07 September 2014

KE BUKIT KAPAR & JANDA BAIK!



I- Pagi Ahad. Aku sedang menunggu adek aku Majid. Semasa menantikan  kereta  yang dipandu adek  Majid tiba, aku lihat ramai orang disini. Kebanyakan mereka adalah warga asing yang hendak ke pusat bandar Kolompo, yang mahu menggunakan perkhidmatan bas atau teksi. Mereka ini terdiri dari warganegara Myanmar[Burma], Vietnam, Bangladesh, Nepal, Sri Langka, Pakistan, Afghanistan dan Indonesia. Tidak kelihatan pulak, wajah-wajah warga Afrika, mungkin mereka udah berpindah tempat lain atau tinggal di pusat-pusat tahanan sementara!


Tidak lama, kereta yang dipandu adek Majid tiba dan aku masuk kedalam perut kereta. Didalam kereta, duduk sebelah pemandu ialah si Baha dan diseat belakang pulak ialah si Basri Yaacub, rakan satu sekolah aku tetapi lain kelas ketika belajar di Sekolah Rendah Keb. Ulu Gombak.

Tujuan asal kami hendak ke rumah anak buah  [Kamal Afendi Ali] yang tinggal di Meru. Oleh kerana kami tidak ingat lagi akan jalan ke rumah Kamal jadi kami cadangkan buat perjumpaan di rumah Kak Ana di Bukit Kapar. Majid telepon Kamal dan aku pulak menelefon Kak Ana nak bagi tau kami on the way dan nak singgah makan tengahari disana.

Kereta yang dipandu Majid bergerak memasuki laluan menuju ke Sungai Buloh. Berhenti di sebuah restoran untuk sarapan pagi. Lepas tu gerak dan berhenti pulak disebuah gerai tepi jalan yang menjual petai dan cempedak. Kereta meluncur laju meninggalkan Sungai Buloh, memasuki simpang ke Puncak Alam, Jalan Kempas dan terus ke tanah perkuburan Bukit Kapar.

Singgah di rumah Kak Ana, berbual sambil menikmati buah cempedak bersama Kamal, Baha, Basri dan Majid. Sementara menunggu Kak Ana dengan dibantu isteri Kamal serta Hakim, menyediakan juadah makan tengahari, kami tunaikan solat Zohur di masjid berdekatan.


Di rumah Kak Ana. Diatas meja terhidang sambal tumis petai, sayur kobis sotong, ayam rendang dan ikan bawal tiga rasa. Ikan bawal itu dibawa dari Meru, hasil dari hobi memancing si Kamal ketika hujung minggu. Usai menikmati makan tengahari, kami dibungkuskan pula dengan kerabu mangga dan apam pisang yang baru dibuat oleh Kak Ana.

II- Di MRR2. Kali ini kereta dipandu oleh siBaha pula, sementara Majid melelapkan mata. Kereta membelok arah ke kiri memasuki tol Gombak [Karak Highway], melepasi terowong dan terus menuju Kampung Janda Baik. Lokasinya nun jauh menyendiri disebalik bukit bukau, disebalik rimbunan pepohun yang bebas bernafas dengan bertemankan sungai yang airnya mengalir lesu. Jarak antara Kolompo dengan Kampung Janda Baik ialah lebihkurang 30km.

Kereta terus bergerak beluk kiri beluk kanan, kekadang sedikit mendaki kekadang laluannya menurun tetapi tidaklah securam laluan ke Genting Higland. Tiba-tiba si Baha memberhentikan kereta. Ada kura-kura sedang melintas katanya. Wah! Tak ubah macam iklan kat Tv. Majid terjaga, keluar dari kereta lalu mengambil kura-kura tersebut untuk diletakan dikawasan yang berair. Pusing punya pusing akhirnya Majid meletakan kura-kura tersebut ke dalam kawasan tasik. Selepas itu ada halangan lagi, sekawan lembu sedang melintas, sambil dikawal oleh seorang budak [cowboy gitu!] yang menunggang basikal kecik.


Tadinya ketika di rumah Kak Ana, tak puas  sekadar pekene cempedak. Majid dan Basri teringin sangat nak makan buah dorean, tupasal kami ke Janda Baik, manalah tau masih ada saki-baki buah dorean. Kereta, sekali lagi berhenti ditepi jalan. Kali ne ada gerai menjual ikan talapia, manggis dan langsat. Majid tanya pasal dorean tetapi dari jawapan yang kami terima dari sipenjual buah manggis, musim doren udah habis katanya! Jadi! Majid belilah manggis dan aku beli langsat untuk dibawa balik.

Waktu Asar hampir tiba. Baha memandu kereta arah ke Masjid yang berhampiran. Baha, Majid dan Basri memang udah tahu selok-beluk Kampung Melayu kat sini. Kalau harapkan akulah, memang aku taktau sangat, pasal lama tak ke Janda Baik, mungkin dah 25 tahun kot aku tak kesini. Lamakan Bro!

Usai solat Asar, kami gerak arah ke Kg Orang Asli tetapi sampai kat jembatan kami patah balik. Kalau masuk sampai ke Ulu Chemperuh pong, belum tentu ada dorean. Jadi ada baiknya kami singgah di warung tepi jalan pekene goreng pisang panas. Dalam perjalan, singgah kat Riverside. Kat tepi sungai ne ada didirikan beberapa buah chalet, kawasan perkemahan dan juga tempat untuk panggang-memanggang atau ayat lain BBQ gitu. Jika kenkawan berminat nat tinggal kat sini bolehlah call : 019-948 3100. - Sekian!









No comments:

Post a Comment