03 October 2013

KOLESTEROL, MAKAN & AKTIVITI


As Salam! Minggu lepas aku terima keputusan ujian kesihatan dari Pathology & Clinical Laboratory iaitu kesihatan aku berada pada tahap baik tetapi tubuh aku pulak udah terlebih kolesterol. Doktor nasihatkan aku ubah cara pemakanan dan buat aktiviti atau senaman ringan seperti berjalan kaki, berlari, berenang, berbasikal atau bermain badminton.


Makanan! Mulai sekarang aku kenelah lupakan french toast, nasi lemak, cekodok bawang, mee goreng mamak, ruti banjir, kfc dan teh tarik. Makan tetap makan Bro, pada masa yang sama aku kene jaga kesihatan. Makanan yang halal, segar dan berzat akan menghasilkan antibodi yang mampu menepis
serangan penyakit.

Selagi kita sihat, kita harus merasa dan menikmati pelbagai jenis makanan tetapi perlu gak ambik pot soal zat, kolesterol, vitamin dan sebagainya. Janganlah terburu-buru untuk berdiet sehingga boleh jatuh sakit pulak kerana kelaparan.

Kalau ikut kata pakar, kita perlu mencari bahan-bahan yang sesuai seperti masakan berlemak yang selalu guna seperti santan diganti dengan susu rendah lemak. Ketika menumis sayuran pulak elok gunakan minyak jagung atau minyak zaitun. Cara memasak kene beralih kepada merebus, mengukus atau memanggang dan kalau boleh makan nasi sehari sekali sahaja.

Alamak! Soalnya boleh ke aku makan nasi sekali sahaja dalam sehari? Mulai minggu ne aku kenelah buat jadual makan seperti sarapan pagi makan sekeping capati, tengahari nasi berlauk dan makan malam pula mungkin salad kentang atau sandwich tuna. 


Berjalan kaki! Ini adalah aktiviti paling murah, lebih relaks dan ia juga mampu menguatkan otot sendi, tulang dan jantung. Berjalan kaki selama 45 minit adalah satu tempoh yang ideal untuk kesihatan kerana dapat mengawal nafsu makan, membakar lemak dan juga boleh menurunkan berat badan.

Seperti
kata pakar, bukan semua orang tahu cara berjalan dengan betul. Selain menggunakan kasut yang sesuai, cara berjalan yang sepatutnya ialah dengan menapakkan tumit terlebih dahulu dan diikuti dengan bahagian tengah dan akhirnya barulah jari-jemari kaki. Untuk mengetahui sama ada kita udah berjalan dengan betul, pastikan ketika berjalan tidak ada bunyi kasut yang terseret.

Berbasikal! Satu lagi aktiviti yang baik untuk membentuk dan menguatkan otot bahagian bawah tubuh seperti peha dan punggung. Sebelum berkayuh hendaklah sesuaikan ketinggian tempat duduk dengan pegangan tangan (hendle). Duduk sedikit rendah dan tegakkan badan ketika berkayuh. Hindari posisi duduk terlalu tinggi dan duduk yang terpaksa membongkok.

Akhir Kata!
Kalau anda di luar sana yang minat untuk buat senaman berjalan kaki, berlari atau kayuh basikal ada baiknya buat aktiviti tersebut  bersama rakan. Secara jujurnya aku bagitau, tiada tempat didalam dunia ini boleh dikategorikan sebagai 'benar-benar selamat'. Apatah lagi jika anda seorang pompuan cantik! - Sekian dan Muga kita berjumpa lagi pada entri akan datang!






No comments:

Post a Comment