dan perlahankan api.
*Tip - Jangka hayat sauce yang disimpan dalam chiller (refigerated) ialah selama 3 hari dan jika di simpan frozen lebih kurang 60 hari. Sekiranya ada lebihan spaghetti, hendaklah disimpan dalam bekas berair (direndam) yang bertutup. Jangka hayat spaghetti yang disimpan dalam chiller ialah 5 hari. |
No comments:
Post a Comment